Pages

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Alah Bisa Tegal Biasa

Bismillah walhamdulillah..
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang masih memberi kita nafas pada hari ini.
Kalau tak, tak dapatlah saya mencoret di sini.
Kalau tak, tak dapatlah kalian baca coretan saya ini.
Semuanya dengan izin Allah..=)

Mahu berkongsi sesuatu dengan kalian.
Sesuatu yang sederhana tetapi memberi erti yang mendalam apabila dikaitkan dengan Pencipta.
Begini ya..

Setiap kali disoal teman-teman

"Eh, awak mahallah (kolej kediaman) mana ya?"

"Mahallah Ruqayyah", jawab saya sambil tersenyum. Dan saya dah dapat mengagak apa responnya nanti.

"Ruqayyah?! Jauh tuuu..Tak penat ke? Tak nak tukar mahallah?",begitulah respon mereka (kadang-kadang bosan jugak dengar..huhu..)

"Setakat ni tak rasa nak pindah lagi", ringkas saja jawapan saya.

Sungguh, mahallah saya dikira agak jauh dan paling hujung (orang selalu kata hujung dunia).
Memang penat jugak bila pulang dari kelas tu. Tapi lama kelamaan, perkara tu dah jadi biasa.

Mahallah sweet mahallah..^^ [link]


Saya kira teman-teman saya di mahallah Nusaibah, Sumayyah dan Salahuddin juga begitu. Mereka perlu mendaki tangga yang amat tinggi sebelum sampai ke mahallah (di Uia panggil 'tangga Batu Cave'). Semput jugak sebelum sampai ke puncak. Memang salute dekat teman-teman di mahallah sana. Kalau saya, mungkin tak sanggup nak daki hari-hari. Pergi dua tiga kali pun dah semput memanjat.

Tangga Nusaibah a.k.a tangga 'Batu Cave' [link]

Melihat situasi ini, lantas saya teringat satu peribahasa,

"Alah bisa tegal biasa"

Perkara yang sukar akan menjadi senang bila kita istiqomah.
Memang penat nak jalan kaki balik ke Ruqayyah.
Memang penat nak daki tangga 'Batu Cave' sebelum sampai ke Nusaibah.
Tetapi, mengapa tanpa sedar hari-hari kita mampu melakukannya walaupun sukar?
Kerana ISTIQOMAH dan juga KEMAMPUAN yang Allah beri.

Banyak benda yang sukar dalam kehidupan kita.
Sukar nak memahami subjek yang dipelajari,
sukar nak 'maintan'kan ibadah,
sukar nak ubah diri,
dan beribu warna kesukaran yang kita hadapi.
Kita rasa tak mampu, rasa terbeban dengan kesukaran itu
Namun jangan lari! Hadapilah dengan istiqomah. Insyaallah dengan pertolongan Allah yang sukar akan jadi mudah (self reflection actually).

Istiqomah. Nak sebut mudah, nak buat masyaallah. Apapun jangan putus asa. Kalau tak boleh nak buat selalu, at least jangan tinggal terus.

Adakala sebelum istiqomah, kita perlukan PAKSAAN/ MUJAHADAH.
Sesiapa pun tak suka dipaksa orang, jadi kitalah kena paksa diri sendiri.
Macam kes saya tadi. Dah dapat mahallah jauh, terpaksalah terima.
Terpaksalah berjalan walau jauh sikit (kalau ada bas, naik bas).
Bermula dari PAKSAAN atau MUJAHADAH itu lama-lama jadi KEBIASAAN.

Menurut Imam Al-Ghazali, ada 3 cara dalam pembinaan karakter yang baik :
1. Mujahadah
2. Habituation (kebiasaan), setelah bermujahadah dan istiqomah, perkara yang baik itu akan jadi kebiasaan.
3. Association (pergaulan), bergaullah dengan orang-orang yang baik akhlaknya.

Saya selalu ingat pesan seorang teman dalam bulatan cinta kami,

"Kita memang tak mampu tetapi Allah yang beri kita mampu"

Jadi, teman-temanku, jangan putus asa bila cabaran melanda. Teruskan usaha dan minta selalu pada-Nya.
Insyaallah kejayaan di tangan kita. =)

 note : Bagi kalian yang bukan Uia, jemput melawat ke sini. Bolehlah tahu lokasi penceritaan di atas..hehe..

Monday, December 31, 2012

Anger Management

Bismillah walhamdulillah...

Cik Ey    :  Bie, bengang betul la dengan si Die tu..blablablabla…(sambil sepak-sepak katil yang tidak bersalah)

Cik Bie   : Awak, pegi la amik wudu’ ke, baca Qura’n ke.

Cik Ey    : Apa kaitan pulak suruh aku buat benda tu. Kan aku tengah bengang ni. Haishhh..

Cik Bie   : Awak, madam saya cakap dalam kelas Islamic Ethics, benda-benda tu (berwudu’ dan baca Qur’an) bukan saja-saja tau. Semua tu untuk alihkan perhatian kita. Daripada sibuk marah-marah baik sibuk ambik wudu’ dan baca Qur’an.

Cik Ey      : Erk..alihkan perhatian? Selama ni aku dengaq untuk tenangkan hati ja. Rupanya untuk alihkan perhatian jugak.  Aku pernah try baca Qur’an  time marah tapi awat tak menjadi hah?

Cik Bie     : Dah dalam kepala awak tu still marah-marah lagi. Cuba fokus, insyaallah berkesan.

Cik Ey      : Ok, nanti aku try (bangun dan berlalu meninggalkan cik Bie)

Cik Bie     : Nak gi mana tu?

Cik Ey      : Ambil wudu’lah, nak baca Qura’n.

