Pages

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Saya dan Mereka, We are Big Family...

Bismillah walhamdulillah...

Bersyukur atas nafas yang masih diberikan-Nya.
Bersyukur atas nikmat sihat yang dikurniakan-Nya.
Bersyukur atas segala-gala-Nya.
Dan tanda syukur itu adalah pengabdian diri kepada-Nya.

Hampir seminggu Ta'aruf Week semester 1 sesi 2012/2013 melabuhkan tirainya. Alhamdulillah telah dipilih oleh-Nya untuk bersama famili besar komiti, secara spesifiknya famili DnI (Dicipline and Ibadah). Famili yang paling orang tak nak join termasuk saya (pada awalnya). Namun pilihan Allah itu adalah yang terbaik. Hasilnya saya bahagia menjadi sebagian famili DnI.

Cerita DnI

*[Aduhhhh...] ini adalah trademark famili kami. Ada kena mengena dengan yang hidup bukan yang mati.





Bersiar-siar bersama famili di Taman Layang-Layang =>
Gambar ni masa group binding.
Bowling+shopping (Ampang Point) ===> Lunch di Restoran Nasi Padang ===> Taman Layang-Layang.

Taman Layang-Layang, di sinilah tercetusnya bermacam-macam games yang pelik-pelik dan sangat menguji mental. Mula-mula fikir "ntah apa-apa game diorang main. Ada ke patut 'bumi itu bulat, 8+1=2 ". Memang tension! =.=' Tapi bila dah tahu jawapan, memang bersorak kegiranganlah (senyum lebaaaar ^_____^)

Keesokannya, habis semua komiti biro lain jadi bahan teka-teki kami. Sekali dengan pm (program manager) pun terkena..huhu..Sori ye encik pm. 


Muka tak sabar nak ngap kek..(abaikan mata-mata yang scary itu)

Sempat juga celebrate birthday mereka-mereka yang bertuah. Tarikh lahir jatuh dalam tempoh Ta'aruf Week  . Semoga bertambah usia, bertambah dekatlah kalian dengan-Nya...(^_~)

Untuk kalian yang memang sangat BEST!
Gembira mengenali kalian.
Yang ceria,
namun tetap bersungguh semasa bekerja.
Yang menghiburkan
namun masih dalam batasan.
Kita sering bersama dalam banyak perkara.
'Berjemaah'lah katakan.
Dan itulah mengeratkan jalinan antara kita.

Semoga redha Allah sentiasa menyirami dan menyuburkan taman ukhwah ini.

Cik flowers of DnI
note : 
-All these nice pics are credited to our unofficial photographer, cik Hikmah Nik Ali...=)
- nak dedikasikan lagu One Big Family by Maher Zain untuk kalian, famili DnI and all my beloved readers. Kalau tak tau pi tanya encik Google or puan Youtube ye! ^,^V

Friday, June 10, 2011

Catatan Pertapaan di KAHFI 2011 (part 2)

sambungan...


SEKITAR KAHFI UTARA

Kahfi Race

Barang Amanah

Last checkpoint


 Rasanya perjalanan KAHFI Race ni sangat kena dengan lirik nasyid Jejak (by Izzatul Islam) yang menjadi lagu tema KAHFI Utara. Meredah hutan dengan duri-duri di kiri kanan jalan, mengharungi sungai dengan bebanan yang tergalas di bahu cukup mencabar. Sebanyak 5 checkpoint perlu dilalui oleh para peserta seperti hafazan Al-Quran dan Hadis, ibrah dari sirah (sirah Abdullah Zul Bijadain), Drawing Time dan Cawan Terbang (nama rekaan sebab saya lupa nama sebenar modul ni). Time ni lah peluang untuk fasi mendekati dan berkongsi input dengan adik-adik.


Sembelihan

Salute kat adik-adik puteri yang menyahut cabaran sembelih ayam walau ada satu kumpulan yang kecundang, ayam jadi bangkai. Walaupun kecewa tak dapat merasa ayam sembelihan sendiri tapi itu juga adalah perancangan Allah kan dik. Allah mahu uji semua untuk redha (insyaallah semua redha) dan mahu kita belajar dari kesilapan.

War Game

Agak kelakar pada mulanya sebab penyerang ‘malu’ nak serang..hehe.. Tapi bila masuk 3rd round, wah..boleh tahan depa ni!


TEAM FASI


MEREKA..sahabat pilihan Allah

Diberi amanah sebagai fasilitator, pada awalnya terfikir juga bagaimana nak handle adik-adik yang ramai sedang kami hanya berlima. Namun, kuantiti sedikit bukan lagi halangan dengan adanya ukhwah dan kesatuan hati. Masing-masing berusaha memberikan yang terbaik agar program berjalan lancar. 

