Bismillah walhamdulillah…
Syukur yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat sihat yang diberi hari ini setelah beberapa hari Dia mengambilnya. Hanya mampu berbaring sambil memerhati syiling (oh sebenarnya bukan tengok syiling sangat, tengok skrin laptop yang lebih, kan).
Alhamdulillah, sudah kembali sihat, bersemangat dan ceria semula hehe.. :D
Tengok, Allah uji sikit dengan kesihatan kita dah tak berdaya. Jadi, siapalah kita nak dibandingkan dengan Pencipta?
Alhamdulillah..Bila dah sihat rasa seronok nak buat kerja pagi ni. Kemas bilik, basuh baju dan mengupdate blog :D
Setelah selesai mengemas meja study dengan mengubah sedikit susun aturnya, saya ada rasa kelainan di situ. Rasa semangat nak belajar! Pelik ya?
![]() |
| harapnya terus macam ni la ye... |
Sebelum ni, tak semangat ke? Soal kalian confuse. Bukanlah. Cuma bila pandang saja ke meja tu, entah mengapa semangat untuk study menurun sedikit. Rupanya, ada yang tak kena dari segi susun aturnya.
Apa yang saya cuba nak highlightkan di sini ialah satu perkataan iaitu P.E.R.U.B.A.H.A.N.
Kadang-kadang perubahan yang sedikit tu memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.
Tertarik kepada perkongsian seorang ahli panel semasa saya menghadiri satu program motivasi, tentang rahsia kejayaan dirinya semasa menuntut di universiti. Hanya dengan perubahan yang sedikit iaitu mengubah jadual belajar terus melonjakkan pencapaiannya daripada 2.0 something kepada dean list. Masyaallah, hebat tu..
Kadang-kadang kita rasa dah banyak yang kita study tapi resultnya masih sama. Kita rasa solat tak pernah miss, tapi still tak dapat tinggalkan dosa. Diri masih ditakuk lama. Ini bermakna ada something wrong somewhere yang masih belum diubah. Mungkin kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti?
“Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang beerti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankanlah jiwa kalian!”
-Tariq bin Ziyad-
Justeru, mari lakukan perubahan.
Jangan teragak-agak kerana ia akan melambatkan peningkatan diri .
Berubahlah bukan saja untuk kejayaan sementara di dunia tetapi untuk kejayaan yang kekal di sana.
Berubahlah bukan dari sudut akademik saja tapi juga ibadah kita.
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah, dan rancanglah perubahan kita agar terus istiqomah.
Berubahlah, anda belum terlambat untuk berubah.
Berubahlah, kalau anda lambat, kalau anda lengahkan, sampai ke mati anda tetap sama.
Kita berdosa,
Tapi kita lengah,
“Esok la taubat”,
“Taubat pun nanti buat balik”
Jangan macam tu.
Takut-takut
Sampai ke mati pun tak sempat bertaubat (nauzubillah…)
Berubahlah, kerana yang berubah saja akan merasai kesan dan kemanisannya.
Kalau kita bersegera,
Allah akan membantu kita,
Kalau saja lengah-lengahkan masa,
Allah biarkan kelengahan menyelubungi kita.
Saya sudah bertekad. Kalian bila lagi? Jom sama-sama kita berubah. Moga Allah redha usaha kita.
Akhir kalam, kejayaan bukan angan-angan. Ingat ya...
Note : - Tujuan post ini untuk saya‘basuh’ diri sikit. Kasik putih dari sifat malas dan lalai.
- Jom tadabbur surah al-Mukminun : 1-9. Moga jadi mukmin yang berjaya. i.Allah..



prkongsian yg mnarik...
ReplyDeletelngkah hari ini mnentukan lngkah esok hari,
mndekati syurga atau mnghampiri nerakaNya,
brjaya hari ini brbahagia esok hari,
mulakan lngkah walaupun sdikit cuma.
(puisi apakah ini??? maaf, x pndai nk brpuitis)
~biar sdikit asalkn istiqamah...