Cik Bie     : ^_^  Moga Allah beri awak ketenangan…
_____________________________________________________________
Kisah ini imaginasi semata-mata cuma part kata-kata madam tu yang betul.
Saya fikir ada benarnya kata-kata madam tu.
Kita selalu dengar bila rasa marah, ambil wudu’, baca Qur’an atau solat sunat.
Untuk tenangkan hati katanya.

Namun, ada orang buat tapi tak tenang pun, apa masalahnya?
Sebab dia tak fokus. Walaupun mulut membaca ayat Allah tapi hati masih melayan rasa marah.
Maka, alihkanlah perhatian pada bacaan Quran. Niat dalam hati untuk lupakan rasa marah itu dan fokus pada ayat yang dibaca.

Pokoknya, baca Qura’n atau solat sunat tu bukan setakat tenangkan hati tapi untuk alihkan perhatian. Namun, taklah semestinya dengan Qura’n dan solat sunat saja. Boleh jugak buat aktiviti lain yang boleh ‘cool down’ kan kita, asalkan tak melanggar syara’lah. Jangan pulak pi sepak kucing konon-konon nak redakan marah. Tu bukan menyelesaikan tapi menambah masalah namanya.

Tolong... saya tak bersalah...(kucen versi Syawarma) [LINK]

Cukup-cukuplah cik Insyeerah berceloteh tu. Lain kali pulak kita menulis ya. Get ready for your next ‘battle’.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL…  =)



note : Syawarma adalah sejenis makanan dari Middle East. Gulung-gulung macam kucing tu..(tapi  
           isinya bukan kucing la..haishh..)
        
 
(Salam Tahun Baru Masihi. Moga tahun depan lebih baik dari tahun ni)

Thursday, December 27, 2012

Don't Over-thinking

Bismillah walhamdulillah..

[LINK]

Macam-macam benda difikirkan.
Runsing.
Takut tak mampu buat yang terbaik.
Runsing.
Takut ada yang mengata.

Tapi,
kalau difikir-fikirkan sangat pun buat sakit kepala.
Jadi,
Buatlah apa yang mampu dibuat.
Buatlah yang terbaik.
Selebihnya, leave it to Allah...
SMILE...^___^

note : sejak blog 'cantek' makin rajin update..weheee..

Monday, December 24, 2012

Do Your BEST!

Bismillah walhamdulillah...

Musim exam datang lagi! yuhuuu..!

Sungguh memerlukan secebis kekuatan daripada Allah untuk men'cover' semua subjek.
5 paper awal yang berderet (28/12,29/12, 31/12, 2/1, 3/1) dan satu lagi yang agak jauh (13/1, bukan 'agak', memang jauh punnn..)

Mendengar khabar di sebelah Pantai Timur sana sedang lebat hujannya. Bumi dah jadi macam tasik, macam laut. Tapi, bagi teman-teman yang sedang atau bakal menghadapi final exam, mereka tetap struggle walau dalam kepayahan (yang kau kat sini senang lenang tak semangat pulak nak murajaah kan?!..memang nak kena..)


[link]

 Anyway, please do your BEST!
Sila STRUGGLE kalau tak nak menyesal di kemudian hari...(pesanan khidmat masyarakat ini ditujukan khas untuk 'tuan rumah')

Teman, tembakkan doa-doa kalian untuk saya dan teman-teman di UIA ya! Moga Allah mudahkan kami menghadapi final exam..=>

Thursday, December 20, 2012

'Abasa watawalla

Bismillah walhamdulillah...

It's been a long time since I've posted on my blog.
Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Alhamdulillah dapat mencoret lagi.

Sudah masuk minggu akhir untuk semester ni.
Bila flashback semula, baru dapat rasa bestnya kelas-kelas semester ni.
Salah satu kelas yang saya suka, kelas Dirasah Quran bersama Ass. Prof. Dr. Laith Suud Jassem atau senang dipanggil Ustaz Laith. Orang Iraq tak silap saya.

Dr. Laith, saya kagum dengan dia.
Walaupun kadang-kadang saya mengantuk sebab kelas di awal pagi,
walaupun selalu Dr. terlebih masa sebab semangat bercerita dengan kami,
tapi ini antara kelas yang paling banyak input saya dapat,
paling menarik dengan gaya dan ekpresi wajah yang menggambarkan kesungguhan dalam menerangkan ayat-ayat Allah kepada kami.

Subjek Dirasah Qur'an ni lebih kepada tafsir.
Bermula dari pertengahan juz 28 hingga awal juz 30 (fuhh..banyak betul nak cover untuk final ni..).
Apa yang menarik ialah gaya Ustaz mensyarah kitab Safwatul Tafasir tu seakan bercerita.
Sekejap diselitkannya dengan ilmu sains seperti astronomi, geologi, biologi, microbiologi dan lain-lain.
Kadang-kadang masuk pula psikologi, history, balaghah etc.
Hingga saya terasa, sungguh TIADA KITAB YANG PALING LENGKAP MELAINKAN AL-QUR'AN.
Itu belum masuk dengan pemilihan perkataan-perkataan dalam al-Qur'an yang menunjukkan kehebatan Al-Quran tu sendiri.

Contoh dalam surah an-Naazi'aat. Dipermulaan surah, Allah menyebut,

(wannazi'aati gharqa) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan keras", 
(wannasyithoti nasytho) "demi malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut". 

Perkataan "gharqa" tu sendiri seakan-akan bunyi "grrrrr" yang menunjukkan dahsyatnya apabila malaikat mencabut nyawa orang yang tak beriman. Manakala perkataan "nasytho" seakan-akan bunyi "shhhh..." menunjukkan lembutnya malaikat apabila mencabut nyawa orang beriman (masyaallah...bulat mata bila ustaz terang gitu..siap dengan muka kerut-kerut sambil mencekik leher, terbaiklah ustaz.. O.O)

Satu lagi, ustaz ada share dengan kami tentang surah 'Abasa, dimana Allah telah menegur perbuatan nabi yang berubah riak wajah tatkala Abdullah bin Umm Makhtum, seorang yang buta bertandang ke dalam majlis nabi bersama golongan high-class Quraisy.