Sepanjang pengalaman menjadi fasi, rasanya inilah yang paling best. Disebalik jumlah fasi yang sedikit terselit hikmah Allah di situ. Ukhwah bertambah erat, kemesraan terasa hangat hingga kerja-kerja tidak terasa berat. Bukan saja dalam kalangan fasi, bahkan saya kira di pihak urusetia juga begitu.

Doa saya moga Allah terus memelihara ikatan hati antara kami. Perjalanan ini masih panjang dan banyak tugas-tugas yang menanti dihadapan. Dengan adanya ikatan hati ini, moga tugas-tugas melaksanakan Islam akan berjalan dengan lebih mantap.


KAHFI, IN MY OPINION...

Secara peribadi saya menganggap KAHFI ini bukan sekadar untuk adik-adik peserta bahkan medan untuk mendidik fasi dan urusetia juga.

Sudah hampir  5 bulan saya mengecapi kenikmatan berada di rumah setelah tamat Asasi di UIAM. Sesekali keluar mukhayyam (perkhemahan) begini dengan merasai sedikit kesulitan dan kesusahan, sedikit sebanyak telah mentarbiyah diri. Jika berada dalam dalam zon selesa membuatkan kita mudah lalai dan alpa. Maka, zon ‘kurang selesa’ itu perlu sebagai medan untuk mengembalikan kesedaran kita akan tanggungjawab terhadap deen Allah.

Melihat wajah adik-adik peserta yang dahagakan didikan Islam membuatkan saya jadi sedar akan tanggungjawab untuk memimpin hati-hati mereka mendekati  Allah. Tanggungjawab yang sedikit saya terlalaikan selama berada di rumah. Maka, saya perlu bina kembali kekuatan agar saya mampu mengajak diri serta hati-hati lain kepada jalanNYA.



AKHIRUL KALAM

Sungguh tiada apa yang mampu diucapkan melainkan lafaz hamdallah. Andai bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada-NYA, belum tentu kami mampu melaksanakan program ini dengan baik.

Jika ada adik-adik peserta yang tersentuh hatinya semasa mengikuti kem ini, hakikatnya Allahlah yang menyentuh hati mereka. Para fasi mahupun urusetia hanya mampu berusaha.


Kepada semua team KAHFI, moga Allah redha dengan penat lelah kita. Namun, redha Allah itu bukan datang sendiri melainkan dengan keikhlasan hati kita dalam bekerja.

 “Jaga keikhlasan, sebelum, semasa dan selepas bekerja”

Terakhir, moga Allah ampunkan segala kekhilafan saya. Takut andai ada keringat yang mengalir namun redha-NYA tidak bersama.


Catatan Pertapaan di KAHFI 2011

Bismillah walhamdulillah...


Memulakan catatan untuk bulan Jun dengan cerita dari Kem Merbok.






‘selesai sudah bertapa di KAHFI….’

 Ya, saya baru saja selasai ‘bertapa’ di KAHFI (Kem Asah Fakulti Insan) zon utara yang bertempat di Kem Merbok bermula dari 5hb (TOT) hingga 8hb Jun. Kenapa ‘bertapa’? Sebab orang bertapa akan tinggalkan segala kesenangannya. Samalah dengan saya, telah mengekangkan diri daripada rehat yang cukup, bilik tidur yang selesa, laptop dan internetnya serta segala bagai kenikmatan di rumah. Sungguh rasa jiwa sedikit terdidik (Alhamdulillah..).

Program 4 hari 3 malam ini  telah memberi satu kepuasan kepada saya. Puas sebab dapat berada dalam biah kem yang soleh. Rasanya dah lama saya tak berpeluang berada dalam suasana kem begini  dek berbagai halangan di kampus.


SEKITAR KAHFI UTARA

Credit to k.Nailah


Ice Breaking & Team building

Alhamdulillah dapat jalankan beberapa modul (ada modul baru). Modul yang menekankan kerjasama dan menguji kepekaan peserta. Mari saya kongsikan. Moga kalian juga beroleh manfaat. (kalau tak faham method yang saya terangkan tu maaflah ya..)

  • Siapa cepat dia dapat!!
Method : Bentukkan kumpulan mengikut arahan (Kalau kata 10, 10lah. Kalau semua, semualah)

  • Bulan Islam
Method : Berbaris memanjang mengikut kumpulan sambil berpegangan tangan. Setiap pegangan tangan itu seolah 'pintu gerbang' yang mewakili bulan-bulan Islam dengan 'pintu gerbang' pertama sebagai Muharam. Semua peserta dalam barisan itu perlu masuk ke dalam pintu gerbang mengikut bulan yang diarahkan fasi.

  • Stand Up!!
Method : Dalam keadaan berbaris memanjang, peserta perlu mendengar arahan dengan teliti. Jika fasi kata “2 stand up!”, 2 orang pertama dalam barisan perlu bangun. Kalau “3 stand up!”, 3 orang seterusnya pula bangun (sambung). Mana-mana peserta yang salah, out!.

