Pages

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Jom Mendaki Bersama Mereka!

Bismillah walhamdulillah, bersyukur kerana dapat mengutip sedikit sebanyak suka duka perjalanan hidup Dr. Zaharuddin melalui karya beliau yang saya tak pasti terbaru atau tidak, “Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari”. Belum pun sampai 10 helai membaca sudah terasa aura motivasi meresap dalam diri. Kesungguhan beliau dalam menimba ilmu Allah cukup kuat. Pantang dicabar pasti beliau berusaha melakukannya. Akhirnya yang mencabar hanya tertunduk mengalah kerana Dr. berhasil menjadi jauh lebih baik dari sangkaannya.

ihsan en.Google..
Bagi saya yang graf motivasi diri tak pernah stabil, dengan membaca dan mendengar perkongsian hidup mereka  yang hebat ini dapat membantu meningkatkan motivasi diri. Mungkin graft tu tak menceracak naik tapi at least tak la menjunam turun. Mereka yang hebat ini tak semestinya seorang tokoh masyarakat atau seorang pakar dalam bidang tertentu mahupun mereka yang bergaji besar. Mereka yang hebat ini adalah insan-insan yang melalui liku-liku kehidupan dengan sabar, bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu. Halangan dan cubaan tak pernah merencatkan langkah mereka untuk berlari dan terus berlari Tambahan kalau mereka ini berlari di atas jalan Allah, berjuang demi meninggikan agama Allah, maka sungguh mereka adalah manusia-manusia OSEM yang saya kagumi.

Sebelum ini, saya pernah berkongsi satu buku karya saudari Ummu Hani bertajuk NOORAH. Dia (Noorah) antara contoh mereka yang saya sebutkan di atas. Dia bukan seorang tokoh masyarakat yang terkenal atau punya jawatan yang tinggi namun kegigihan dan kesabarannya melalui kehidupan mampu membangkitkan motivasi sesiapa yang menyelami kisah hidupnya.

Jangan melihat seseorang itu ketika dia sudah berada di puncak tetapi lihatlah bagaimana kesusahannya mendaki untuk sampai ke puncak. Orang mendaki Bukit Tabur tak kan sama dengan orang yang mendaki Gunung Kinabalu. Yang mendaki Gunung Kinabalu pun tak kan sama dengan yang menawan puncak Everest. Konklusinya, mereka yang di puncak itu bukan melangkah setapak saja lalu sampai, bukan juga lalu jalan shortcut, bukan juga sampai dengan sekadar bermimpi. Mereka mendaki dengan penuh kepayahan. Namun kesabaran dan kesungguhan itulah booster untuk mereka sampai ke puncak.

Jadi teman, jom kita mendaki dan terus mendaki.
Be patient and you will reach there, insyaallah..(^__^)b

note : 
-Rasa nak pi trekking bukit..('trekking' dekat tangga 'Batu Cave' Mahallah Nusaibah pun ok jugak..huhu..)

Thursday, November 10, 2011

Wanita Cekal Itu Bernama Noorah

‘Saat dia mula mengenal Islam, kisah silam yang suram hanya tinggal sejarah, walaupun ujian datang dengan seribu wajah’
-petikan muka depan NOORAH -

Noorah. Muslimah yang berani, cekal dan tabah.

Saya mengenali nama Noorah lewat tulisan Ummu Hani dalam sebuah bukunya yang bertajuk “NOORAH”. Pada mulanya, saya tidak menaruh minat untuk membaca. Sangka saya ia sama seperti novel yang berlambak di pasaran. Namun, tatkala teman saya selesai membaca dan mengatakan “best sangat”, pantas hati saya tertarik.

Noorah,
adalah kisah realiti seorang muslimah berkulit putih bermata biru.
Kehidupannya tak henti-henti dihujani ujian baik sebelum mahupun selepas keislamannya.
Namun yang membuatkan saya kagum ialah dia tetap tenang malah mampu merubah ujian-ujian  itu menjadi motivasi terbesar dalam hidupnya. Rahsianya hanya satu, Iman. Imanlah membuatkan dia sentiasa positif dan selalu dekat dengan Pencipta. Kerana iman jualah dia mampu tersenyum dalam kelelahan, sabar dalam menempuh ujian, ikhlas dalam perjuangan. Dia sangat cekal. Ujian bukan alasan untuk berundur malah lebih bersemangat dalam melaksanakan kerja-kerja dakwahnya.