[sekarang kita nak fokus pada nama surah ('Abasa) dan ayat pertama sahaja. murid-murid sila buka Qur'an sekarang..]

Dalam Bahasa Arab, ada fi'il iaitu 'verb' atau perbuatan dan faa'il untuk orang yang melakukan. Perkataan 'Abasa Allah hadirkan dalam bentuk fi'il iaitu 'verb' bukan bentuk faa'il iaitu orang melakukan. Ini menunjukkan yang bermasalah tu bukan orang yang melakukan (Rasulullah) tetapi perbuataan itu sendiri iaitu bermuka masam (berubah riak wajah). Kalau ikutkan Abdullah b. Umm Makhtum tak terasa pun sebab dia tak nampak perubahan wajah Rasulullah tapi Allah still tegur untuk kita semua sedar bahawa perbuatan tu Allah tak suka, samada di depan atau belakang manusia, kepada manusia yang sempurna atau tidak. (tang! kan dah kena 'ketuk' dengan Allah..)

Nama surah ni juga menunjukkan bahawa, kalau nak tegur seseorang, tegurlah perbuatannya sahaja (sebab tu nama surah ni hadir dalam bentuk 'verb). Kalau nak benci, benci perbuataan itu sahaja, bukan individu tersebut. Misalnya bila melihat orang bermaksiat, kita cenderung untuk benci individu itu dan menjauhi mereka hingga terbiar dalam dosa. Namun, yang patut dibenci cuma perbuatannya. Individu tu perlu dikasihi agar dapat ditarik keluar dari kancah dosa.

Ayat ini walaupun diturunkan kepada Rasulullah tetapi bersifat umum. Cuba tengok ayat tu  " 'Abasa watawalla", bukan " 'abasa Muhammad watawalla". Maknanya apa? Allah tak khususkan kepada Rasulullah tapi untuk kita semua. Bila kita nak tegur seseorang di khalayak ramai, dalam usrah contohnya, tak perlu mention individu yang ingin ditegur agar dia tak terasa malu hingga sebulan tak nampak batang hidung (ada berlaku ke??). Untuk tegur, tegurlah secara umum. Siapa yang terasa diam-diamlah sajalah...huhu..

Wahhh..sekali dapat menulis banyak pula ya. Harap-harap kalian tak bosan. Doakan saya teman, moga ilmu yang ada mampu diamalkan..

note : Alhamdulillah semua dah settle, tinggal nak tasmi' saja. Surah al-Hasyr belum mahu 'mesra' 
         lagi dengan saya. Tak lekat-lekat lagi..huuu.. 
        


Friday, September 14, 2012

Saya dan Mereka, We are Big Family...

Bismillah walhamdulillah...

Bersyukur atas nafas yang masih diberikan-Nya.
Bersyukur atas nikmat sihat yang dikurniakan-Nya.
Bersyukur atas segala-gala-Nya.
Dan tanda syukur itu adalah pengabdian diri kepada-Nya.

Hampir seminggu Ta'aruf Week semester 1 sesi 2012/2013 melabuhkan tirainya. Alhamdulillah telah dipilih oleh-Nya untuk bersama famili besar komiti, secara spesifiknya famili DnI (Dicipline and Ibadah). Famili yang paling orang tak nak join termasuk saya (pada awalnya). Namun pilihan Allah itu adalah yang terbaik. Hasilnya saya bahagia menjadi sebagian famili DnI.

Cerita DnI

*[Aduhhhh...] ini adalah trademark famili kami. Ada kena mengena dengan yang hidup bukan yang mati.





Bersiar-siar bersama famili di Taman Layang-Layang =>
Gambar ni masa group binding.
Bowling+shopping (Ampang Point) ===> Lunch di Restoran Nasi Padang ===> Taman Layang-Layang.

Taman Layang-Layang, di sinilah tercetusnya bermacam-macam games yang pelik-pelik dan sangat menguji mental. Mula-mula fikir "ntah apa-apa game diorang main. Ada ke patut 'bumi itu bulat, 8+1=2 ". Memang tension! =.=' Tapi bila dah tahu jawapan, memang bersorak kegiranganlah (senyum lebaaaar ^_____^)

Keesokannya, habis semua komiti biro lain jadi bahan teka-teki kami. Sekali dengan pm (program manager) pun terkena..huhu..Sori ye encik pm. 


Muka tak sabar nak ngap kek..(abaikan mata-mata yang scary itu)

Sempat juga celebrate birthday mereka-mereka yang bertuah. Tarikh lahir jatuh dalam tempoh Ta'aruf Week  . Semoga bertambah usia, bertambah dekatlah kalian dengan-Nya...(^_~)

Untuk kalian yang memang sangat BEST!
Gembira mengenali kalian.
Yang ceria,
namun tetap bersungguh semasa bekerja.
Yang menghiburkan
namun masih dalam batasan.
Kita sering bersama dalam banyak perkara.
'Berjemaah'lah katakan.
Dan itulah mengeratkan jalinan antara kita.

Semoga redha Allah sentiasa menyirami dan menyuburkan taman ukhwah ini.

Cik flowers of DnI
note : 
-All these nice pics are credited to our unofficial photographer, cik Hikmah Nik Ali...=)
- nak dedikasikan lagu One Big Family by Maher Zain untuk kalian, famili DnI and all my beloved readers. Kalau tak tau pi tanya encik Google or puan Youtube ye! ^,^V

Tuesday, July 3, 2012

BAKTIRIA!

Bismillah walhamdulillah...