Untuk pembahagian kumpulan, kami telah mengagihkan tali yang berlainan saiznya. Dalam keadaan mata terpejam, mereka perlu mengagak panjang tali itu. Seterusnya mereka perlu mencari teman lain yang sama panjang talinya tanpa menunjukkan tali tersebut (pandai-pandai la nak buat macam mana). Bila dibenarkan mengeluarkan tali, macam-macamlah reaksi mereka, ada yang sama, ada yang tak. Kemudian barulah mereka dipisahkan mengikut panjang tali yang sebenar.


Dalam kumpulan, beberapa modul lagi diperkenalkan yang berkonsepkan taaruf.
  •  Gayaku Gayamu
 Method : Setiap peserta perlu sebut nama mereka beserta gaya (trademark). Peserta lain perlu ikut.
  • Kita serupa tetapi berbeza
Method : Peserta perlu mencari sebanyak mungkin perbezaan dan persamaan antara mereka secara berpasang-pasangan.
  • About Me
Method : Peserta perlu sediakan soalan tentang diri mereka untuk diteka oleh peserta lain.


Lagi catatan dari KAHFI akan menyusul kemudian.
To be continued…




Sunday, May 9, 2010

Sekitar di Stadium Melawati...

Alhamdulillah, setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah diberi kesempatan untuk berada dalam satu majlis yang cukup bersejarah, Perhimpunan Perdana Palestin yang telah selamat berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8 Mei 2010 (sabtu). Saya kira jarang sekali program sebegini diadakan di Malaysia.

Program ini adalah hasil usaha sama NGO-NGO yang terlibat dalam program LIFELINE4GAZA termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Berhajat untuk memenuhi permintaan untuk menjadi penyambut tetamu pada majlis ini. Namun, disebabkan tidak dapat hadir awal kerana nama telah tersenarai untuk mengikuti rombongan Johor, niat itu terpaksa dibatalkan...(huu~)
Tak mengapalah, asalkan roh dan jasad dapat hadir sama..

Menurut info yang diterima, program bermula seawal jam 5 petang. Dan kami, rombongan Johor tiba sekitar jam 6:30 petang. Pada ketika itu, Shoutul Harokah sedang hebat beraksi di dalam stadium bersama para pemuda dan pemudi. Alhamdulillah sempat juga duduk sebentar di situ.

Ucapan Wakil-wakil NGO

before sesi ucapan

Seusai solat maghrib berjemaah (sangat full hingga susah nak mencari tempat), acara seterusnya pun bermula.
Wakil-wakil NGO mula menyampaikan ucapan masing-masing. Di mulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj. Noorazman bin Mohd. Samsuddin, Pengarah projek LL4G merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin. Perasmian pula telah disempurnakan oleh wakil Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mokhtar Hani yang merupakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Turut hadir memberi ucapan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Antara kata-katanya yang paling diingati:
" Jika Israel tidak membenarkan kami memasuki Gaza, kami akan menanti, dan bersedia untuk menanti dalam jangka masa yang lama. Bukan sahaja untuk membebaskan Gaza, malah Palestin dan juga masjidil Aqsa. Apabila telah bebas, kita akan bersolat besama-sama di Masjid Aqsa."

Tak lupa juga wakil Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga tampil menyampaikan ucapan.


Persembahan
 Sesi ucapan telah diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan multimedia presentation. Saya rasa tersentuh bila melihat tayangan itu.
Wanita-wanita dan kanak-kanak dengan penuh 'slumber' dan berani berhadapan terus dengan tentera Israel. Meski luka parah, tapi semangat mereka tak pernah goyah. Huh..jauhnya kita nak dibandingkan dengan mereka.

Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu terutamanya oleh golongan muda. Bro Muadz dan kumpulan Inheart tampil dengan persembahan mantap mereka. Begitu juga kumpulan Raihan. Dan persembahan Shoutul Harokah lah yang paling saya nantikan dengan persembahan mereka yang mampu menggegarkan jiwa. Rasanya stadium tu pun bergegar sama. Yang paling bersemangat pastilah orang-orang muda (biasalah orang muda..darah muda..) Sepanduk-sepanduk dijulang, bendera Palestin berkibaran, slogan-slogan semangat dilaungkan. Dan takbir bergema memenuhi ruang stadium. Pasti syaitan bertempiaran lari..(huhu..)

Bertemu teman
Di celah-celah ribuan manusia yang hadir, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu teman-teman (Elah, Fahimah,Athiroh, Azimah, Tuyah,Jah Hassan, Dila, k.Sa, k.Edah, k.Raihana, k.Dila, k.Izzah dll).
Juga adik-adik tersayang (Aisyah, Dibah, Yumni, Ruzaini, Zati, Sabirah, Syudat dll).
Kerana mengejar masa, hanya sempat bersalaman dan bertukar-tukar khabar sahaja.

