Pages

Showing posts with label cetusan tarbawi. Show all posts
Showing posts with label cetusan tarbawi. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Realiti VS Fantasi

Bismillah walhamdulillah...

{LINK}

 Pesan bonda tercinta,

"Berkahwinlah dengan realiti bukan dengan angan-angan"

Kita selalu bermimpi yang indah-indah. Membayangkan insan yang bakal hadir dalam hidup itu sempurna belaka, laksana bidadari dan para pelayan di alam syurga. Mengimpikan jalan hidup seindah novel cinta.

Namun, bila yang diimpi tak seindah realiti, mulalah rasa kecewa. Apa yang ada di depan mata rasa tak kena belaka walhal di satu pihak lagi sedang berusaha memberi yang terbaik.

Sekadar mencoret rasa tatkala memerhati gelagat manusia. Agaknya sebab itu selalu ditekankan,

"Hidup Untuk Memberi"

Fikir untuk memberi bukan fikir apa yang bakal diterima. Semoga ia menjadi ibrah dalam melalui denai-denai kehidupan.


 note : Kebelakangan ni banyak pula terima jemputan walimatul urus. Selamat ber'Baitul Muslim'! Moga sentiasa dalam jagaan Allah ^_^

Monday, December 31, 2012

Anger Management

Bismillah walhamdulillah...

Cik Ey    :  Bie, bengang betul la dengan si Die tu..blablablabla…(sambil sepak-sepak katil yang tidak bersalah)

Cik Bie   : Awak, pegi la amik wudu’ ke, baca Qura’n ke.

Cik Ey    : Apa kaitan pulak suruh aku buat benda tu. Kan aku tengah bengang ni. Haishhh..

Cik Bie   : Awak, madam saya cakap dalam kelas Islamic Ethics, benda-benda tu (berwudu’ dan baca Qur’an) bukan saja-saja tau. Semua tu untuk alihkan perhatian kita. Daripada sibuk marah-marah baik sibuk ambik wudu’ dan baca Qur’an.

Cik Ey      : Erk..alihkan perhatian? Selama ni aku dengaq untuk tenangkan hati ja. Rupanya untuk alihkan perhatian jugak.  Aku pernah try baca Qur’an  time marah tapi awat tak menjadi hah?

Cik Bie     : Dah dalam kepala awak tu still marah-marah lagi. Cuba fokus, insyaallah berkesan.

Cik Ey      : Ok, nanti aku try (bangun dan berlalu meninggalkan cik Bie)

Cik Bie     : Nak gi mana tu?

Cik Ey      : Ambil wudu’lah, nak baca Qura’n.

Cik Bie     : ^_^  Moga Allah beri awak ketenangan…
_____________________________________________________________
Kisah ini imaginasi semata-mata cuma part kata-kata madam tu yang betul.
Saya fikir ada benarnya kata-kata madam tu.
Kita selalu dengar bila rasa marah, ambil wudu’, baca Qur’an atau solat sunat.
Untuk tenangkan hati katanya.

Namun, ada orang buat tapi tak tenang pun, apa masalahnya?
Sebab dia tak fokus. Walaupun mulut membaca ayat Allah tapi hati masih melayan rasa marah.
Maka, alihkanlah perhatian pada bacaan Quran. Niat dalam hati untuk lupakan rasa marah itu dan fokus pada ayat yang dibaca.

Pokoknya, baca Qura’n atau solat sunat tu bukan setakat tenangkan hati tapi untuk alihkan perhatian. Namun, taklah semestinya dengan Qura’n dan solat sunat saja. Boleh jugak buat aktiviti lain yang boleh ‘cool down’ kan kita, asalkan tak melanggar syara’lah. Jangan pulak pi sepak kucing konon-konon nak redakan marah. Tu bukan menyelesaikan tapi menambah masalah namanya.

Tolong... saya tak bersalah...(kucen versi Syawarma) [LINK]

Cukup-cukuplah cik Insyeerah berceloteh tu. Lain kali pulak kita menulis ya. Get ready for your next ‘battle’.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL…  =)



note : Syawarma adalah sejenis makanan dari Middle East. Gulung-gulung macam kucing tu..(tapi  
           isinya bukan kucing la..haishh..)
        
 
(Salam Tahun Baru Masihi. Moga tahun depan lebih baik dari tahun ni)

Thursday, December 20, 2012

'Abasa watawalla

Bismillah walhamdulillah...

It's been a long time since I've posted on my blog.
Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Alhamdulillah dapat mencoret lagi.

Sudah masuk minggu akhir untuk semester ni.
Bila flashback semula, baru dapat rasa bestnya kelas-kelas semester ni.
Salah satu kelas yang saya suka, kelas Dirasah Quran bersama Ass. Prof. Dr. Laith Suud Jassem atau senang dipanggil Ustaz Laith. Orang Iraq tak silap saya.

Dr. Laith, saya kagum dengan dia.
Walaupun kadang-kadang saya mengantuk sebab kelas di awal pagi,
walaupun selalu Dr. terlebih masa sebab semangat bercerita dengan kami,
tapi ini antara kelas yang paling banyak input saya dapat,
paling menarik dengan gaya dan ekpresi wajah yang menggambarkan kesungguhan dalam menerangkan ayat-ayat Allah kepada kami.

Subjek Dirasah Qur'an ni lebih kepada tafsir.
Bermula dari pertengahan juz 28 hingga awal juz 30 (fuhh..banyak betul nak cover untuk final ni..).
Apa yang menarik ialah gaya Ustaz mensyarah kitab Safwatul Tafasir tu seakan bercerita.
Sekejap diselitkannya dengan ilmu sains seperti astronomi, geologi, biologi, microbiologi dan lain-lain.
Kadang-kadang masuk pula psikologi, history, balaghah etc.
Hingga saya terasa, sungguh TIADA KITAB YANG PALING LENGKAP MELAINKAN AL-QUR'AN.
Itu belum masuk dengan pemilihan perkataan-perkataan dalam al-Qur'an yang menunjukkan kehebatan Al-Quran tu sendiri.