(pesanan ikhlas : Post ini bukan tazkirah mahupun sesi muhasabah diri. Sekadar coretan santai cik Insyeerah yang sedang ber'honey moon' di rumah. Jangan rasa teragak-agak untuk menekan butang 'x' jika anda rasa tidak perlu baca..thank you..)


BAKTIRIA!

BAKTIRIA?
Apakah?
Adakah yang dimaksudkan itu bakteria dalam iklan susu vitagen?
Oh, semestinya tidak.

BAKTIRIA ini tak ada kaitan dengan bakteria apalagi susu vitagen (walaupun sebutannya seakan ‘bakteria’)

BAKTIRIA ini adalah slogan baru saya.
(Apa?)
Ya, slogan baru yang tiba-tiba muncul dalam minda semasa bersama mak di dapur.
BAKTIRIA ni singkatan kepada ‘BERBAKTI DENGAN CERIA’.

Alhamdulillah selama beberapa minggu saya di rumah, termasuk hari ini sudah dua kali saya membuat cookies. Bagi saya yang cukup malas bergaul dengan majerin dan tepung kerana lebih suka berkawan dengan ikan, udang dan sayur-mayur, dua kali membuat cookies merupakan ‘kejayaan kecil’ bagi saya  (senyum lebar ^___^).

Seperti yang saya katakan di atas, saya lebih gemar memasak lauk-pauk berbanding kuih-muih, kek dan segala yang ada sangkut paut dengan majerin dan tepung.  Jadi, setelah dua kejayaan kecil ini saya sedar sesuatu bahawa saya boleh cuma ada sedikit rasa malas untuk mencuba yang menjadi tembok besar cina yang menghalang untuk bergerak dan berubah. Dan, bila kita mahu bergerak mulakan dengan ceria baru bersemangat!

Tembok besar kemalasan itu harus diruntuhkan..hiyak!

Kali ini saya mengadun bahan-bahan untuk membuat cookies bukan atas dasar terpaksa tetapi lebih kepada rela. Bila kita buat dengan kerelaan maka akan lahirlah rasa senang dan gembira dalam bekerja. Walaupun hasilnya mungkin kurang memuaskan tetapi kita akan merasa kepuasan.


1st attempt, oat roll cookies :)

oat coklat 'tak berupa'..(don't judge cookies by its look :D)


Akhir kalam, marilah ‘BERBAKTI DENGAN CERIA (BAKTIRIA!)’ :D


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!

note : Insyaallah tahun ni tak perlu order cookies lagi sebab dah ada 'chef amatur' yang menggantikan 'chef mak' yang dah 'pencen' dari membuat cookies. Air tangan kita sendiri lebih terjamin halalan thoyyiban dari beli di luar kan.

  
Yang berusaha,


chef amatur ^,^v

Sunday, April 8, 2012

Little Change, Big Impact


Bismillah walhamdulillah…

Syukur  yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat sihat yang diberi hari ini setelah beberapa hari Dia mengambilnya. Hanya mampu berbaring sambil memerhati syiling (oh sebenarnya bukan tengok syiling sangat, tengok skrin laptop yang lebih, kan).

Alhamdulillah, sudah kembali sihat, bersemangat dan ceria semula hehe.. :D
Tengok, Allah uji sikit dengan kesihatan kita dah tak berdaya. Jadi, siapalah kita nak dibandingkan dengan Pencipta?

Alhamdulillah..Bila dah sihat rasa seronok nak buat kerja pagi ni. Kemas bilik, basuh baju dan mengupdate blog :D

Setelah selesai mengemas meja study dengan mengubah sedikit susun aturnya, saya ada rasa kelainan di situ. Rasa semangat nak belajar! Pelik ya?  

harapnya terus macam ni la ye...


 Sebelum ni, tak semangat ke? Soal kalian confuse. Bukanlah. Cuma bila pandang saja ke meja tu, entah mengapa semangat untuk study menurun sedikit. Rupanya, ada yang tak kena dari segi susun aturnya.

Apa yang saya cuba nak highlightkan di sini ialah satu perkataan iaitu P.E.R.U.B.A.H.A.N.
Kadang-kadang perubahan yang sedikit tu memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.

Tertarik kepada perkongsian seorang ahli panel semasa saya menghadiri satu program motivasi, tentang rahsia kejayaan dirinya semasa menuntut di universiti. Hanya dengan perubahan yang sedikit iaitu mengubah jadual belajar  terus melonjakkan pencapaiannya daripada 2.0 something kepada dean list. Masyaallah, hebat tu..

Kadang-kadang kita rasa dah banyak yang kita study tapi resultnya masih sama. Kita rasa solat tak pernah miss, tapi still tak dapat tinggalkan dosa. Diri masih ditakuk lama. Ini bermakna ada something wrong somewhere yang masih belum diubah. Mungkin kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti?

“Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang beerti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankanlah jiwa kalian!”

-Tariq bin Ziyad-

Justeru, mari lakukan perubahan.
Jangan teragak-agak kerana ia akan melambatkan peningkatan diri .
Berubahlah bukan saja untuk kejayaan sementara di dunia tetapi untuk kejayaan yang kekal di sana.  

Berubahlah bukan dari sudut akademik saja tapi juga ibadah kita. 
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah, dan rancanglah perubahan kita agar terus istiqomah.
Berubahlah, anda belum terlambat untuk berubah.
Berubahlah, kalau anda lambat, kalau anda lengahkan, sampai ke mati anda tetap sama.

Kita berdosa,
Tapi kita lengah,
“Esok la taubat”,
“Taubat pun nanti buat balik”
Jangan macam tu.
Takut-takut
Sampai ke mati pun tak sempat bertaubat (nauzubillah…)

Berubahlah, kerana yang berubah saja akan merasai kesan dan kemanisannya.

