"Untuk mendapat si soleh. Kita dulu perlu menjadi solehah"
Ini antara kata-kata yang selalu kita dengar. Ya, nak dapat yang soleh mestilah kena 'solehah'kan diri dulu dan juga sebaliknya. Kalau kita pun mahu yang soleh, bertanggungjawab dan mampu membimbing begitulah juga yang di sebelah sana. Soalnya kita dah cuba solehahkan diri kah? kita tak solehahkan diri tapi mahu si dia yang soleh, agak-agak Allah nak bagi tak? Dia soleh pasti Allah akan beri yang solehah juga untuknya. Tak gitu teman-teman. Allah tu kan Maha Adil..^^
Cuma tentang hal ini, kadang-kadang saya terfikir sendiri. Kita 'solehah'kan diri kononnya agar kita dilamar oleh si soleh. Namun, belum tentu ia akan terjadi. Entah-entah, Allah dulu yang 'melamar' kita. Siapa tahu kan?
Jadi, mari betulkan niat. Nak solehahkan diri bukan sebab nak dapat si soleh saja tapi kerana inginkan redha Allah yang utama. Mahu jadi hamba Allah yang setia agar dapat bertemu denganNya di syurga. Perkahwinan dan kematian, kedua-duanya adalah rahsia Allah, tak tahu mana dulu yang akan bertemu kita. Bak kata orang "jodoh dan maut di tangan Tuhan".
Yang pasti, bila kita solehahkan diri ia bukanlah sekadar persiapan untuk walimah tetapi juga persediaan untuk menghadap Allah. Saya cuma nak pesan pada diri agar ikhlas dalam melakukan perubahan dan peningkatan diri.
Aku yang masih bertatih dalam men'solehah'kan diri,
ku tahu ku punya banyak dosa,
namun ku tetap mencuba,
dan kan terus mencuba,
untuk hampir kepadaNya,
moga aku masih diterimaNya sebagai Hamba...
note : 1. Sharing ini juga untuk yang nak 'soleh'kan diri. Jadi, tukarkan saja 'solehah' tu kepada
'soleh' ye.
2. Currently at home and will be back to IIUM tomorrow. Pray for my journey and my
health. (O Allah, You tested me with my body. I know you want me to be closed to You. Please
forgive all my sins..T_T)
HambaNya yang hina,



Sama-sama meningkatkan azam mengsoleh dan mengsolehahkan diri untuk masa depan diri dan islam.
ReplyDeleteal-qassam,
ReplyDeleteya betul tu..
mengetuk hati yang kadang2 terlupa",..
ReplyDeletealhmdulillah..nice sharing.
jazakillah khair
na'am! betulkan niat hanya keranaNYA.. setiap amal adalah hanya keranaNYA.. ^_^
ReplyDeleteteruskan saling ingat-mengingati keranaNYA,utk maslahah ummah,amin.. =)
to KhaulahAdi dan MUJTAHIDAH SOLEHAH..
ReplyDeleteI.Allah sama-sama islahkan diri kita ya..^^,