Contoh dalam surah an-Naazi'aat. Dipermulaan surah, Allah menyebut,

(wannazi'aati gharqa) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras", 
(wannasyithoti nasytho) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut". 

Perkataan "gharqa" tu sendiri seakan-akan bunyi "grrrrr" yang menunjukkan dahsyatnya apabila malaikat mencabut nyawa orang yang tak beriman. Manakala perkataan "nasytho" seakan-akan bunyi "shhhh..." menunjukkan lembutnya malaikat apabila mencabut nyawa orang beriman (masyaallah...bulat mata bila ustaz terang gitu..siap dengan muka kerut-kerut sambil mencekik leher, terbaiklah ustaz.. O.O)

Satu lagi, ustaz ada share dengan kami tentang surah 'Abasa, dimana Allah telah menegur perbuatan nabi yang berubah riak wajah tatkala Abdullah bin Umm Makhtum, seorang yang buta bertandang ke dalam majlis nabi bersama golongan high-class Quraisy.

[sekarang kita nak fokus pada nama surah ('Abasa) dan ayat pertama sahaja. murid-murid sila buka Qur'an sekarang..]

Dalam Bahasa Arab, ada fi'il iaitu 'verb' atau perbuatan dan faa'il untuk orang yang melakukan. Perkataan 'Abasa Allah hadirkan dalam bentuk fi'il iaitu 'verb' bukan bentuk faa'il iaitu orang melakukan. Ini menunjukkan yang bermasalah tu bukan orang yang melakukan (Rasulullah) tetapi perbuataan itu sendiri iaitu bermuka masam (berubah riak wajah). Kalau ikutkan Abdullah b. Umm Makhtum tak terasa pun sebab dia tak nampak perubahan wajah Rasulullah tapi Allah still tegur untuk kita semua sedar bahawa perbuatan tu Allah tak suka, samada di depan atau belakang manusia, kepada manusia yang sempurna atau tidak. (tang! kan dah kena 'ketuk' dengan Allah..)

Nama surah ni juga menunjukkan bahawa, kalau nak tegur seseorang, tegurlah perbuatannya sahaja (sebab tu nama surah ni hadir dalam bentuk 'verb). Kalau nak benci, benci perbuataan itu sahaja, bukan individu tersebut. Misalnya bila melihat orang bermaksiat, kita cenderung untuk benci individu itu dan menjauhi mereka hingga terbiar dalam dosa. Namun, yang patut dibenci cuma perbuatannya. Individu tu perlu dikasihi agar dapat ditarik keluar dari kancah dosa.

Ayat ini walaupun diturunkan kepada Rasulullah tetapi bersifat umum. Cuba tengok ayat tu  " 'Abasa watawalla", bukan " 'abasa Muhammad watawalla". Maknanya apa? Allah tak khususkan kepada Rasulullah tapi untuk kita semua. Bila kita nak tegur seseorang di khalayak ramai, dalam usrah contohnya, tak perlu mention individu yang ingin ditegur agar dia tak terasa malu hingga sebulan tak nampak batang hidung (ada berlaku ke??). Untuk tegur, tegurlah secara umum. Siapa yang terasa diam-diamlah sajalah...huhu..

Wahhh..sekali dapat menulis banyak pula ya. Harap-harap kalian tak bosan. Doakan saya teman, moga ilmu yang ada mampu diamalkan..

note : Alhamdulillah semua dah settle, tinggal nak tasmi' saja. Surah al-Hasyr belum mahu 'mesra' 
         lagi dengan saya. Tak lekat-lekat lagi..huuu.. 
        


Saturday, September 22, 2012

Jom Mendaki Bersama Mereka!

Bismillah walhamdulillah, bersyukur kerana dapat mengutip sedikit sebanyak suka duka perjalanan hidup Dr. Zaharuddin melalui karya beliau yang saya tak pasti terbaru atau tidak, “Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari”. Belum pun sampai 10 helai membaca sudah terasa aura motivasi meresap dalam diri. Kesungguhan beliau dalam menimba ilmu Allah cukup kuat. Pantang dicabar pasti beliau berusaha melakukannya. Akhirnya yang mencabar hanya tertunduk mengalah kerana Dr. berhasil menjadi jauh lebih baik dari sangkaannya.

ihsan en.Google..
Bagi saya yang graf motivasi diri tak pernah stabil, dengan membaca dan mendengar perkongsian hidup mereka  yang hebat ini dapat membantu meningkatkan motivasi diri. Mungkin graft tu tak menceracak naik tapi at least tak la menjunam turun. Mereka yang hebat ini tak semestinya seorang tokoh masyarakat atau seorang pakar dalam bidang tertentu mahupun mereka yang bergaji besar. Mereka yang hebat ini adalah insan-insan yang melalui liku-liku kehidupan dengan sabar, bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu. Halangan dan cubaan tak pernah merencatkan langkah mereka untuk berlari dan terus berlari Tambahan kalau mereka ini berlari di atas jalan Allah, berjuang demi meninggikan agama Allah, maka sungguh mereka adalah manusia-manusia OSEM yang saya kagumi.

Sebelum ini, saya pernah berkongsi satu buku karya saudari Ummu Hani bertajuk NOORAH. Dia (Noorah) antara contoh mereka yang saya sebutkan di atas. Dia bukan seorang tokoh masyarakat yang terkenal atau punya jawatan yang tinggi namun kegigihan dan kesabarannya melalui kehidupan mampu membangkitkan motivasi sesiapa yang menyelami kisah hidupnya.

Jangan melihat seseorang itu ketika dia sudah berada di puncak tetapi lihatlah bagaimana kesusahannya mendaki untuk sampai ke puncak. Orang mendaki Bukit Tabur tak kan sama dengan orang yang mendaki Gunung Kinabalu. Yang mendaki Gunung Kinabalu pun tak kan sama dengan yang menawan puncak Everest. Konklusinya, mereka yang di puncak itu bukan melangkah setapak saja lalu sampai, bukan juga lalu jalan shortcut, bukan juga sampai dengan sekadar bermimpi. Mereka mendaki dengan penuh kepayahan. Namun kesabaran dan kesungguhan itulah booster untuk mereka sampai ke puncak.