Kalau kita bersegera,
Allah akan membantu kita,
Kalau saja lengah-lengahkan masa,
Allah biarkan kelengahan menyelubungi kita.

Saya sudah bertekad. Kalian bila lagi? Jom sama-sama kita berubah. Moga Allah redha usaha kita.

Akhir kalam, kejayaan bukan angan-angan. Ingat ya...

Note : -  Tujuan post ini untuk saya‘basuh’ diri sikit. Kasik putih dari sifat malas dan lalai.

-   Jom tadabbur surah al-Mukminun : 1-9. Moga jadi mukmin yang berjaya. i.Allah..
          

Tuesday, February 21, 2012

Hanya Kau yang ku ingin

Bismillah walhamdulillah...

Kekok.
Kaku.
Terasa kekok dan kaku untuk menulis.
Lantaran dosa-dosa yang bersarang di hati,
juga dosa-dosa lama yang menghantui.

Namun,
aku tak lelah untuk menghampiri,
ku tebalkan wajah yang penuh dosa,
terduduk menghadap kebesaranMu ya Rabbi,
Masihkah ada cinta, redha dan perhatianmu untukku??

Tuhan..
Jangan biar diri ini sendiri,
dalam menyusuri hari-hari yang tak pasti.
Andai Kau serahkan hari ini
untuk ku corakkan sendiri
pasti rosaklah hari ku ini.

*     *    *    *     *

Dah lama tak menulis ya. Betul la. Susah benar nak istiqomah dengan amal soleh ni.

Ok, sajak di atas tu tak sedap jadi sila abaikan sebab ada sajak lagi sedap yang saya nak hadiahkan buat pembaca-pembaca yang disayangi kerana Allah. Nah! Ini dia...

Hati ini kembali terjengkang
Lagi dan lagi
Hanya kepada Allah ku bersandar
Khilaf dan lemahku
Ku serahkan

Kemantapan belum menghampiri
Mungkin Allah belum memberi
Hanya yakin Allah di sisi
Jika aku ingini

Engkau pemilik hati
Jatuh bangunnya hamba yang ingini
Ampuni atas coretan noda di hati
Mendahulukan nafsu
Abaikan Engkau

Segala puji hanya untukMu
Ingati hati agar tak makin terjengkang
Karena ini belum berarti
Hanya belaian angin yang menjatuhkan

Selalu ingin dengan Engkau
Selalu ingin ada Engkau
Agar hati ini terjaga selalu

Amacam, sedap tak? Eh, mestilah sedap.

Baiklah teman-teman, jom kita dekat-dekatkan diri dengan Dia.
Moga Dia juga sentiasa dengan kita.^^,


Saturday, January 14, 2012

Rasa Tidak Best, Kenapakah?

Bismillah walhamdulillah..

(Entri ini sekadar coretan hati untuk memuaskan rasa. Boleh diabaikan jika kalian rasa tidak penting. -terimakasih- )

Alhamdulillah..
Usai sudah exam yang memeningkan kepala,
mendebarkan jantung,
meloyakan tekak (macam-macam dia nih. hiperbola je lebih).
Tapi sungguh la rasa tak sihat pun sepanjang exam tu.

Baiklah. Abaikan hiperbola tu.
Pendek kata sungguh tidak tenang hidup sepanjang exam berlangsung.
Makan tidur dengan buku (padahal sempat je layan youtube. Ustaz Azhar Idrus dengan Zizang lah, Faradyable lah..).

Dan, bila sudah tamat exam.
Pastilah rasa bahagia bukan! ^^,

Tapi saya tak begitu.
Memang seronok.
Tapi,
ada rasa kosong dalam diri.
Entah mengapa. =,='

*            *            *            *            *

Alkisahnya, semalam (13/1/12) merupakan paper terakhir saya iaitu madah (subjek) 'Ulum Hadith.
Lega rasanya. Sampai saja di bilik terus 'memengsankan' diri di atas katil. Konon-konon tak cukup tidur la selama ni, heh..

Dan bila bangun, rasa kosong.
Setelah makan, solat dan baca Quran, rasa tak tau nak buat apa.
(sebab selama ni selepas buat ketiga-tiga di atas tu terus mengadap buku)

Godek-godek internet namun rasa macam tak ada yang menarik. Bosan.
Nak belek-belek buku yang ada di rak tapi tak ada semangat nak buat begitu.
Mintak movie Harry Potter dengan kawan. Tak sampai 15 minit tengok dah tutup. Boring.

Sudah. "Kenapa dengan aku nih ?", berteka-teki hati saya.
Last sekali call mak. Lega la sikit setelah 'bersosial' dengan mak.
Mak kata "hupdate la blog..kot-kot boleh mengubat rasa..hehe". "tak dak mood la mak..huu.."
Sebenarnya nak 'bersosial' dengan roomate tapi semua pergi 'bersosial' di luar.
Tinggal sorang saja yang tengah tekun study sebab ada exam hari ni (selamat berjuang roomateku seorang! ^^,)

Kosong bila ia berlalu. kredit : deviant art [link]


Sungguh rasa kosong yang amat.
Saya koreksi diri.
dan mula sedar bahawa..

Sepanjang exam tu saya seakan lalai.
Lalai dengan study. Asyik fikir study saja.
Bukan tak  baca Quran.
Bukan tak ada 'dating' dengan Dia malam-malam.
Tapi, dalam buat semua tu ruh keimanan seakan tidak bersama.
Yang ada ruh study saja.
Asyik fikir berapa bab lagi yang belum cover (masyaallah..parah ni)

See.sebab tu bila dah habis exam, dah tak ada apa nak study, hati rasa kosong.
Ruh study yang biasa mengisi hati sudah tiada.
Jika ruh Iman yang mengisi hati, pasti hidup rasa terisi.
Ruh itu akan sentiasa bersama dengan kita.
Kerana keimanan tak akan terpisah dari kehidupan
melainkan kita yang memisahkannya.