Kelihatan juga para ikhwah sesekolah yang sibuk dengan tugasan masing-masing. Moga kalian tsabat bekerja di atas jalan ini. Terasa bangga dan bersyukur kerana masih ada syabab dan fatayat yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan agama Allah yang kian dagang kini.

Tamat sudah..
Sekitar 11:30 malam, program pun berakhir. Sebelum itu, wakil-wakil pemuda tampil membacakan resolusi membantu perjuangan rakyat palestin diketuai Sdr. Anaqi (Presiden kelab HaluanSiswa) dan Sdr.Abdullah Omar (Presiden Karisma-JIM).

Cukup menarik, cukup bersemangat, cukup mantap. Itu saja yang mampu saya katakan. Kekurangan pasti terselit di mana-mana (tiada program yang 100% perfect..) namun jujur saya cukup berpuas hati. Alhamdulillah.

Tiba di Johor sekitar jam 5 pagi dengan sedikit keletihan dan kepala yang berdenyut-denyut. Almaklumlah, tidur dalam bas..Moga semangat untuk membantu perjuangan saudara-saudara di Palestin terus membara dalam diri (Inshaallah..).

Wednesday, April 28, 2010

~HiMEGA 10~pembangkit semangatku untuk ke medan itu...

Alhamdulillah...berakhir sudah program HiMEGA 10 yang diadakan di Kolej Za'ba, UKM.
Alhamdulillah..syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama barisan fasilitator sambil menimba ilmu dan pengalaman..


Gembira kerana terasa jiwa terisi,
gembira kerana semangat bangkit kembali,
gembira dapat bersua teman-teman yang dah lama tak bertemu,
gembira dapat bertemu adik-adik bakal mahasiswi,
alhamdulillah..saya sangat gembira..

barisan fasilitator-moga ALLAH menerima amalan kita-

Meski sebagai fasilitator, segala input-input yang dicurahkan sepanjang program sangat memberi kesan kepada diri. Terasa seolah-olah saya sebahagian daripada peserta.

Saya masih bercuti dan terasa sangat malas untuk pulang semula ke medan itu..IPT(huhu..)
Entah mengapa, semangat untuk bertemu semester 3 kian mengendur(Allah..berikan kekuatan).

Akan tetapi, semasa mengikuti program HiMEGA ini, saya rasa ada kelainan. Kesedaran mulai meresap ke dalam hati bahawa saya ada tanggungjawab berat yang perlu dipikul.

Bertuah adik-adik peserta kali ini kerana berpeluang memperoleh input-input daripada penceramah-penceramah yang hebat-hebat dan bagus-bagus belaka..(Dr.Azizan, Dr.Wan Muhaizan, Ust. Salleh, Encik Rosli Adam, Tuan Hj. Rosdi Baharom, Encik Razali Maarof, Kak Fatimah Syarha, Dr. Farhan dan lain-lain).
Begitu juga forum perkongsian bersama mahasiswa yang dibarisi oleh Sdr.Huzaifah Nordin(Medic-USIM), Sdr. Abdul Muhaimin bin Misran(Law-UIAM), Sdri. Fatimah Azzahra binti Azmi(Syariah dan Undang-Undang-KUIS) dan Sdri. Nur Fazira(Engineering-UTM).

Sememangnya kehidupan di IPT itu sungguh mencabar. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat bukanlah untuk menimbulkan ketakutan atau ke'ngeri'an tetapi sebagai peringatan supaya kita membuat persediaan yang sewajarnya.

Saya yang sedang melalui alam IPT ini sangat merasai apa yang pernah senior-senior bicarakan dahulu.
Semamangnya mencabar namun laluilah ia dengan fikiran yang positif. Ambil kesempatan daripada setiap cabaran untuk muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di mata Allah..(walau sukar namun sentiasa berusaha kearah itu). Kita memang tak mampu nak jadi 'perfect' dalam segala segi tapi kita mampu berusaha kearah itu. Jadi, jangan mengalah ya..teruskan usaha kita..

ALIM MUJAHID

Antara perkara yang diberi penekanan ialah tentang ALIM MUJAHID. Seharusnya setiap kita yang bergelar 'student' perlu menjadi seorang yang alim mujahid (huh..apa tu..??).
Pada kefahaman saya, alim beerti orang yang berilmu baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, yang berkaitan dengan bidang yang diambil juga yang berkaitan dengan deenul Islam.
Mujahid pula orang yang berjuang atau bekerja untuk meninggikan kalimah Allah melalui apa cara sekalipun.

Harapan saya..
moga adik-adik juga bersedia utk menempuhi medan itu...
moga semangat kita tak mudah luntur bila berada di medan itu..
moga kita tak mudah tertipu bila berada di medan itu..
moga Allah sentiasa sudi membantu kita di medan itu..
dan medan itu sedang menanti kita..

note: 'medan' yang dimaksudkan ialah medan di IPT.