Jadi teman, jom kita mendaki dan terus mendaki.
Be patient and you will reach there, insyaallah..(^__^)b

note : 
-Rasa nak pi trekking bukit..('trekking' dekat tangga 'Batu Cave' Mahallah Nusaibah pun ok jugak..huhu..)

Tuesday, June 5, 2012

Belon

Bismillah walhamdulillah...

Bagai belon, terawang-awang tanpa arah tuju [kredit]




 

Solat tanpa kusyuk itu,

seperti belon saja.

Nampak menarik di luar,

namun kosong di dalam.

Melayang di udara tanpa arah tuju,

Hanya mengikut angin,

Ke arah mana di bawa,

Akhirnya pecah begitu saja.

-insyeerah-

Muhasabah. Solat bila hilang kusyuk, seperti diawang-awangan saja, tak ubah macam belon kat udara. 
Bangun duduk, bangun duduk kemudian bagi salam.
“Eh, dah habis”.

Allah..
Apa aku buat ni?
Bangun duduk, bangun duduk tapi tak dapat apa-apa.
Tak ada kesan pun di hati apatah lagi nak ada kesan dalam amal.
 Ruginya.

Solat itu rehat. Rehat untuk hati dan minda.
Tinggalkan sebentar urusan dunia yang memenatkan.
Usah dibawa ke dalam solat.
Tenanglah, kusyuklah.
Rasailah betapa dekatnya Allah denganmu,
Di saat berdiri, rukuk, duduk dan sujud.

Benar.
Kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi selalu)
Sukar benar untuk kusyuk.
Banyak sebab yang perlu kita muhasabah.
DOSA.
Inilah penghalangnya.
Yang selalu mengganggu keenakan kusyuk kita.
Yang meragut fokus saat mahu berdua-duaan dengan-Nya.

Maka, mari muhasabah teman.
“lantaran dosa apakah hingga aku jauh dari-Mu Tuhan?”

Note : - Seakan terlupa pada ‘teman baikku’ ini. Sudah hampir dua tahun ya kita ber’sahabat’.
               Maafkan aku kerana lama tidak bercerita denganmu, Catatan Insyeerah.

             -Salah satu cara terbaik untuk remind diri ialah dengan menulis (menulis untuk diri).


Wednesday, April 25, 2012

Tholibah Mumtazah

Bismillah walhamdulillah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Malas berusaha,
Study asyik last minute saja,
Habis exam semua lupa.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Ibadah tak jaga,
Hubungan dengan Allah biasa-biasa saja,
Lebih banyak lalai dengan dunia.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau,
Matlamat hidup tiada,
Hari-harinya aci redah saja,
Tiada planning semua buat ikut suka,
Dunia tak dapat akhirat entah kemana.

 Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Asyik sia-siakan masa,
24 jam Allah bagi rasa tak cukup,
Sebab bazirkan untuk dunia.

 Nak jadi tholibah mumtazah,
Hasrat saja tak jadi tanpa usaha,
Kejayaan bukan angan-angan,
Pintunya perlu dibuka,
Bukan menunggu ia dibuka..

11.13 p.m,
240412,
ghurfati jannati,
IIUM

-stop dreaming!! start planning..!! Qum ya nafsi!!-
 (Sekadar nota 'pukulan' untuk diri..Diri yang nak berubah tapi malas berusaha..Allahurabbi..=.=')

note :- Jujur, masih jauh untuk digelar tholibah mumtazah. Moga kata-kata mereka menjadi doa
           (kalau sebut 40 kali Allah makbul kan? ^^,)  
         
         -Tholibah Mumtazah = Pelajar (perempuan) cemerlang

Sunday, April 8, 2012

Little Change, Big Impact


Bismillah walhamdulillah…

Syukur  yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat sihat yang diberi hari ini setelah beberapa hari Dia mengambilnya. Hanya mampu berbaring sambil memerhati syiling (oh sebenarnya bukan tengok syiling sangat, tengok skrin laptop yang lebih, kan).

Alhamdulillah, sudah kembali sihat, bersemangat dan ceria semula hehe.. :D
Tengok, Allah uji sikit dengan kesihatan kita dah tak berdaya. Jadi, siapalah kita nak dibandingkan dengan Pencipta?

Alhamdulillah..Bila dah sihat rasa seronok nak buat kerja pagi ni. Kemas bilik, basuh baju dan mengupdate blog :D

Setelah selesai mengemas meja study dengan mengubah sedikit susun aturnya, saya ada rasa kelainan di situ. Rasa semangat nak belajar! Pelik ya?  

harapnya terus macam ni la ye...


 Sebelum ni, tak semangat ke? Soal kalian confuse. Bukanlah. Cuma bila pandang saja ke meja tu, entah mengapa semangat untuk study menurun sedikit. Rupanya, ada yang tak kena dari segi susun aturnya.

Apa yang saya cuba nak highlightkan di sini ialah satu perkataan iaitu P.E.R.U.B.A.H.A.N.
Kadang-kadang perubahan yang sedikit tu memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.

Tertarik kepada perkongsian seorang ahli panel semasa saya menghadiri satu program motivasi, tentang rahsia kejayaan dirinya semasa menuntut di universiti. Hanya dengan perubahan yang sedikit iaitu mengubah jadual belajar  terus melonjakkan pencapaiannya daripada 2.0 something kepada dean list. Masyaallah, hebat tu..

Kadang-kadang kita rasa dah banyak yang kita study tapi resultnya masih sama. Kita rasa solat tak pernah miss, tapi still tak dapat tinggalkan dosa. Diri masih ditakuk lama. Ini bermakna ada something wrong somewhere yang masih belum diubah. Mungkin kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti?

“Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang beerti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankanlah jiwa kalian!”

-Tariq bin Ziyad-

Justeru, mari lakukan perubahan.
Jangan teragak-agak kerana ia akan melambatkan peningkatan diri .
Berubahlah bukan saja untuk kejayaan sementara di dunia tetapi untuk kejayaan yang kekal di sana.  

Berubahlah bukan dari sudut akademik saja tapi juga ibadah kita. 
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah, dan rancanglah perubahan kita agar terus istiqomah.
Berubahlah, anda belum terlambat untuk berubah.
Berubahlah, kalau anda lambat, kalau anda lengahkan, sampai ke mati anda tetap sama.

Kita berdosa,
Tapi kita lengah,
“Esok la taubat”,
“Taubat pun nanti buat balik”
Jangan macam tu.
Takut-takut
Sampai ke mati pun tak sempat bertaubat (nauzubillah…)

Berubahlah, kerana yang berubah saja akan merasai kesan dan kemanisannya.

Kalau kita bersegera,
Allah akan membantu kita,
Kalau saja lengah-lengahkan masa,
Allah biarkan kelengahan menyelubungi kita.

Saya sudah bertekad. Kalian bila lagi? Jom sama-sama kita berubah. Moga Allah redha usaha kita.

Akhir kalam, kejayaan bukan angan-angan. Ingat ya...

Note : -  Tujuan post ini untuk saya‘basuh’ diri sikit. Kasik putih dari sifat malas dan lalai.

-   Jom tadabbur surah al-Mukminun : 1-9. Moga jadi mukmin yang berjaya. i.Allah..
          

Tuesday, February 21, 2012

Hanya Kau yang ku ingin

Bismillah walhamdulillah...

Kekok.
Kaku.
Terasa kekok dan kaku untuk menulis.
Lantaran dosa-dosa yang bersarang di hati,
juga dosa-dosa lama yang menghantui.

Namun,
aku tak lelah untuk menghampiri,
ku tebalkan wajah yang penuh dosa,
terduduk menghadap kebesaranMu ya Rabbi,
Masihkah ada cinta, redha dan perhatianmu untukku??

Tuhan..
Jangan biar diri ini sendiri,
dalam menyusuri hari-hari yang tak pasti.
Andai Kau serahkan hari ini
untuk ku corakkan sendiri
pasti rosaklah hari ku ini.

*     *    *    *     *

Dah lama tak menulis ya. Betul la. Susah benar nak istiqomah dengan amal soleh ni.

Ok, sajak di atas tu tak sedap jadi sila abaikan sebab ada sajak lagi sedap yang saya nak hadiahkan buat pembaca-pembaca yang disayangi kerana Allah. Nah! Ini dia...

Hati ini kembali terjengkang
Lagi dan lagi
Hanya kepada Allah ku bersandar
Khilaf dan lemahku
Ku serahkan

Kemantapan belum menghampiri
Mungkin Allah belum memberi
Hanya yakin Allah di sisi
Jika aku ingini

Engkau pemilik hati
Jatuh bangunnya hamba yang ingini
Ampuni atas coretan noda di hati
Mendahulukan nafsu
Abaikan Engkau

Segala puji hanya untukMu
Ingati hati agar tak makin terjengkang
Karena ini belum berarti
Hanya belaian angin yang menjatuhkan

Selalu ingin dengan Engkau
Selalu ingin ada Engkau
Agar hati ini terjaga selalu

Amacam, sedap tak? Eh, mestilah sedap.

Baiklah teman-teman, jom kita dekat-dekatkan diri dengan Dia.
Moga Dia juga sentiasa dengan kita.^^,


Saturday, December 17, 2011

Solehahkan diri kerana'nya' atau kerana'Nya'??

Bismillah walhamdulillah...



"Untuk mendapat si soleh. Kita dulu perlu menjadi solehah"

Ini antara kata-kata yang selalu kita dengar. Ya, nak dapat yang soleh mestilah kena 'solehah'kan diri dulu dan juga sebaliknya. Kalau kita pun mahu yang soleh, bertanggungjawab dan mampu membimbing begitulah juga yang di sebelah sana. Soalnya kita dah cuba solehahkan diri kah?  kita tak solehahkan diri tapi mahu si dia yang soleh, agak-agak Allah nak bagi tak? Dia soleh pasti Allah akan beri yang solehah juga untuknya. Tak gitu teman-teman. Allah tu kan Maha Adil..^^

Cuma tentang hal ini, kadang-kadang saya terfikir sendiri. Kita 'solehah'kan diri kononnya agar kita dilamar oleh si soleh. Namun, belum tentu ia akan terjadi. Entah-entah, Allah dulu yang 'melamar' kita. Siapa tahu kan?

Jadi, mari betulkan niat. Nak solehahkan diri bukan sebab nak dapat si soleh saja tapi kerana inginkan redha Allah yang utama. Mahu jadi hamba Allah yang setia agar dapat bertemu denganNya di syurga. Perkahwinan dan kematian, kedua-duanya adalah rahsia Allah, tak tahu mana dulu yang akan bertemu kita. Bak kata orang "jodoh dan maut di tangan Tuhan".

Yang pasti, bila kita solehahkan diri ia bukanlah sekadar persiapan untuk walimah tetapi juga persediaan untuk menghadap Allah. Saya cuma nak pesan pada diri agar ikhlas dalam melakukan perubahan dan peningkatan diri.


Aku yang masih bertatih dalam men'solehah'kan diri,
ku tahu ku punya banyak dosa,
namun ku tetap mencuba,
dan kan terus mencuba,
untuk hampir kepadaNya,
moga aku masih diterimaNya sebagai Hamba...


note : 1. Sharing ini juga untuk yang nak 'soleh'kan diri. Jadi, tukarkan saja 'solehah' tu kepada 
              'soleh' ye.