Sebab itulah orang yang asyik bersuka-ria, berfoya-foya tidak pernah rasa puas.
Dalam hati cuma ada ruh berfoya-foya. Dan ruh tu hanya ada dalam suasana-suasana hiburan.
Bila tak ada hiburan, ruh berfoya-foya pun tak ada, hatinya jadi kosong. Hidup rasa tak terisi.

Sungguh la hati ni tak boleh dibiar kosong tanpa ruh Iman,
kalau tak syaitan yang berperanan.

Nak terisi hati dengan ruh Iman bukanlah kehidupan kena statik,
tak boleh nak gelak-gelak, nak 'bersosial' dengan teman-teman.
Kena baca Quran atau dengar tazkirah memanjang.
Tak..tak..
Nak ada ruh Iman, hati tu kena sentiasa connect dengan Dia.
Gelak kita, seronok kita, tekun kita jangan sampai lupakan Dia.

Sekarang saya rasa,
alangkah bestnya kalau saat ni bersama teman-teman berbulatan cinta,
alangkah bestnya kalau ketika ni bersama teman-teman berkonferens ria, 
alangkah bestnya kalau time ni bersama teman-teman bermukhyyam gembira.
Rindu suasana membina Iman dan amal.

Akhir kalam,
ini pengalaman,
pengalaman yang mendidik.
Jadikanlah pengajaran.
Selalulah isi hati dengan ruh Iman.

Jika dunia yang dikejar,
diri akan penat sebab dunia akan terus berlari menjauhkan diri.
Jika akhirat yang dikejar,
dunia akan datang berlutut di sisi.
So, pilihlah nak kejar yang mana ^_^


note : -'bersosial' itu maksud saya hang out with someone dalam konteks kebaikan.
          -malam tadi plan nak join halaqah maya tapi internet sangat ciput. Tak dapat dengar dengan  
           clear. Sedih benor.
          - selamat bercuti kepada semua student universiti terutama warga UIA..^^, 
            Moga cuti kita bermanfaat!
         - سأرجع إلى بيتي جنتي غدا. Pray for my journey! ^^

Wednesday, December 28, 2011

Pinjamkan bahumu..

Menangislah di Bahuku by Firdaus

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah
Menangislah



 Teringat waktu dulu.
Bila aku sedih, kau selalu ada.
[from here]
Kau tanya "kenapa?"
aku diam saja.
Kau dakap aku, 
cuba menyelami walau tanpa kata,
namun aku tetap merasa
ada aliran kekuatan di sana.

Terima kasih sahabat,
walau sekadar pelukan hangat,
sudah cukup untuk buat aku kembali kuat.

Aku rindu saat itu sahabat.

Bila kita berjauhan,
dan kau tiada bila aku memerlukan,
aku mula sedar,
bahawa padaNya aku harus bersandar,
dan dakapanNya paling hangat ku rasakan,
menyembuhkan segala luka yang menyakitkan,
mengembalikan semangat yang pudar.


note : - Saya rindu kamu teman.. :'(
          - Sorry, I broke my promise (kata tak mau update..). Tak pa. Belum start exam lagi..hehe..



yang suka menangis dalam hati,

Saturday, December 24, 2011

Berehat Sebentar~~

Bismillah walhamdulillah...

Angin imtihan niha'ie sudah mula bertiup lembut di telinga sambil berbisik,

"cik insyeerah, sila stop mencatat. Sebelum saya bertukar menjadi ganas, sila berehat sebentar dari dunia blogging dan bersedia untuk menghadapi ke'ganas'an saya"

"Ok2..saya nak stop la ni. Dua tiga perkataan je lagi,"
-ape la yang cik insyeerah ni ngomelkan ye =.='-

Sebenarnya saya bercadang nak berehat sebentar. Almaklumlah, imtihan niha'ie tinggal seminggu je lagi. Tambahan, anginnya telah pun me'remind' saya untuk berehat dan bersedia untuk menghadapi ke'ganas'annya yang dijadualkan akan bermula pada 30/12/2011.

Doakan saya ye..
Doakan saya tak blur bila mula nak buat revision,
doakan saya rajin,
doakan moga Allah beri ilham-ilham yang baik untuk saya menjawab,
doakan kejayaan saya kerana itu untuk Islam semestinya.

berehat blogging saja ye..jangan dok membuta atas katil pulak..

note : - haih, main hide and seek pulak idea-idea ni ye..dekat-dekat nak exam ni macam-macam pula
            idea nak menulis yang sebelum ni menyorok tiba-tiba muncul..Ujian Allah jugak ni kan..
         
          - Walaupun kita dah berusaha tapi kadang-kadang Allah uji jugak dengan hasilnya kan. Kita tak
             selamanya di atas. Belajar untuk redha..~.~

Thursday, June 23, 2011

Polish minda, polish hati

Bismillah walhamdulillah...

Sejak mula bercuti sekitar bulan 2 yang lalu, kini masih berbaki 2 bulan lebih lagi sebelum saya kembali ke dunia kampus. Yang pasti bukan kampus dulu (asasi Nilai) tapi kampus baru (main campus, Gombak)

Dunia kampus baruku..

 Cuti yang lama kadang-kadang boleh membunuh.
Seseorang berkongsi kata-kata ini dengan saya.
Memang benar. Bahkan saya sangat takut sebenarnya.

Bila difikir-fikir, hanya tinggal 2 bulan lebih sebelum kembali ke meja study, kembali menatap wajah lecturer, kembali bergelumang dengan assigment, kuiz, presentation, exam dan segala bagai, saya mula diburu rasa risau+takut.
Risau dan takut kalau tak boleh catch up dengan silibus. Sebab? sebab rasa otak dah berkarat.

