Pages

Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Bingkisan Kecil Buat Dia

Rindu pada yang sepatutnya pasti Allah suka. ^^


"mungkin dalam hati, mengharapkan masih ada insan seperti mu, yang setia mendengar, yang x henti menasihati... namun bila tiba waktu Allah menguji dengan susahnya mencari insan seperti dirimu, diri ini belajar sesuatu.. setiap insan x mungkin sama.. yang istimewa x mungkin ada duanya.. jazakillah kerana sentiasa brada di sisi..' ;') 
semoga Allah pertemukan kite lagi di dunia nyata" -atiqah-
(terharu..sob3..rasa diri belum cukup untuk menjadi seorang sahabat yang baik. I.Allah akan terus mencuba)

Cuba tengok header kat atas tu, smart kan??
Post kali ni khusus buat sahabat saya, yang telah meng’hadiah’kan header smart ni..

Dia, sahabat yang saya kagumi.

Perkenalan kami bermula sekitar 7 tahun yang lalu, di bangku 1P Aisyah, Ma’ahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Di situlah kami mula menganyam memori. Banyak cerita-cerita ceria dan duka yang telah kami kongsi.

Semasa di tingkatan dua, kami berpisah secara jasad kerana saya berhijrah ke pantai timur (jasad saja terpisah, di hati tidak ^^)

Ketika dia mula melangkah ke Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ismail, Johor Bahru dalam bidang TESL, saya juga menetap di sana (Johor Bahru). Tapi itulah, bila Allah tak izin memang tak sempat berjumpa. Saya cuma mendengar cerita daripada ibu angkatnya yang juga teman mak saya.

Dengan izin Allah kami bertemu jua. Bukan di Johor, tetapi di utara (sekarang saya dah jadi orang utara) . Ketika itu, kami menghadiri Training of Trainers (TOT) untuk Kem Minda Kreatif (KMK) zon utara yang bertempat di Perlis. Mahu saja kami melompat kegirangan bila dapat bertemu di alam realiti. Yalah, selama ni berjumpa di laman mukabuku saja (^_^). Saya sempat bermalam di rumahnya, sehari sebelum program bermula. Maka banyaklah cerita yang keluar dari mulut kami  hingga tak terasa jam sudah melepasi pukul 2 pagi. Kalau tak kerana ada program keesokannya, mungkin dah 'berqiamullail' kami agaknya sampai subuh.

Untuk Dia,

Dia, antara sahabat saya yang istimewa (apa yang istimewanya??) Oh, sahabat saya ni kreatif orangnya. Orang kata otak bergeliga, hah, itulah dia. Idea-ideanya mencurah-curah hingga ke ladang gandum! (opss..hiperbola sikit..)

Tapi, bukan itu saja. Yang paling saya kagum adalah ketabahannya. 
Di sebalik apa yang dilalui, meski pahit, dia tetap ceria dan mampu membuat orang lain gembira.
Benarlah, adakala Allah hadirkan ujian tanda Dia cinta dan mahu mengangkat martabat hambaNya.
Saya lihat itu pada dirinya. Saya kira, saya sendiri tak cukup kuat untuk menghadapi ujian seperti yang dilaluinya.

Doa saya moga Allah terus mengikat hati-hati kami di atas sabilillah, moga ukhwah ini menjadi asbab kekuatan dalam perjuangan meraih mardhotillah.
  

Sahabat,
pada dirimu ada ketabahan yang kuat,,
ada kesabaran yang hebat,
ada potensi luarbiasa untuk ummat, 
yang aku kagumi,
yang aku cuba contohi,
kita saling belajar sahabat.

Bingkisan kecil ini,
Rasanya tak mampu 
untuk mengungkapkan,
Apa yang ku rasa,
Tapi ketahuilah,
Aku amat bersyukur,
punya sahabat sepertimu.

Dari sahabat untuk sahabat ^^,

Monday, June 27, 2011

Sahabat, syafaatkan aku...

Bismillah walhamdulillah...

Bersama-sama mak di meja makan memang menyeronokkan. Ada saja input dan info berguna yang dikongsi bersama.

Dan hari ini mak berkongsi tentang apa yang dibacanya daripada majalah Solusi, isu 20. Terus saya belek-belek bahagian itu di bawah tajuk "Syafaat Selepas Syafaat Rasulullah s.a.w". Mari saya kongsikan dengan kalian, moga kita sama-sama beroleh manfaat.

*              *             *              *             *

Syafaat Saudara Muslim

Atas keluasan rahmat-Nya, Allah membuka kesempatan kepada setiap Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain. 

Dalam hadis panjang daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti. Baginda bersabda yang bermaksud, "Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka di dalam neraka. Mereka berkata, "Ya Allah, mereka dahulu pernah solat, berpuasa dan haji bersama kami". 
Lalu dikatakan kepada mereka, "keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu" (Riwayat Muslim no. 302)

Masyaallah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjutan hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah atau haji bersama, suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.


Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk memperbanyak teman dan kenalan. Jalinlah hubungan baik dengan orang Mukmin di sekitar kita, lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal menimpa kita di akhirat nanti. Jika ternyata kita harus masuk ke neraka, maka kebaikan sekecil apa pun yang pernah kita lakukan di dunia akan berguna untuk mengeluarkan kita daripada seksaan neraka.

Dalam Sunan Ibn Majah no.3685, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "pada hari kiamat, ahli syurga dan ahli neraka berbaris-baris. Seorang ahli neraka yang berlalu melewati seorang daripada ahli syurga tiba-tiba berkata kepadanya, "wahai polan, ingatkah engkau, suatu ketika engkau pernah meminta air, lalu aku memberi kepadamu?" Ahli syurga itu lalu memberikan syafaat kepadanya. Seseorang yang lain berkata kepada ahli syurga yang lain, "Ingatkah engkau, suatu ketika aku pernah membantumu dalam urusan bersuci?" Ia lalu memberi syafaat kepadanya.

 *          *          *          *          *

Masyaallah..hebat ya. Sahabat kita juga mampu memberi syafaatnya di akhirat kelak. Maka, berbuat baiklah dengan mereka yang berada di sekeliling kita. 

Terbayang wajah teman-temanku.
Sahabat,
di akhirat nanti,
andai Allah mengizinkan kakimu melangkah ke syurga,
sedang aku tidak,
jangan tinggalkan aku,
syafaatkanlah aku sahabat,
kerana aku pernah bersama-sama denganmu ketika di dunia,
pernah menolongmu meski pertolonganku itu mungkin kecil sahaja.
Namun, bukan hanya kerana pertolongan kecilku itu
aku meminta syafaatmu,
tetapi,
kerana AKU SAHABATMU...

SYAFAATKAN AKU SAHABAT...

Bersahabat hingga ke akhirat.

Friday, May 20, 2011

Sayang Tak Berbalas

Bismillah walhamdulillah...

(Bunyi macam cinta sepasang kekasih ja..Oh, jangan salah faham. Bukan itu maksud saya. Sila baca sampai habis ya..^^)

Dalam bersahabat pernah tak kita rasa seolah-olah sayang kita kepada sahabat itu seakan tak berbalas ? (Macam mana tu??) Maksudnya, kita rasa sayang pada sahabat kita tu lebih tapi sahabat kita macam biasa saja, tak nampak pun macam dia sayang kita. Kita yang ambil berat tentang dia, tapi dia macam biasa saja. Bila bersama-sama teman-teman lain, kita seolah-olah macam tak wujud di mata dia.  Pernah tak rasa macam tu?? Saya pernah (mengaku dengan ikhlas...)

Namun, bila difikir-fikir kembali perasaan ni TAK seHARUSnya dan TAK sePATUTnya bermain di hati  KALAU kita benar-benar MENYAYANGI SAHABAT kita KERANA ALLAH (betul kan?)

Jika benar kita sayang dia kerana Allah, kita tak akan kecewa kalau rasa sayang itu seakan tak berbalas kerana kita yakin balasan itu dari Allah dan hanya berharap dari-Nya.

Sahabat, andai rasa itu (rasa sayang tak berbalas) tumbuh dalam hati kita, cepatlah cantas sebelum ia membesar. Kerana apa? Kerana rasa itu mampu manjauhkan jarak antara kita, menghilangkan kemesraan antara hati-hati kita (bila kita rasa dia tak sayang kita, kita mula jauhkan diri). Sanggupkah kita gadaikan ukhwah ini semata-mata kerana perasaan yang tak pasti? (mungkin kita saja rasa dia tak sayang tapi sebenarnya dia sayang kita cuma tak tunjuk saja..Kan ada orang macam tu..)

Berlapang Dada


Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada. Namun kesannya hebat pada sebuah ukhwah.

 

Justeru mari sama-sama bajai hati dengan سلامة الصدر (berlapang dada). Moga bunga-bunga ukhwah kita berkembang sihat. Positifkan hati kita dalam berukhwah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia jaga hati-hati kita dari prasangka buruk atau سوء الظن .


Peliharalah bunga-bunga ukhwah itu. Perjuangan akan terasa indah dengan kehadiran bunga-bunga ukhwah.


Elakkan diri dari bersangka buruk.

Wallahu'alam..Jumpa lagi sahabat! ^^


note :  - Kadang-kadang rasa ni akan datang, jadi kita kena pujuk hati. Kalau hati tak 
             'makan saman' dengan pujukan sendiri, minta Allah yang pujuk hati kita.
          - Mari zahirkan sayang kita pada sahabat..^^
          - Kalau orang lain suka ros, saya sangat suka bunga matahari (tak pasti kenapa..) 
             Ada sapa-sapa nak bagi hadiah bunga matahari tak kat saya? (hehe..)

 

Sunday, December 5, 2010

Hadiah daripadaNya..

Alhamdulillah...di malam yang hening ini terasa nak menulis pula.

Sungguh malam ini terasa lain benar. Entah mengapa..
Yang pasti hati rasa sangat bahagia, sangat gembira.

