Alhamdulillah wa syukrulillah..
Perjuangan dalam final exam hampir sampai ke penghujungnya. Masih berbaki satu paper untuk diselesaikan,English Placement Test-Speaking iaitu pada 5/10/2009. Ini juga bermakna, tinggal beberapa hari lagi untuk saya habiskan semester pertama pengajian di CFS IIUM NILAI ini. Semester pertama untuk tahun pertama..terlalu banyak pengalaman baru yang ditimba, yang mengajar banyak perkara.
Sepanjang semester satu ini, banyak yang dipelajari...
Belajar menghargai DIRI, menghargai nikmat HIDAYAH dan TARBIYAH serta menghargai seluruh KEMAMPUAN yang Allah beri. Sesungguhnya saya sangat bersyukur menjadi antara hamba2 yang terpilih untuk dianugerahi HIDAYAH kerana tanpa HIDAYAH mungkin hidup ini 'biasa2' saja seperti orang lain, tiada bezanya dengan masyarakat sekeliling.
Belajar untuk lebih CEKAL dan BERDIKARI kerana hidup di alam kampus ini sama sekali berbeza dengan di medan Tarbiyah dulu, sentiasa terjaga dan dijaga. Di sini, tiada lagi semua itu melainkan DIRI dan IMANLAH yang akan menjadi 'bodyguard'. Andai DIRI dan IMAN ini tidak kuat, pasti hidupku menjadi tunggangan nafsu yang sentiasa menjerat. Di sini tiada lagi yang menghulurkan suapan TARBIYAH berbentuk pengisian jiwa. Diri sendiri yang perlu berusaha mencari sesuap pengisian agar jiwa tidak mati kelaparan atau kehausan.
Belajar mengenal DUNIA dan MASYARAKAT dengan lebih dekat. Terasa betapa dahsyatnya tsunami JAHILIYAH yang telah mencedera parahkan dan mencabut roh2 Islam dalam diri masyarakat. Hakikatnya masyarakat tidak boleh dipersalahkan 100% kerana tiada siapa yang menghulurkan tangan menyelamatkan mereka secara lembut dan berhikmah, jiwa mereka belum ada yang menyentuh dengan sentuhan tarbiyah. Melihat teman2 sekeliling yang masih terumbang-ambing, hati ini diasak pilu. Apakah aku telah lakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka??
Belajar menghargai nilaian UKHWAH, sesungguhnya kekuatan UKHWAH itu menjadi benteng perjuangan. Dengan adanya teman2 seperjuangan di sisi, segala ranjau perjuangan mampu diredahi. Teman bukanlah semestinya DEKAT JARAKNYA...tetapi yang selalu DI HATI dan DIINGATI dalam setiap bisikan DOANYA. Diri yang lemah akan kembali bersemangat setelah disapa madah hikmah sang sahabat. Syukur Allah anugerahkan teman2 yang memahami dan sentiasa ingin bersama2 berjuang di atas jalanMu.
PALING PENTING..
Ku belajar untuk lebih DEKAT dengan PENCIPTA. Ujian yang datang silih berganti, terkadang menguji Iman di hati. Ketika itu ku mengerti bahawa Allah mahu ku terus berdampingan denganNya kerana selama ini diri lalai mengingatiNya. Menjalani hidup di tengah2 masyarakat yang kian jauh dari Allah, di situlah pergantungan denganNya kian terasa pentingnya. Kita hamba yang lemah dan kekuatan itu ada padaNya. Walau terkadang payah, HDA tetap cuba dijaga, kerana HDA, Hubungan Dengan Allah lah yang akan menyelamatkan kita daripada fitnah dunia.
Banyak lagi yang ku pelajari. Rasanya tak tersenarai di sini. Kalau disenaraikan jugak mungkin ada yang tersengguk2 depan komputer. Tak mengapa, selebihnya biarkan tersimpan di kotak ingatan sebagai panduan masa depan. Pengalaman baru...moga lebih mematangkan diriku..INSYAALLAH..
p/s: kepada student2 yang sedang atau bakal exam, baik di sekolah mahupun universiti, maan taufiq wannajah fil imtihan. Kejayaan adalah untuk ISLAM..


No comments:
Post a Comment