Untuk mengelakkan daripada culture shock (sebab dah lama tak belajar dan tak dengar lecture dalam Arabic), saya mula menggodek-godek youtube. Mencari kuliah-kuliah arab dan english sebagai exercise telinga (dan polish otak yang berkarat juga).

Cari punya cari, alhamdulillah jumpa!! Siap dengan english subtitle lagi.

"Siapa yang berusaha, Allah akan tujukkan jalan. Maka siapa yang berusaha untuk mengenaliNya, Allah akan bukakan jalan kepadaNya"




Serius lawak.

Alhamdulillah dapat dengar kuliah Sheikh Dr. Muhammad 'Abd Al-Rahman Al-Arifi. 
Walaupun hajat awalnya sekadar nak exercise telinga, nak polish otak tapi sebenarnya bukan itu saja yang saya mahu. Saya mahu sesuatu yang boleh mendidik jiwa juga. 

Alhamdulillah, mendengar kuliah-kuliah daripada sheikh-sheikh yang soleh ini sangat menyejukkan jiwa, menarik hati yang bebas lepas untuk kembali mendekati Pencipta.



Mendidik jiwa...

Satu lagi video yang saya dapat. Kuliah in english. Masyaallah. Sungguh, buat saya muhasabah kondisi hati ini.

Banyak lagi kuliah-kuliah best. Cukuplah dua video ini saja saya kongsi. Nak yang lain, search sendiri ye (usaha tangga kejayaan..^^)

Perkongsian yang mengesankan oleh seorang teman, nasihat daripada Sheikh Abu Bakar Al-Awawidah.

   "Jom programkn diri kita dengan program-program yang mendekatkan kita pada Allah. 
Jika kita tak programkn diri kita maka syaitan yang akan pr0gramkan kita"

(Dush3..terkena kat batang hidung sendiri...=.=')

Moga Allah bantu saya menjalani cuti-cuti yang berbaki.



note :  seorang syuyukh (veteran), Cg. Desa Senawi telah dijemput Allah menemuiNya.
            Moga rahmat Allah bersama rohnya dan keredhaanNya mengirigi setiap 
            pengorbanannya.
           

Monday, May 2, 2011

Dah bersedia ka????

Bismillah walhamdulillah...

Masyallah lamanya tak menulis. Post terakhir bertarikh 2 April dan hari ni dah 2 Mei, bermakna dah sebulan tak update. Apa sebab yang tak update2 ni? Busy atau malas? Jawapannya....saya sorang je yang tau,hehe...

Ok. Hari ni kita santai2 je sebab saya masih keletihan. Baru lepas ada event besar jadi keletihan tak habis lagi. Itupun petang ni kena keluar lagi. Ada minum petang bersama teman-teman ipt saya yang sedang bercuti. Sambil minum petang sambil isi hati, kan bagus tu.

Alamak, dah lari dari point utama post ni. Actually nak share this video milik saudara Anwar Hadi (sejak akhir2 ni suka tengok youtube channel milik bumiputera a.k.a orang melayu seperti anwar hadi, matlutfi dan lain2). Video ni sangat santai+sempoi tetapi punya mesej yang sangat bermakna untuk dihayati (tahniah bro anwar hadi di atas video yang bagus ini)



Apapun, enjoy this video dan ambil pengajarannya.
Ingat alamat di sini hanya sementara. Alamat tetap tu kat Batu 2, Jalan Bawah Tanah, Taman Pekuburan Islam, 00000, Negeri Darul Akhirah.



Wednesday, November 24, 2010

~CiNTa FisHBaLL~


Bismillah walhamdulillah....

CINTA FISHBALL???

Syukran kepada kalian yang masih sudi melawat ke teratakku ini...:)
Baiklah, hari ni post saya agak santai sikit. Just nak share satu cerita. Nak dengar tak? Ok2...sila ambil tempat masing-masing. Eh, jangan berebut, banyak lagi ruang boleh duduk.

Sebenarnya hari ni dalam kelas Critical Thinking, lecturer saya telah berkongsi satu cerita tentang seorang temannya. Temannya ini bekerja di sebuah kilang fishball di Pantai Timur. Entah macam mana si teman lecturer saya ni telah jatuh hati kepada seorang gadis yang merupakan anak bosnya yang juga rakan sekerjanya. Setelah lama berhubung, dia berhajat untuk melamar si kekasih hati. Bagaimanapun, lamarannya ditolak (kes tak dapat restu orang tua). Maka berdukacitalah dia lantas membawanya hatinya yang lara ke Utara tanah air. Setelah itu lecturer saya pun tak tahu apa yang terjadi kepadanya.

Pada suatu hari, lecturer saya telah berjumpa dengan temannya itu setelah sekian lama tak bertemu. Lecturer saya bertanya tentang keadaan kampung mereka di Pantai Timur (diorang ni sekampung rupanya..). Temannya mengatakan sudah lama tidak pulang ke sana. Cuma satu perkara yang mengejutkan kami ialah sejak 'clash' dengan kekasih lamanya, bukan sekadar nak makan, nak bau fishball pun tak boleh! (wahh...ni kes berat..).

Betapa kuatnya penangan CINTA...hebatkan..?
Sebenarnya, tujuan lecturer saya berkongsi cerita ni kerana ada kaitan  dengan satu tajuk yang sedang kami bincangkan, "Barriers to Critical Thinking". Salah satu halangan untuk berfikir secara kritikal ialah "overpowering" iaitu orang yang terlalu emosi. Oleh kerana terlalu mengikut hati, teman lecturer saya ini sanggup berhenti kerja di kilang fishball itu dan merantau ke Utara. Bukan itu sahaja, bahkan tak mampu menjamah fishball kerana ada memori yang pahit untuk dikenang (oh,apalah nasibmu fishball.Manusia punya masalah kamu yang jadi mangsa.ish3).



wahh...sedapnya..pastikan ia halal ya..^^



Apa yang boleh saya simpulkan ialah:
~Kita perlu rational dalam tindakan dan bijak mengawal emosi. Jika tidak, diri kita yang rugi.
~Usah meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu perkara/ seseorang kerana ia akan mengecewakan kita apabila harapan itu tidak menjadi kenyataan.

