Pages

Wednesday, December 28, 2011

Pinjamkan bahumu..

Menangislah di Bahuku by Firdaus

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah
Menangislah



 Teringat waktu dulu.
Bila aku sedih, kau selalu ada.
[from here]
Kau tanya "kenapa?"
aku diam saja.
Kau dakap aku, 
cuba menyelami walau tanpa kata,
namun aku tetap merasa
ada aliran kekuatan di sana.

Terima kasih sahabat,
walau sekadar pelukan hangat,
sudah cukup untuk buat aku kembali kuat.

Aku rindu saat itu sahabat.

Bila kita berjauhan,
dan kau tiada bila aku memerlukan,
aku mula sedar,
bahawa padaNya aku harus bersandar,
dan dakapanNya paling hangat ku rasakan,
menyembuhkan segala luka yang menyakitkan,
mengembalikan semangat yang pudar.


note : - Saya rindu kamu teman.. :'(
          - Sorry, I broke my promise (kata tak mau update..). Tak pa. Belum start exam lagi..hehe..



yang suka menangis dalam hati,

Saturday, December 24, 2011

Berehat Sebentar~~

Bismillah walhamdulillah...

Angin imtihan niha'ie sudah mula bertiup lembut di telinga sambil berbisik,

"cik insyeerah, sila stop mencatat. Sebelum saya bertukar menjadi ganas, sila berehat sebentar dari dunia blogging dan bersedia untuk menghadapi ke'ganas'an saya"

"Ok2..saya nak stop la ni. Dua tiga perkataan je lagi,"
-ape la yang cik insyeerah ni ngomelkan ye =.='-

Sebenarnya saya bercadang nak berehat sebentar. Almaklumlah, imtihan niha'ie tinggal seminggu je lagi. Tambahan, anginnya telah pun me'remind' saya untuk berehat dan bersedia untuk menghadapi ke'ganas'annya yang dijadualkan akan bermula pada 30/12/2011.

Doakan saya ye..
Doakan saya tak blur bila mula nak buat revision,
doakan saya rajin,
doakan moga Allah beri ilham-ilham yang baik untuk saya menjawab,
doakan kejayaan saya kerana itu untuk Islam semestinya.

berehat blogging saja ye..jangan dok membuta atas katil pulak..

note : - haih, main hide and seek pulak idea-idea ni ye..dekat-dekat nak exam ni macam-macam pula
            idea nak menulis yang sebelum ni menyorok tiba-tiba muncul..Ujian Allah jugak ni kan..
         
          - Walaupun kita dah berusaha tapi kadang-kadang Allah uji jugak dengan hasilnya kan. Kita tak
             selamanya di atas. Belajar untuk redha..~.~

Saturday, December 17, 2011

Solehahkan diri kerana'nya' atau kerana'Nya'??

Bismillah walhamdulillah...



"Untuk mendapat si soleh. Kita dulu perlu menjadi solehah"

Ini antara kata-kata yang selalu kita dengar. Ya, nak dapat yang soleh mestilah kena 'solehah'kan diri dulu dan juga sebaliknya. Kalau kita pun mahu yang soleh, bertanggungjawab dan mampu membimbing begitulah juga yang di sebelah sana. Soalnya kita dah cuba solehahkan diri kah?  kita tak solehahkan diri tapi mahu si dia yang soleh, agak-agak Allah nak bagi tak? Dia soleh pasti Allah akan beri yang solehah juga untuknya. Tak gitu teman-teman. Allah tu kan Maha Adil..^^

Cuma tentang hal ini, kadang-kadang saya terfikir sendiri. Kita 'solehah'kan diri kononnya agar kita dilamar oleh si soleh. Namun, belum tentu ia akan terjadi. Entah-entah, Allah dulu yang 'melamar' kita. Siapa tahu kan?

Jadi, mari betulkan niat. Nak solehahkan diri bukan sebab nak dapat si soleh saja tapi kerana inginkan redha Allah yang utama. Mahu jadi hamba Allah yang setia agar dapat bertemu denganNya di syurga. Perkahwinan dan kematian, kedua-duanya adalah rahsia Allah, tak tahu mana dulu yang akan bertemu kita. Bak kata orang "jodoh dan maut di tangan Tuhan".

Yang pasti, bila kita solehahkan diri ia bukanlah sekadar persiapan untuk walimah tetapi juga persediaan untuk menghadap Allah. Saya cuma nak pesan pada diri agar ikhlas dalam melakukan perubahan dan peningkatan diri.