Noorah,
mengingatkan saya tentang erti iman dan perjuangan. Noorah telah mengajar saya erti kesungguhan dan kecekalan, sabar dan keikhlasan. Kisahnya buat saya tertarik kerana Noorah adalah watak hidup bukan imaginasi penulis semata. Kisahnya kisah realiti bukan rekaan. 


Sedikit tentang NOORAH

Dilahirkan di daerah bernama Hull di Yorkshire, United Kingdom. Dia yang diberi nama Kathryn pada awalnya membesar dengan baik di bawah jagaan ibu dan kakak-kakaknya. Namun, warna ceria zaman kanak-kanaknya pudar apabila keluarganya berantakan. Keadaan ibunya yang mengalami masalah mental akibat tertekan dengan sikap bengis bapanya menyebabkan Kathryn dan adik-beradiknya terpaksa dimasukkan ke rumah kebajikan.

 Kehidupannya yang penuh derita telah mencorak sikapnya menjadi nakal dan liar. Ketika masih belasan tahun, dia telah dimasukkan ke penjara kanak-kanak England atas rekod hitamnya di kebanyakan rumah kebajikan. Dia yang berputus asa terhadap agama sering menyalahkan Tuhan atas apa yang menimpa hidupnya.

Pertemuannya dengan Mr. Don  mengembalikan sinar harapannya yang pudar. Atas nasihat Mr. Don, dia berhijrah untuk berubah.  Bayangkan seorang gadis sekitar usia 18 tahun telah merantau ke sana sini seorang diri. Dari England ke Abu Dhabi hinggalah ke Bahrain. 

Di Bahrain, dia bertemu keluarga Khalefah yang mempamerkan akhlak Islam yang indah. Akhirnya, dia menemukan cahayanya yang hilang. Bukan di Bahrain, tetapi di kota London. Bagaimana dan mengapa di kota London? Jawapannya ada di dalam ‘Noorah’. Maka, sejak itu dia bukan lagi Kathryn tetapi Noorah yang bermaksud ‘cahaya’. Dia mahu menutup lembaran silam yang kelam dan membuka lembaran baru yang bercahaya dengan cahaya Islam.

Pun begitu, dia masih diuji. Suami yang menaruh hati sebelum mereka berkahwin telah hilang tanggungjawab sesudah mendapatkannya. Meraka berpisah. Namun, malangnya anak-anak di bawah jagaannya diculik dan dibawa lari oleh bekas suami. Selama hampir 4 tahun dia menanggung derita rindu. Kehadapan Allah dia mengadu dan bertawakkal setelah melakukan pelbagai usaha.

Cukuplah sekadar itu perkongsian saya tentang Noorah dan liku-liku hidupnya. Banyak lagi cerita-cerita lain yang menggugah jiwa terutama pengalaman pahit manisnya bersama Konvoi Viva Palestina dan jemputan Allah ke rumahNya. Ceritanya dikunjungi Rasulullah dalam mimpi yang memberi tanda beberapa perkara.  Juga kecekalannya dalam menghadapi kanser yang menimpanya disamping melayani karenah anak-anak yang pelbagai watak. 

Mahu tahu lebih lanjut, silalah dapatkan NOORAH karya Ummu Hani 
(rasanya kalau kalian baca sendiri mesti lagi feel dari dengar cerita orang  ^^)



Antara petikan kata-kata Noorah

“Maha Suci Allah, Kaulah yang membuka hatiku menerima hidayah-Mu. Kau juga yang menonton episode hidupku dahulu. Terlalu jahat aku untuk menerima anugerah ini, tetapi Kau Maha Pemurah dan Penyayang”.

“Moga cahaya Nabiku, Muhammad, akan menjadi teladan dalam hidupku pada episode yang baru bermula ini”
-ketika detik awal kembalinya Noorah kepada fitrah Islam-

"Ya Allah, aku membaca kalam-Mu setiap hari, tetapi aku membacanya sekadar hiburan jiwa. Tidak sedarlah aku bahawa al-Quran sedang mengajarku menghadapi realiti hidup, yang mana itulah tujuan utama kalam-Mu diberikan kepada manusia"

“CahayaNya ada satu tapi keburukan ada banyak wajah.”



Akhir Kalam





Tahniah buat kak Ummu atas tulisannya yang “hidup” dan mengesankan hingga berjaya membawa saya menghayati kehidupan Noorah.

Selamat membaca dan menghayati 'NOORAH' :)



Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??