Mungkin ada kesimpulan tambahan. Kalian tambah sendiri lah ye...^_^
~WALLAHUALAM~

Saturday, July 17, 2010

Kenapa susah sangat ni...??



Bismillahirrahmanirrahim.....semoga Allah redha dengan perjalanan hidup kita sehari-hari..

Alhamdulillah, hari ini baru terasa nak 'mengapa-apakan' blog ini setelah lama dibiarkan sepi
(lama ke...???) Syukur kepada Allah kerana kesibukan sedikit berkurang (sedikit sahaja).
Maka, masa yang singkat ini saya nak ambil peluang mencoret sambil meyapu debu yang
bertebaran di sini =).

Oh ya, sebenarnya saya ada assignment yang perlu dibereskan. Akan tetapi saya masih belum jumpa titik mula untuk assignment saya itu..Aduh, pening-pening. Walhal, tajuknya tak la susah mana pun. Saya sendiri tak pasti mengapa sukar sekali untuk saya menyelesaikan assigment itu.

Fikir punya fikir, akhirnya hati saya berbisik
"mungkin sebab aku belum minta kat Allah dengan sesungguh hati supaya dipermudahkan dan diberikan jalan untuk menyelesaikan assigment itu...."




Hakikatnya, dalam apa-apa urusan, sewajar kita bergantung kepada Allah dahulu. Teringat satu doa Rasulullah yang saya terima lewat mesej seorang teman,
Di antara doa Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya jika Engkau serahkan aku kepada jiwaku, bererti Engkau telah meyerahkan diriku kepada kelemahan, kekurangan, dosa dan kesalahan, dan aku tidak percaya kecuali dengan rahmatMu"
(HR Ahmad)

Akhir kalam, mulakanlah apa jua pekerjaanmu dengan bergantung kepada Allah terlebih dahulu..
Moga Allah mudahkan urusan dan kerja-kerja kita....

Sunday, June 27, 2010

Jaga HDA....

Alhamdulillah, tinggal beberapa minit lagi sebelum saya bergerak ke Terminal Larkin, menaiki bas pulang ke CFS IIUM Nilai..Owh ya..sebenarnya saya telah pulang ke rumah sejak hari rabu lagi, tak ada kelas hari khamis dan jumaat..hehe..
"wah..heaven la kau.."kata kawan saya..Dan saya, senyum je la..

Ok, tak nak panjang cerita sekadar nak kongsi satu hadis yang sangat bermakna. Jom hayati..

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya : Aku membonceng bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
"Wahai budak! Peliharalah Allah, kelak Allah memeliharamu, Peliharalah Allah, kamu dapati Allah dihadapanmu, kenalilah Allah dalam masa senang, Allah akan mengenalimu dlm masa kesusahan.Kalau kamu hendak meminta maka pintalah pada Allah. Kalau kamu mahu memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Sesungguhnya kalau semua orang berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu maka mereka tidak akan berkuasa memberikannya. Dan kalau mereka berkumpul untuk merosakkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditetapkan Allah ke atas kamu, mereka tidak akan melakukannya. Telah keringlah kalam dalam daftar lipatannya.."

Alhamdulillah, sempat juga menulis..sekadar peringatan untuk diri sendiri sebelum balik. Doakan saya selamat dalam perjalanan...
JUMPA LAGI......^__^

Sunday, April 18, 2010

Format + Install anti-virus

Alhamdulillah...Akhirnya laptop ayah selamat direpair dan dimasukkan anti-virus baru setelah diattact oleh sekian banyak virus. Kasihan ayah. Time-time kritikal macam ni laptop buat hal. Sabar ye Ayah..


Bila lihat laptop ayah yang telah 'bersih', saya jadi tersenyum. Hilang sudah software-software yang saya download sebelum ini. Mungkin ada di antara software-software tu yang menjadi penyebab berkembang biaknya virus dalam laptop ayah (wallahualam)..




Dan sekarang, saya sedang berfikir..
Bila pula saya nak format hati saya ni dan install 'anti-virus' baru yang lebih kuat? Dah macam-macam virus menyerang. Trojan tak trojan semua ada (astaghfirullah..)
Sistem kat dalam hati pun dah jadi kacau-bilau dek penangan virus-virus berupa bisikan hawa nafsu dan syaitan serta tarikan-tarikan jahiliyah.


Fikir punya fikir, rasanya inilah step-step awal yang perlu saya ambil untuk meng'install' 'antivirus' baru sekaligus memformat kembali hati saya..

1. Activekan kembali HDA (Hubungan Dengan Allah).
2. Upgrade jiddiyah (kesungguhan) dalam beribadah.
3. Upgrade mujahadah untuk melawan semua virus-virus.
4. Activekan diri untuk berdoa mohon diberi hati yang baru dengan 'antivirus' yang lebih.

Nampak senangkan..Tapi nak buat tak sesenang nak menulis. Maka, saya perlu cuba dan cuba  +  usaha dan usaha.

Anda dah install ke 'antivirus' baru dalam hati? Kalau belum, jom kita buat sama-sama ya..Moga Allah bantu usaha-usaha kita untuk mendekatiNya..Ameennn...


note: saya anggap 'antivirus' tu adalah IMAN. Kiranya install antivirus tu macam perbaharui IMAN lah..^_~

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??