Aku yang masih bertatih dalam men'solehah'kan diri,
ku tahu ku punya banyak dosa,
namun ku tetap mencuba,
dan kan terus mencuba,
untuk hampir kepadaNya,
moga aku masih diterimaNya sebagai Hamba...


note : 1. Sharing ini juga untuk yang nak 'soleh'kan diri. Jadi, tukarkan saja 'solehah' tu kepada 
              'soleh' ye.

         2. Currently at home and will be back to IIUM tomorrow. Pray for my journey and my 
             health. (O Allah, You tested me with my body. I know you want me to be closed to You. Please
            forgive all my sins..T_T)


HambaNya yang hina,

Monday, December 5, 2011

Siapa Ayah di sisi Kami?

Bismillah walhamdulillah...

Tenang dan gembira. Itulah perasaan setiap kali dapat bercakap dengan mak walau hanya di atas talian. Kami saling bertukar-tukar cerita suka dan duka. Hubungan yang erat bagaikan sahabat membuatkan kami tak segan berkongsi apapun.

Dan seperti selalu mak akan berkongsi khabar tok. Tok makin hari makin menjadi-jadi 'perangai'nya. Setiap hari mak mengumpul kesabaran dan mak sangat tabah! Sungguh, ketabahan itu tak lain tak bukan adalah daripada pertolongan Allah jua. Mak selalu ulang, tanpa pertolonganNya, mak memang tak kuat nak hadapi karenah tok.

Salah satu tanda kasih sayang dan pertolongan Allah ialah melalui kehadiran ayah di sisi mak. Dikala orang lain tak peduli apa yang dilalui mak sepanjang menjaga tok, ayahlah orang yang setia memberi moral support. Dikala mak rasa lemah, ayah hadir menghulurkan tangan, memberi apa yang termampu agar mak mampu berdiri kuat.

Mak selalu memuji ayah. Mak bersyukur Allah hadiahkan ayah buat mak. Ayah sangat baik kata mak. Walau ayah mungkin biasa pada pandangan manusia tapi ayah tetap hebat di mata mak (di mata saya juga ^^). Ayah mungkin tak petah berbicara seperti orang lain namun akhlaknya tertonjol dalam tingkah laku. Ayah yang penyayang, tidak lokek dalam menghulur bantuan dan sering berlapang dada. Rasanya boleh dibilang dengan jari kalau ayah tinggikan suara. Ayah yang tidak berkira dalam urusan deen. Jika ada tuntutan deen, meski jauh ayah akan pergi selagi tiada aral melintang.

Selama saya bersama-sama ayah, ada saja pertolongan Allah buat ayah dari jalan yang tak disangka-sangka. Apa yang saya nampak mungkin kerana sikap berlapang dada, istiqomah dalam ibadah dan komitednya ayah dalam urusan deen, membuatkan urusannya selalu menjadi mudah. Paling penting ayah selalu berusaha menjaga hubungan dengan Allah juga dengan manusia (hablum minallah wa hablum minnas) .

Mak selalu pesan, jangan terpengaruh dengan lelaki yang nampak hebat pada kata-kata dan penampilannya. Perkara itu adakala tidak boleh dipercaya. Yang penting pada akhlak dan tindakannya, biar selari denga kehendak Allah. Rasa tanggungjawab pada deen dan keluarga, juga tidak mudah melenting dan marah. Itu antara pesan mak agar saya titipkan dalam doa. Pesan mak lagi, jangan minta individu kerana belum tentu dia terbaik untuk kita. Mintalah ciri-ciri (termasuk yang ada di atas) -saya senyum. baik mak. saya pun kena islah diri kalau nak dapat yang macam tu ^^ -

Disebalik kehebatan seorang lelaki, sudah pasti ada seorang wanita hebat dibelakangnya.
Saya nak tambah. Disebalik kekuatan seorang wanita, ada lelaki pendorong di sisinya (ini certain case je kot, termasuklah case mak saya ^^) .

Akhir kalam.
Kepada ayah, kakak nak cakap yang kakak sayang ayah, kagum dengan ayah. Jazakallahukhairan kathira for everything. Banyak contoh non-verbal yang kakak kutip daripada ayah. Selalu berdoa moga Allah sayang ayah dan kuatkan ayah dalam menjalankan kerja-kerja deen. (kalau ayah rasa kakak banyak appreciate mak, sebenarnya ayah pun sama, appreciate jugak ^_^).



Moga Allah kurniakan saya seseorang yang baik seperti ayah agar saya juga mampu maintain kuat seperti mak ^^.
[Mak ayah, sweetest couple yang pernah saya jumpa..hee~~ =) ]


Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??