Saturday, March 27, 2010

::About Baitul Muslim::

Alhamdulillah...
Masih hidup rupanya aku hari ini. Syukur kerana jari-jemari ini masih mampu mengetuk papan keyboard (tuptaptuptap..).

Melihat post bulan ini hanya satu, saya jadi tersenyum. Barangkali inilah yang dikatakan kita merancang dan Allah juga merancang. Saya merancang untuk berkongsi itu dan ini, alih-alih satu post saja yang berjaya dipublish untuk bulan ini (itu ketentuanNya). Mungkinkah kerana kesibukan bekejar kesana-kemari tapi kemana saja saya pergi?. Paling jauh pun ke Perlis. Pulang ke rumah beberapa hari kemudian pergi Bangi pula, menghadiri seminar Baitul Muslim.

Setelah diizinkan Allah untuk menghadiri seminar tersebut, terasa nak kongsi apa yang telah saya dengar dan catat. Walau terasa masih jauh untuk melangkah ke 'zon' itu tapi tak salahkan berkongsi ilmu .
      -sharing is caring =)-

Menjadi impian setiap insan punya pasangan yang baik dan rumahtangga yang diberkati.
Menurut penceramah,
"Dalam pemilihan pasangan, kita tak perlu mencari tapi mintalah kepada Allah. Sekiranya kita tsiqoh(yakin) kepada Allah, Dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Kita mengharapkan rumahtangga yang dibina menjadi KUBU untuk memelihara Islam.

Kekalnya sesuatu bangsa ialah sejauh mana mereka mampu menyediakan generasi yang berpegang pada akidah. Musuh Islam sangat faham bahawa pentingnya pembentukan generasi yang berpegang pada akidah. Musuh sentiasa merancang bagaimana hendak memisahkan generasi akan datang dengan akidah mereka. Maka berlakulah pertarungan hebat antara kita yang bersungguh-sungguh membina generasi pewaris dengan musuh yang melakukan apa saja untuk melenyapkan akidah dalam jiwa generasi mendatang.
Islam sentiasa akan bertembung dengan jahiliyah. Maka, keluarga muslim adalah benteng dan wasilah utama untuk masuk ke medan ini.

Hah..nampak tu. Jangan ingat kahwin tu nak syok je. Ada agenda besar, agenda menyelamatkan AKIDAH. 

Perlu diingatkan bahawa “we get married to increase our iman. So, don’t start with sin”. Perhubungan antara lelaki dan perempuan tidak akan berlaku kecuali melalui jalur pernikahan.

Ingat..
Pilihlah pasangan yang akan menjadi SAHABAT DAKWAH yang baik, yang akan selalu mengingatkan bila lupa.

Saya suka kata-kata yang dikongsikan oleh penceramah ini,
“Seorang puteri muslimah sejati tidak akan menerima pemuda yang akan menjadi pasangan hidup kecuali dia adalah seorang muslim sejati yang mendukung DAKWAH ISLAMIYAH”.

Tambahnya lagi,
Perjelaskan tujuan pembinaan rumahtangga iaitu untuk meningkatkan iman dan sebagai sumber taqwa serta pahala.
Jadikan rumahtangga, PROJEKTOR yang akan memancarkan cahaya kepada orang-orang yang kebingungan.

Itulah serba sedikit yang mampu saya share. Nak tulis bebanyak penat pulak kalian nak baca. Segala perkongsian tu saya petik daripada slot 1 dan penceramah yang dimaksudkan adalah Encik Rosdi Baharom. Fikir-fikirkanlah ye..

Berbekalkan ketsiqohan kepada Allah, kosongkanlah hati kita dari mana-mana individu (harap faham ye istilah 'individu' ni). Dan sememangnya saya takut untuk meletakkan sesiapa di hati . Dari mata kasar mungkin si dia tampak baik, namun kita tak tahu siapa yang Allah takdirkan terbaik untuk bersama kita. Only Him know the best..Yang pasti terus berdoa..dan berdoa.

Akhir kalam, yang baik jadikan pedoman, yang buruk abaikan je la. 
                                                         ~Wallahualam~

                                              
note: ~ to k.Fathin Fadzil. Selamat mendirikan baitul muslim (lama tak ym ngan dia).
         ~sudah letih dengan usikan teman-teman (bawa besabar hai teman-teman sekalian, ana tak potong linenyer) 



Wednesday, March 17, 2010

..:Satu pengalaman, satu pengajaran-ALERT 2010 :..

ALERT 2010

Tersimpan pelbagai kisah,
suka dan duka yang kini tinggal sejarah..



Di sini..
aku belajar,
mengutip pengalaman,
mengasah bakat kepimpinan,
membina semangat berlandaskan iman..

Tragedi..
tiada yang menyangka,
namun itu ketentuanNYA,
 pasti ada tarbiyah dariNYA,
kerana DIA terlalu menyayangi kita..