         2. Currently at home and will be back to IIUM tomorrow. Pray for my journey and my 
             health. (O Allah, You tested me with my body. I know you want me to be closed to You. Please
            forgive all my sins..T_T)


HambaNya yang hina,

Thursday, November 24, 2011

Mencari Keikhlasan dan Penghayatan

Bismillah walhamdulillah...




Biar berzaman orang berbicara tentang keikhlasan. Biar beribu orang berkata tentang penghayatan. Namun, saya tetap jua ingin berbicara tentangnya. Kerana apa? Kerana meski kita sering diingatkan tentang keikhlasan dan penghayatan, tak semestinya kita amalkan selamanya bukan?

Justeru, kali ni saya nak bicara tentang ini, khusus untuk diri sendiri terutamanya.

Sebenarnya, saya sedang muhasabah diri.
Sejak alam kanak-kanak hinggalah kini, sudah banyak program-program yang diikuti mahupun dikendali.
Terfikir sejenak. Dalam banyak-banyak tu, berapa percent saja yang saya ikuti dengan hati yang benar-benar ikhlas dan penuh penghayatan? Hadir program, dengar, buat aktiviti, seronok, kemudian balik. Tapi diri sendiri? Tertingkatkah atau tetap sama?

Mak pernah berpesan,
"kalau pergi program tapi bila balik diri tetap sama, tak ada peningkatan pada rohaniah dan jasadiah, rugilah kita."

Mungkin ada yang kata,
"kalau macam tu, tak payah pergilah".

No, no, no.
Kalau tak pergi, lagilah kita rugi.
Pergi. Dan bawalah bersama-sama hati.
Hati yang ikhlas dan penuh penghayatan dalam beramal.

Terdetik hati nak muhasabah setelah melihat senarai nama para peserta program (Allah izin jadi ajk pendaftaran ^^). Ada parents yang hantar anak dua tiga dengan bayaran seorang mencecah seratus. Masyaallah, besar pengorbanan mereka.

Teringat mak ayah yang telah laburkan duit untuk program-program sebelum ni terutamanya ketika masih dibangku sekolah (sekarang dah ada 'gaji'..hehe..). Insyaallah, pelaburan itu tak sia-sia. Pelaburan akhirat. Cuma kitalah, anak-anaknya. Kalau tak ikhlas dan tak grab sesuatu daripada program yang kita ikuti, kitalah yang rugi.

Only Allah knows in depth the sincerity in your heart


Akhir kalam, nak pesan pada diri,
"Ikhlaslah hati. Hayatilah diri. Moga apa yang dijalani membuahkan redha Ilahi dan memantapkan tarbiyah diri"

note : nak wish selamat berKMK kepada semua, daripada urusetia hinggalah peserta. May Allah
          bless us!! ^^

Thursday, September 1, 2011

Jangan Break Mengejut


Salam ‘alaik..Apa khabar kalian semua? Dah start puasa 6? Dah?  Wah, bagus tuu..Yang belum start, jangan lupa buat ye.. Saya? Oh, Alhamdulillah dah start buat. Selalunya jarang la saya start puasa time syawal ke-2. Tetapi, disebabkan tahun ni saya beraya di rumah saja, tak jalan ke mana-mana, jadi bolehlah start awal sikit.

Emm..cakap pasal puasa 6 ni kan, agak-agak apa hikmah Allah suruh kita puasa 6 ni ye?? Banyak? Ya, memang banyak. Yang dapat saya lihat antaranya ialah Allah tak nak kita ‘break mengejut’ (huh?)

Begini, cuba kita lihat kereta. Sebelum berhenti, kita kena perlahankan kenderaan dulu kan. Apa akan terjadi kalau tengah laju tiba-tiba kita break? Tak ke terkejut orang yang ada dalam kereta tu (ada jugak yang terhantuk kang..) Kalau ada kereta di belakang, alamatnya kena hentam la bontot kereta kita tu kan (opss..!! tu la sapa suruh break mengejut..)

Maka, begitulah dengan puasa. Allah s.w.t itu kan sangat baik. Selepas kita puasa penuh sebulan ramadhan, Allah perintahkan kita untuk sambung lagi 6 hari dalam bulan syawal. Selepas tu teruskan dengan puasa sunat 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Sebab apa? Sebab tak nak kita break mengejutlah.  29 hari ramadhan, 6 hari syawal kemudian 2 hari setiap minggu. Emm..kan cantik susunan tu.

 Bayangkan time ramadhan kita punyalah pecut puasa sebulan penuh. Masuk saja syawal terus berhenti puasa (kononnya nak cover balik puasa ramadhan tu la).Hah, tak ke nampak macam break mengejut tu. Jadi, untuk mengelakkan kita daripada membreak secara mengejut, eloklah kita sambung dengan puasa sunat 6 hari di bulan syawal (6 hari saja..^^).

Selain itu, Allah juga nak didik kita untuk istiqomah. Setelah berpuasa sebulan ramadhan, kita tambah pula dengan puasa 6, kan nampak konsisten. Sebab itu seelok-eloknya kita tak bertangguh-tangguh untuk puasa 6. 

Yang sebenarnya, Allah nak didik kita untuk istiqomah dalam semua sudut. Bukan setakat puasa saja, malah amalan-amalan lain pun kena istiqomah juga. Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari ‘Aisyah ra, Rasulullah telah bersabda: “Amal – amal yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang dawam (istiqomah) walaupun sedikit”. (HR. Bukhari dan Muslim). Tak nak hurai panjang tentang bab istiqomah ni sebab yakin semua dah sedia maklum tentang kepentingannya. Antara nak istiqomah dengan tidak ja.

Akhir coretan, sementara mood ramadhan masih ada, jom kita sama-sama buat puasa 6. Tangguh-tangguh, last-last tak buat. Kan rugi tuu..

Tengok, adik ipin pun nak posa..^^(ipin versi indonesia)


Selamat Berpuasa 6 semua!! ^_^




note : 5 days to go!!! UIA, wait for me..!! (nervous la pulak =.=')




Thursday, July 7, 2011

Hai Hamba, Rasailah Kasih Sayang Tuhanmu

Bismillah walhamdulillah...