Apa yang bahagianya?
Bahagialah..sebab malam ini terasa sangat istimewa.
Dapat berkongsi rasa dengan seorang teman yang jauh beribu batu nun jauh di sana.
Terasa Iman bagai dicas semula.
Mendengar cerita-ceritanya di sana membuatkan saya terfikir "apa yang telah aku lakukan ke arah peningkatan diri..??" Rasanya diri ini telah banyak lalai.
Sungguh malam ini Allah hadirkan dia untuk membawa diri agar kembali mengingatiNya.
Kembali mendekatiNya.

Terima kasih ya Allah.
Ternyata Kau masih sayangkan ku.
Dan kau hadiah sahabatku ini sebagai tanda ingatanMu padaku (dapat merasainya...)
Semoga aku dapat terus mengingatiMu dan menghampirkan diri padaMu..
Amin ya Rabb...


note: sungguh indah ukhwah yang disulam benang cintaNya...Bahagia...^__^


Monday, November 29, 2010

Teman Yang Solehah ^_^

"Sungguh bertuah punya teman yang solehah..
sentiasa mngingatkanku saatku terlalai,
menguatkanku saat ku lemah (samada direct or indirect)..
sungguh aku manusia biasa yang banyak kekurangan.
Namun hadirnya teman yang solehah ini
mampu menampung kekuranganku
sekaligus menaikkan semangatku..."
-insyeerah-


Alhamdulillah..bersyukur pada Allah kerana mengurniakanku teman-teman yang solehah.
Teman-teman yang sentiasa mengajakku untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Betapa ku merasai sungguh besar nikmat punya teman yang solehah.

Teman itu kesannya besar dalam hidup.
Bila disingkap kembali perjalanan hidup saya, sejak memasuki alam asrama ketika di tingkatan satu hinggalah sekarang, ternyata masa bersama teman lebih banyak daripada masa bersama keluarga (setuju tak..??).
Maka tak hairanlah kalau rakan sememangnya banyak mempengaruhi kehidupan kita. 

Mungkin saya boleh ambil satu contoh. Semasa di sekolah dulu sekitar tingkatan dua gitu, zaman kebudak-budakan yang dalam fikirannya nak seronok saja. Namun, saya kagum dengan teman saya yang seorang ni. Di atas mejanya selalu ada buku-buku ilmiah, buku-buku yang boleh mendidik jiwa.  Bukan dalam bahasa melayu, bahasa indonesia! Kalau orang lain lebih senang bercerita tentang rancangan tv, dia lebih suka berkongsi apa yang dia baca dan dapat dari buku-buku tu. Masyaallah. Saya fikir teman saya ni memang hebat lah. Bukan tak pernah tengok buku-buku macam tu, berlambak je dekat rak buku di rumah tapi saya tak ingin pun nak sentuh ( masa tu la kan..).

Makin hari, makin tertarik hati saya untuk melihat apa yang dibacanya. Saya mula membelek-belek buku yang dibawanya. Buku first yang saya baca tentang muslimah (dah lupa tajuknya). Terus hati saya tertawan. Maka mulalah saya berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah sebegitu. Bukan setakat minat membaca buku-buku indonesia, bahkan nasyid-nasyid dari seberang yang boleh menaikkan semangat turut menjadi kegemaran saya (Shoutul Harokah, Izzatul Islam, Ruhul Jadid e.t.c). Alhamdulillah. Semuanya dek 'penangan' teman saya yang solehah ini. Sungguh saya amat, amat, amat bersyukur dipertemukan dengan mereka yang hakikatnya Allah yang susun untuk saya ^_^ .

Itu baru sorang. Belum cerita yang lain. Namun, hampir semua memberi pengaruh yang positif kepada akal dan jiwa saya.

Kadang-kadang saya terfikir kalau Allah tak temukan saya dengan teman-teman seperti mereka, dengan siapakah saya akan berkawan, bersahabat? Adakah saya akan menjadi seperti saya yang sekarang? Saya bukan seperti rumput yang tak tercabut dipukul ribut. Bukan juga seperti karang di lautan. Saya memang tak kuat kalau tak punya teman yang boleh mengingatkan. Maka saya sangat perlukan teman yang solehah di sisi. Moga Allah terus memilih saya untuk bersama-sama mereka dalam meneruskan perjuangan ini.

Akhir kalam,
pesan saya jika ingin jadi hamba Allah yang baik,
baik pada pandangan Allah bukan sekadar pandangan manusia,
maka carilah teman-teman yang boleh membawa kita ke arah itu.
Salah memilih teman parah akibatnya.



note: 'berkawan' dan 'berteman'/'bersahabat' itu lain maksudnya. Kalau nak berkawan, dengan sesiapa pun boleh dengan syarat jangan sampai yang negatif itu mempengaruhi kita. Tetapi, nak 'berteman'/ 'bersahabat' pilihlah yang sewajarnya kerana teman/sahabat ini pengaruhnya lebih besar dalam diri kita....


  Zaman muda-muda yang indah...^_^                           

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??