Biar kekurangan beribu,
itu bukan halangan untuk terus maju,
asalkan kita mahu perbaiki kualiti dan mutu..

Teruskan perjuangan..

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH yang telah memberikan saya kekuatan, masa dan peluang menyumbang bakti dalam ProActive Leadership Retreat 2010 yang telah diadakan di Eagle Park Resort,Perlis baru-baru ini. Jika tahun-tahun sebelum ini saya hanya sebagai peserta namun kali ini ALLAH telah memilih saya untuk bersama-sama dengan barisan fasilitator. Pengalaman yang cukup berharga saya kira, alhamdulillah..

Melihat kesungguhan dan semangat adik-adik peserta, terselit kekaguman dalam hati. Moga-moga semangat kalian adalah berlandaskan iman. Sememangnya Islam memerlukan para syabab dan fatayat yang bersemangat dalam memperjuangkan Islam, bukan mereka yang berjiwa lemah (moga jiwa saya juga tidak lemah).




Tak banyak yang mampu saya coretkan kali ini..
Pesan saya moga ALLAH tabahkan hati hamba-hambaNya terutamanya mereka yang sedang diuji ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

* kita sama-sama berjuang... *

Buat teman-teman fasilitator khususnya bahagian akhawat, semoga ALLAH meredhai kerja-kerja kita. Segala yang telah dilalui pastinya menjadi pedoman berguna di masa hadapan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pertolongan kalian. Ya ALLAH..peliharalah ikatan hati-hati antara kami dan terus kuat untuk bekerja di jalanMU..

Wednesday, February 17, 2010

Mekarlah mawaddah dijambangan ukhwah...

Bismillah..
Alhamdulillah..Segala puji hanya untukmu ya ALLAH kerna telah memberiku kekuatan untuk mencoret disaat ini tentang sebuah kenangan..Ya, kenangan yang akan terpahat selamanya..

Kem Rimba Ria Sg.Congkak menyambut ramah kedatangan kami,peserta-peserta Kem Kian Mekar 7 yang terdiri daripada siswi-siswi matrik Uia, Nilai dan Uia Gombak. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu khususnya buat hati-hati yang merindui biah yang mampu mendidik diri dan membangkitkan hubungan dengan ALLAH. Sungguh hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang saling ingin berukhwah kerana ALLAH.

Sebenarnya wakil dari Nilai cuma 3 orang. Kenapa 3 je? Mana yang lain? Owh..yang lain masih dalam fatrah final exam dan kami bertiga adalah antara orang terawal habis paper. Itulah sebabnya 3 orang je.

Tumpuan kem kali ini adalah tentang 10 muwasaffat tarbiyah disamping mengeratkan ukhwah.Banyak sekali yang saya peroleh daripada kem ini. Syukur ya ALLAH..

SLOT 10 MUASOFFAT


with ust.Darus


Kusyuk menulis kusyuk mencatat,
Slot ust.Darus 10 muwasofat,
Jangan lupa wahai sahabat,
Jangan tulis je tp kena buat...

سليم العقيدة
صحيح العبادة
متين الخلق
قادر على الكسب
مثقف الفكر
قوي الجسم
مجاهدة لنفس
منظم في شؤونه
حريص على وقته
نافع لغيره

BOLA BALING 'SPECIAL'





are u ready...??
Apa yang special tu..??
Memang special sebab mainnya dalam air..
Seronok dan mencabar..
agak2 ada ke orang main macam ni.
Memang ada..kami la..(hehe).

Luka kaki tersepak batu,
Sebab main dalam air,
walau apapun tetap bersatu,
Alhamdulillah menang diperingkat akhir..

SEIRING SEJALAN


huu..nti nak bawa ana kemana nih??

Disebalik game ini, tersirat pelbagai maksud terutamanya berkaitan UKHWAH.
Apabila kita ditingggalkan sendirian atau terpisah daripada sahabat-sahabat, maka kita sebenarnya telah terdedah kepada pelbagai bahaya dan ancaman. Kerana serigala amat suka kambing yang bersendirian atau terpisah daripada kumpulannya.

Sepanjang game ini, memang banyak 'gangguan-gangguan' yang saya terima. 'Gangguan' itu sedaya upaya memisahkan kumpulan kami. Saya cuba bertahan walau sakit tangan ini akibat ditarik. Sememangnya itu yang terjadi dalam ukhwah. Semakin kita cuba menjaganya agar benar-benar ikhlas kerana ALLAH, semakin kuat gangguan dan ujian yang kita terima. Semuanya menguji lafaz yang selama ini meniti di bibir, "ukhwafillah abadan abada..", "uhibbukfillah.." dan sebagainya.

TREKKING AND SURVIVOR

Hati ini tak henti-henti bertasbih, memohon kekuatan daripada ALLAH. Sudah lama rasanya tak ber'trekking' dalam hutan begini sejak habis KIBAR sekitar bulan 3 tahun lepas. Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana kem, aktiviti inilah yang paling saya gemari walaupun menuntut kesabaran yang tinggi.