Hari yang berjerubu. Terasa berat untuk melangkah keluar dari rumah memandangkan udara yang tidak sihat (dan diri pun tak sihat jugak..huhu..). Namun hati berbisik, "aku kena pergi. Rugi kalau tak pergi. Mana tau ada sesuatu yang Allah nak beri"

Pagi ini. Dengan bismillah, saya melangkah. Berharap agar Allah memberi sesuatu yang mampu memukul hati yang lalai.

Sampai di USM, disambut dengan senyuman dan pelukan hangat dari kak Wani, kak Nazihah
dan Shahirah. Setelah seorang lagi sahabat saya tiba, bermulalah tour kami di sekitar tasik USM bersama tiga orang lagi kakak sebelum berhenti di sebuah wakaf.

Dan di wakaf inilah Allah telah mengetuk hati ini dengan sehelai kertas pemberian kak Wani. Apa isi kertas tu? Inilah dia...

Allah telah bertitah dalam sebuah hadis qudsi :
"Hambaku menyombongkan diri terhadapKu dengan berbagai atribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar ; bahawa Aku yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain Ku. Aku memberi rezeki namun selain Ku yang disyukuri. Kebaikan Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepada Ku. Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku, dengan berbagai kemaksiatan padahal merekalah yang paling perlu kepada-Ku. Sesiapa yang datang kepada-Ku maka ia akan ku jemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meinggalkan sesuatu demi Aku, akan Ku berikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaan-Ku, Aku pun menginginkan apa yang diinginkannya. Sesiapa yang bertindak bergantung pada daya dan kekuatan-Ku, maka akan Ku lunakkan besi baginya. Orang yang mengerjakan maksiat, tidak akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmat-Ku, jika mereka bertaubat kepada-Ku maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Kalau mereka tidak bertaubat kepada-Ku, maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka; akan Ku berikan cobaan kepada mereka dengan berbagai musibah untuk membersihkan mereka dari berbagai aib. Dan sesiapa lebih mementingkan Aku daripada selain Ku, maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain. Satu kebaikan di sisi-Ku adalah senilai sepuluh kali ganda, yang sepertinya, hingga ke tujuh ratus kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali. Sedangkan kejahatan di sisi-Ku adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya. Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan. Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku. Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan hukuman. Pemberiaan maaf-Ku lebih mendahului siksaan Ku. Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya"
(Rujukan : Butir-butir Ma'rifatullah Ibnul Qayyim : Menggapai Manisnya Iman oleh Syeikh Shaleh Syadi)

Terdiam seketika. Terasa menggigil tangan saat memegang kertas itu. Mata mula terasa hangat. Biarkan mata itu basah. Kerana mata itu telah lama kering. 

Duhai diri,
tidak rasa lagikah kasih sayang Allah kepadaMu?
Dia sangat mengasihimu,
mengapa kau belum sepenuhnya kasih padaNya?
Dia berimu nikmat,
tapi kau gunakan untuk apa?
mengapa masih ego untuk tunduk padaNya?
sedang kau adalah milikNya.

Kau rasa bersalah,
kerana dosa yang mengotori diri.
Tetapi,
mengapa terus lari dariNya?
Malu? 
atau ego?
Sedang Dia memanggilmu dengan kasih sayang,
Bersedia memelukmu dengan cintaNya,
meski diri busuk dan kotor berlumpur dosa.

Dia tidak rugi kalau kau tidak menyambut panggilan kasihNya,
tetapi kau yang akan menanggung derita,
kerana hakikatnya kau tak mampu hidup tanpa kasihNya.

Kembalilah hai diri,
kau itu milikNya,
dan akan kembali kepadaNya bila tiba masa.


note : - credit to kak Wani yang sanggup tulis hadis yang panjang ni untuk kami. (tulis ye 
              bukan taip).
           - kagum dengan kakak2 tu. Majority Master's and PhD students (nak ikut jejak 
              mereka..^^)
       


Monday, June 27, 2011

Sahabat, syafaatkan aku...

Bismillah walhamdulillah...

Bersama-sama mak di meja makan memang menyeronokkan. Ada saja input dan info berguna yang dikongsi bersama.

Dan hari ini mak berkongsi tentang apa yang dibacanya daripada majalah Solusi, isu 20. Terus saya belek-belek bahagian itu di bawah tajuk "Syafaat Selepas Syafaat Rasulullah s.a.w". Mari saya kongsikan dengan kalian, moga kita sama-sama beroleh manfaat.

*              *             *              *             *

Syafaat Saudara Muslim

Atas keluasan rahmat-Nya, Allah membuka kesempatan kepada setiap Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain. 

Dalam hadis panjang daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti. Baginda bersabda yang bermaksud, "Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka di dalam neraka. Mereka berkata, "Ya Allah, mereka dahulu pernah solat, berpuasa dan haji bersama kami". 
Lalu dikatakan kepada mereka, "keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu" (Riwayat Muslim no. 302)

Masyaallah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjutan hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah atau haji bersama, suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.


Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk memperbanyak teman dan kenalan. Jalinlah hubungan baik dengan orang Mukmin di sekitar kita, lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal menimpa kita di akhirat nanti. Jika ternyata kita harus masuk ke neraka, maka kebaikan sekecil apa pun yang pernah kita lakukan di dunia akan berguna untuk mengeluarkan kita daripada seksaan neraka.

Dalam Sunan Ibn Majah no.3685, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "pada hari kiamat, ahli syurga dan ahli neraka berbaris-baris. Seorang ahli neraka yang berlalu melewati seorang daripada ahli syurga tiba-tiba berkata kepadanya, "wahai polan, ingatkah engkau, suatu ketika engkau pernah meminta air, lalu aku memberi kepadamu?" Ahli syurga itu lalu memberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain berkata kepada ahli syurga yang lain, "Ingatkah engkau, suatu ketika aku pernah membantumu dalam urusan bersuci?" Ia lalu memberi syafaat kepadanya.

 *          *          *          *          *

Masyaallah..hebat ya. Sahabat kita juga mampu memberi syafaatnya di akhirat kelak. Maka, berbuat baiklah dengan mereka yang berada di sekeliling kita. 

Terbayang wajah teman-temanku.
Sahabat,
di akhirat nanti,
andai Allah mengizinkan kakimu melangkah ke syurga,
sedang aku tidak,
jangan tinggalkan aku,
syafaatkanlah aku sahabat,
kerana aku pernah bersama-sama denganmu ketika di dunia,
pernah menolongmu meski pertolonganku itu mungkin kecil sahaja.
Namun, bukan hanya kerana pertolongan kecilku itu
aku meminta syafaatmu,
tetapi,
kerana AKU SAHABATMU...

SYAFAATKAN AKU SAHABAT...

Bersahabat hingga ke akhirat.

Thursday, June 16, 2011

Golongan sedikit, adakah aku termasuk??

Bismillah walhamdulillah...

Kaifahalukum jami'an..??? (jawab jangan tak jawab..)

Bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi saya peluang bersembang-sembang maya dengan kalian lewat laman ini..

Sembang saya hari ni tentang golongan yang sedikit, golongan minoriti. Siapa golongan sedikit ni?? Terus baca sampai habis ya..

Ketika sedang makan setalam bersama teman-teman fasi saya di KAHFI, salah seorang daripada kami berkata,

"Ana tengok sorang adik ni bagus sangat. Lepas makan mesti baca doa"

"Masyaallah bagusnya adik tu", kagum kami dengan peribadinya.

"Kita pun tak macam tu kan. Lepas makan, terus blah. Tak ingat dah nak baca doa", ujar seorang teman.

"Itulah, dah kenyang makan. Mana ingat nak bersyukur dah", tambah yang lain.


Seketika saya terfikir. Ya, kita memang begitu kan.
Sebelum makan bukan main baca doa. Takut syaitan makan sama.

Sebelum tidur pun macam tu. Bukan setakat doa, baca pulak zikir pendinding diri. Takut nanti syaitan ganggu dalam mimpi.

Sebelum masuk toilet pun tak lupa. Baca jugak doa.

Tapi....
lepas kenyang makan,
lepas bangun tidur,
lepas keluar toilet,
berapa ramai yang baca doa??
berapa ramai yang ingat dan besyukur kepada Allah lepas Dia bagi nikmat makan, nikmat tidur, nikmat qada' hajat??
tak ramai kan...

Bayangkan...
kalau Allah tak bagi nikmat makan (tak lalu nak makan, tak boleh nak makan sebab kena jaga kesihatan, tak ada makanan dan sebagainya),
kalau Allah tak bagi nikmat tidur (tak boleh tidur, insomnia),
kalau Allah tak bagi nikmat qada' hajat,
APA AKAN JADI PADA KITA???

Ini saya baru sentuh 3 nikmat. Belum lagi nikmat-nikmat lain yang berjuta-juta Allah bagi kat kita.



Ya, saya pun kadang-kadang lupa juga.

Tapi saya rasa Allah telah ingatkan saya, tarbiyah saya melalui peribadi adik peserta ni.
Bila ingat balik, malu seh.. Adik tu boleh ingat nak besyukur, aku yang kakak ni, yang sepatutnya jadi contoh ni tak ingat. (Allahuakbar..muhasabah..muhasabah..muhasabah...)


Berbalik kepada golongan yang sedikit, saya ingin share satu sirah dengan kalian. Sirah seorang pemuda yang berdoa,

"ya Allah jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang sedikit". 

Dan doanya didengari oleh Saidina Umar lantas beliau bertanya kepada pemuda itu,

"Hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk ke dalam golongan yang banyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang banyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna"

Maka jawab pemuda itu dengan sepotong ayat  (surah Saba' : 13)

(وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ )
 "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" 

Nah, inilah golongan sedikit, golongan yang bersyukur. Kita termasuk tak?? Tanya diri, tanya Iman (bukan Iman kawan kamu tu).

Sungguh la sedikit sekali manusia yang bersyukur kat atas muka bumi ni. 
Buktinya seperti di atas, tak ramai yang berdoa, yang ingat dan bersyukur bila dapat nikmat (sebelum dapat nikmat bukan main lagi ingat Allah, baca doa).


Justeru, saya ajak diri saya juga teman-teman pembaca mari gandakan syukur kita. Nampak macam simple, baca doa selepas makan, selepas bangun tidur, selepas qada' hajat. Tapi benda simple macam ni yang selalu kita lepas pandang padahal impaknya besar. 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"... dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Ibrahim : 7)

SELAMAT BERSYUKUR!!

Note : Time tadika dulu bukan main semangat hafal doa itu, doa ini. Bila besar lupa nak amal.


 Saya yang masih bertatih membaiki diri,

Monday, February 14, 2011

Baiki diri, tingkatkan potensi.

Bismillah walhamdulillah...

*Mencuri masa di celah-celah preparation untuk final exam.*

Pagi ini Allah telah memotivasikan saya dengan satu ilham yang tiba-tiba muncul di minda. Mari saya kongsikan dengan kalian. Moga sama-sama termotivasi...

"Usah iri dengan kelebihan orang lain dan hanya mengeluh dengan kelemahan diri. Setiap kita Allah telah sertakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Apa yang penting, tingkatkan potensi dan perbaiki kelemahan diri"

Rasa rendah diri itu baik dan patut ada pada setiap kita agar tidak rasa diri lebih hebat dan orang lain semua rendah (rasa diri lebih hebat dan bagus daripada orang lain mengikut Critical Thinking Skill adalah egocentrism dan menjadi penghalang untuk berfikir secara kritikal. Sila jauhi ya...).