Semasa berhenti di checkpoint pertama, kami telah diperkenal dengan tumbuhan-tumbuhan hutan yang sangat terkenal dengan khasiatnya. Agak-agak apa ya..??
Tak lain tak bukan Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Senduduk. Tongkat Ali pula ada dua jenis, putih dan hitam. Yang putih, akarnya tunjang dan yang hitam akarnya serabut. SubhanAllah..

Untuk slot survivor, saya telah mendapat satu pengalaman yang saya tak sangka , sembelih ayam. Walau tak menyembelih, tetapi memerhati secara dekat cukup mengujakan diri ini kerana saya sebenarnya takut darah (tak ada bakat jadi doktor..huhu). Alhamdulillah kali Allah bagi kekuatan. Kalau tidak, maunya lemah lutut ni.

Kami telah dibahagikan tugas, ada yang jadi tukang sembelih, bersiang, mencari kayu api, menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak dan membakar. Tugasan saya ialah mengambil ayam yang telah 'arwah' tu dan bersiang, buang segala yang tidak diperlukan dan potong 12. 
Ayam yang siap dibasuh, digaul dengan bahan-bahannya dan dibakar di dalam buluh. Itulah makanan tengahari kami.

GAME 'HAYYA TAZAKKAR 10 MUWASOFAT'
Setiap kumpulan perlu memikirkan satu formula untuk mengingat 10 muwasofat tarbiyah. Kebanyakannya menggunakan kaedah nasyid cuma ada satu kumpulan yang menggunakan kata kunci (MASA AND UIAM). Pada hari kedua semasa slot 'Dengarkan dari Kami', para peserta mula mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing. Ada yang buat lagu raya (ehm..kumpulan sapa tu), nasyid bulan-bulan islam - alarm me dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya masing-masing ada bakat yang terpendam..huhu..

my grup members..huu

AKHIR KALAM

Sebenarnya, saat paling tak best adalah saat ingin berpisah..Mahu atau tidak, hakikat itu perlu diterima.
Tak dapat dinafikan kem kali memang santai rasanya namun tetap 'berisi'.
Thanks to all committee members..hanya ALLAH yang mampu membalas segala usaha kalian dalam menjayakan kem ini..

"Usah di ucapkan salam perpisahan,
namun ucaplah semoga bertemu kembali"

p/s: sedang bercuti 3 bulan. Habis kem hari ahad, esoknya terus balik..sedang memikirkan apa yang ingin   diisi sepanjang cuti ini..

Friday, January 8, 2010

::RAFEST ::

Alhamdulillah...
Tanpa jemu kalimah ini dilontarkan buat kesekian kali...
Yang mengizinkan jemari ini mencoret lagi,
yang memberi rasa rindu untuk berkongsi lagi di sini..

Minggu yang sibuk..itu yang mampu saya katakan..Terutama mereka yang terlibat dengan RAFEST.

Minggu ini adalah minggu Raudhah Festival (RAFEST), dan termasuk antara program terbesar di CFS IIUM ini. RAFEST adalah program yang menggabungkan FSCC (Foundation Studies Coordination Council), MRC (Mahallah Representitive Committee), FRC (Facilitators Representitive Committee) dan semua clubs dan society di CFS IIUM. Pelbagai program menarik telah dan akan diadakan.Antaranya: carier exhibition,ukhwah debate(antara course), talk 'konspirasi filem 2012' (sangat best!!), back to Quran clinic, sex education, iium green earth day, Tribute to Alam Barzakh, stand cinema 'Ketika Cinta Bertasbih', finding true love (Fatimah Syarha and Ust. Pahrol Mat Juoi), iron chef...

Nampaknya banyak gerai2 yang sedang dibuka..bersedialah untuk 'mengalirkan' wang..Gerai makanan, pakaian, aksesori wanita, bookfair, pc fair dan lain2, semuanya menguji keimanan dan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan supaya tak membeli benda2 yang tak sepatutnya..
Bab2 membeli pakaian mungkin saya masih boleh kawal tapi bab2 bukulah yang saya lemah sikit.. Rasa nak beli semua.. Astaghfirullah..Takut beli buku tapi tak baca. Nanti di akhirat tak pasal2 kena soal dengan buku "kenapa beli aku tapi tak baca".

Untuk RAFEST ini, saya telah ditugaskan menjaga bahagian carier exibition untuk BAR (Bachelor of Arabic) dan BEN (Bachelor of English). Juga committee untuk stand cinema 'ketika cinta bertasbih' anjuran CMC (Creative Multimedia Club).