Namun kalau berterusan rasa rendah diri hingga hilang keyakinan itu sudah berlebihan dan patut dijauhi. Ingat, setiap kita Allah telah bekalkan dengan kelebihan dan potensi yang berbeza. Kita lihat rakan kita berbakat dalam bernasyid (suara sedap la katakan) dan bakat itu tiada pada kita. Tapi, kita tentu ada kelebihan lain. Kemahiran menulis misalnya. Mungkin kita boleh menyumbangkan lirik untuk dinyanyikan oleh rakan kita itu.

Yang penting, built up diri kita dengan skill/ kemahiran kerana ia mampu meningkatkan diri seperti public speaking (pengucapan awam), memasak, menjahit, menulis, melukis, multimedia dan sebagainya (jangan pulak built up skill merempit atau skill jadi 'doktor' cucuk sendiri. Tu bukan tingkatkan potensi tapi menjahanamkan diri).



Jom Baiki diri dan tingkatkan potensi. Moga jadi muslim yang sukses..^_^

~HAYYA 'ALA FALAH. AL-FALAH LIL ISLAM~



 

Saturday, January 15, 2011

Muslimlah kamu dengan sebenar-benar muslim

Bismillah walhamdulillah...

Baru saja selesai mengikuti talk daripada seorang speaker yang tidak kurang hebatnya, Ust. Muhammad Syaari Abdul Rahman dengan tajuk yang cukup mencabar minda, "Kolotkah Seorang Muslim" (tahniah kepada MRC atas penganjuran talk yang sangat baik ini..thumbs up..)

Ya, realiti hari ini kita berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak henti-henti melemparkan tuduhan-tuduhan buruk terhadap umat Islam. "Islam terroris, kolot, jumud" dan sebagainya telah sebati dalam kehidupan kita hari ini. Paling mnyedihkan ialah sebahagian besar umat Islam sendiri telah termakan dengan slogan-slogan, tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah ini hingga mereka berlarian dan berlumba-lumba meninggalkan Islam.


Hari ini, mereka yang bernama muslim itu ramai tetapi muslim hanya pada nama. Pada jiwa mereka, kehidupan mereka, cara berfikir dan cara bertindak seolah-olah mereka bukan seorang muslim..(let's think about it)

Hakikat Islam itu apa sebenarnya??
Saya enggan mengulas panjang. Sekadar ingin mencetuskan semangat agar kita tidak lemah tatkala diberi gelaran 'kolot', 'jumud' dan yang sespisies dengannya.

Mari kita lihat apa makna Islam yang sebenarnya. Islam membawa erti tunduk dan patuh secara total kepada arahan Allah s.w.t. Jika kita teliti kembali, sebenarnya bukan manusia sahaja yang muslim. Lihat pokok-pokok disekeliling kita, cahaya matahari yang memancar terang di siang hari, bulan yang bersinar di malam hari, lembu-lembu di kandang, segala hidupan di lautan, pendek kata seluruh makhluk di langit dan di bumi semuanya tunduk penuh akur pada arahan Allah s.w.t. Bukankah mereka juga muslim..??




Cantik kan..?? Subhanallah......:)
 
Kita dianggap kolot kerana mematuhi aturan Allah yang kononnya tidak relevan dengan situasi hari ini?
Teman, usah bimbang dengan statement-statement sebegitu kerana jika kita tidak muslim atau tidak mengikuti arahan Allah, padahnya lebih besar.



Cuba perhatikan bumi yang kita diami hari ini. Pernahkah satu saat tiba-tiba bumi ini berlari keluar dari orbitnya kerana dah bosan asyik pusing jalan yang sama. Pernahkah?? Apa akan jadi kalau bumi kita tiba-tiba buat begitu?? Ya, pasti satu hidupan pun TIDAK tersisa di bumi ini, dengan kita-kita pun ghaib entah kemana. Ini menunjukkan bumi sangat patuh pada Allah. Jika bumi ingkar walau hanya sedikit, akan rosak binasalah kita.


Saya ingin tanyakan soalan simple yang budak tadika pun boleh jawab, siapa jadikan kita?? Jawab si adik comel, "ALLAH "..(bagus adik ni.). Ya, kita tahu itu. Tapi seolah-olah tidak sedar tentang hakikat itu. Mengapa ya?? Tepuk dada tanya Iman. Jadi, Allah yang ciptakan kita dan sudah semestinya Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kerana itu Dia bekalkan 'manual book' kepada kita agar kita dapat hidup dengan baik, terjaga dan selamat sampai ke 'expiry date' kita.

Lihat analogi ini,
Kita beli handphone dan semestinya ada 'manual book' sekali kan. Apa kegunaan  handphone? Pandai-pandailah jawab sendiri ye. Suatu hari kita guna handphone tu untuk mengetuk paku di dinding. Agak-agak apa akan jadi pada handphone tu? For sure dah 'innalillahi wainnailahi rojiun' dan tong sampahlah tempat akhirnya. Sekarang nampak tak apa akan jadi kalau tak ikut fungsi sebenar handphone?


Oh my broken handphone..;(

Nasib kita pun mungkin lebih kurang macam handphone tu kalau tak berfungsi sebagai hamba Allah dengan baik iaitu tunduk dan patuh pada perintahNya, menyerah diri dan beribadah kepadaNya. Bahkan nasib kita lebih hina dari handphone tu. Handphone rosak masuk tong sampah, manusia rosak masuk... Hah, masuk mana? Nauzubillahi minzalik..

Sebenarnya, kita sebelum dilahirkan adalah muslim. Kita telah pun mengaku bahawa Allah adalah Tuhan kita.
Firman Allah s.w.t :  
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini  Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul  (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi. " (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"
(Al-A'raf : 172)


Kesimpulannya, marilah kita menjadi muslim yang sebenar. Mengapa enggan sedangkan seluruh alam ini juga muslim. Jika kita enggan menyerah diri kepada Allah, maka kita benar-benar telah merugikan diri sendiri.

JOM JADI MUSLIM..MOGA ALLAH SAYANG KITA...:)

note : maaf andai perkongsian ini kurang memuaskan..hanya yang terlintas di minda saja.


 

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??