Sepanjang minggu ini, ada sesuatu yang menarik perhatian sekaligus menimbulkan kekaguman iaitu berkaitan talk 'konspirasi disebalik filem 2012' dan 'tribute to alam barzakh'. Dalam banyak2 talk atau program ilmiah yang saya ikuti selama berada di cfs iium ini, dua program ini antara yang paling mendapat sambutan (saya rasa). Mosque Hall penuh sesak hingga ada audience yang terpaksa duduk di luar dewan. Alhamdulillah..

Moga RAFEST kali ini memberi banyak manfaat buat semua students CFS IIUM..

~InsyaAllah~
p/s: my first post for this year 2010...May this 2010 will bring more improvements in my life and blooms with lots of lovely flower of success..

Sunday, August 9, 2009

Karnival IKIM bersama peminat..

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan IKIM.fm,
Allah selamatkan kamu.." kumpulan saujana memperdengarkan lagu khusus untuk IKIM.

Selamat Hari Lahir IKIM.fm untuk kali yang ke-8.
Semoga Allah merahmati usaha2 yang dilakukan oleh pihak IKIM dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti karnival IKIM bersama peminat bersempena ulangtahunnya yang ke-8, dah darjah 2 orang kata. Nampaknya agak meriah sambutan karnival ini yang berlangsung pada sabtu,8 Ogos. Hinggakan peminat dariJohor pun ada.




Pintu utama



Saujana..macam pengantin aja gayanya


nowseeheart..lama x dengar cerita




aha..unic pun ada


alamak confuse pulak kumpulan mana, Haikal ke?



kumpulan paling popular..



sempat lagi bergambar depan pentas..

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan melukis dan mewarna (nak masuk tak cukup umur..huhu) dan pertujukan fesyen untuk kanak2, lelaki dan wanita. Terdapat juga jualan produk2 muslim yang semestinya halalan thoyyiban. Tak ketinggalan persembahan daripada artis2 nasyid. Antara artis yang terlibat
Saujana~Nowseeheart~Mirwana~Sofea~As-Saufee~UNIC~Lia Az-Zahra'~Raihan~Haikal~Far East~Muaz
Akhirnya dapat juga saya berkunjung ke sini. Boleh juga kenal wajah dj2 IKIM yang selama ni hanya dengar suara di corong radio saja.

Monday, July 27, 2009

SKEMA

Alhamdulillah, baru2 ini Allah mengizinkan saya untuk mengikuti Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA) yang bertempat di Main Auditorium Kuliyyah of Engineering, UIAM. Setelah hampir2 tidak dapat hadir, akhirnya dapat juga saya mengikuti program ini yang berlangsung pada 26/7/2009. Program anjuran HALUANSiswa ini cukup memberi satu booster untuk terus teguh menjalani kehidupan di IPT yang sungguh mencabar. Gembira rasanya dapat mendengar perkongsian daripada para penceramah dan ahli panel jemputan. Walaupun sedikit letih( dari Johor ke Gombak), namun tidak melemahkan semangat saya untuk menadah telinga menerima sebanyak mungkin input berguna sebelum pulang ke CFS IIUM.

Program ini banyak menekankan aspek kecemerlangan baik duniawi mahupun ukhrawi. Sebagai mahasiswa rabbani, dia tidak sama dengan mahasiswa biasa yang punya target pendek iaitu sekadar di dunia. Targetnya jauh bukan saja di alam dunia bahkan hingga ke alam yang kekal di sana. Untuk memperoleh kejayaan di kedua2 alam ini maka keseimbangan(tawazun) di perlukan(bukan senang tau..kene ada mujahadah la).

Kerjanya pun bukan setakat belajar(kalu belajar, orang lain pun belajar). Tapi dia ada masuliyah yang terpikul di pundaknya, sebagai hamba Allah dan khalifahtullah di muka bumi. Berat tuh!!



Ada satu perkara yang membuatkan saya tertarik dengan sesi forum di sebelah petang. Walau mata ni agak letih tapi paksa jugak untuk buka(hai..rugilah kalau tidur). Apabila panel pertama mengemukakan contoh sahabat2 Rasul s.a.w dan kesemua mereka adalah antara manusia yang terhebat dan sangat cemerlang dalam hidup dan patut kita contohi. Mereka, seperti yang kita tahu cukup bersemangat dalam kerja penyebaran ISLAM. Nak tahu sejak umur berapa mereka berkecimpung dalam kerja2 ni?? Sejak umur antara 8 tahun hingga 28 tahun!! pendek kata, muda lagi. Hai..jauh benar dengan anak muda sekarang(saya pun sama, susah lagi nak buang sifat mazmumah dlm diri).

Paling best la bila dapat bersua teman2 yang dah lama x jumpa(smaskl,matri,smik e.t.c). Terlalu indah bila berukhwah kerana Allah. Pandang mukanya pun dah dapat kekuatan(safwah kata..hehe). Lama dah memendam rasa nak berkumpul sebegini, tercapai jugak hajat.

Yah..semoga Allah meredhai diriku dan diri kalian, wahai para pembaca...

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??