Pages

Showing posts with label Program dan Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Program dan Aktiviti. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Saya dan Mereka, We are Big Family...

Bismillah walhamdulillah...

Bersyukur atas nafas yang masih diberikan-Nya.
Bersyukur atas nikmat sihat yang dikurniakan-Nya.
Bersyukur atas segala-gala-Nya.
Dan tanda syukur itu adalah pengabdian diri kepada-Nya.

Hampir seminggu Ta'aruf Week semester 1 sesi 2012/2013 melabuhkan tirainya. Alhamdulillah telah dipilih oleh-Nya untuk bersama famili besar komiti, secara spesifiknya famili DnI (Dicipline and Ibadah). Famili yang paling orang tak nak join termasuk saya (pada awalnya). Namun pilihan Allah itu adalah yang terbaik. Hasilnya saya bahagia menjadi sebagian famili DnI.

Cerita DnI

*[Aduhhhh...] ini adalah trademark famili kami. Ada kena mengena dengan yang hidup bukan yang mati.





Bersiar-siar bersama famili di Taman Layang-Layang =>
Gambar ni masa group binding.
Bowling+shopping (Ampang Point) ===> Lunch di Restoran Nasi Padang ===> Taman Layang-Layang.

Taman Layang-Layang, di sinilah tercetusnya bermacam-macam games yang pelik-pelik dan sangat menguji mental. Mula-mula fikir "ntah apa-apa game diorang main. Ada ke patut 'bumi itu bulat, 8+1=2 ". Memang tension! =.=' Tapi bila dah tahu jawapan, memang bersorak kegiranganlah (senyum lebaaaar ^_____^)

Keesokannya, habis semua komiti biro lain jadi bahan teka-teki kami. Sekali dengan pm (program manager) pun terkena..huhu..Sori ye encik pm. 


Muka tak sabar nak ngap kek..(abaikan mata-mata yang scary itu)

Sempat juga celebrate birthday mereka-mereka yang bertuah. Tarikh lahir jatuh dalam tempoh Ta'aruf Week  . Semoga bertambah usia, bertambah dekatlah kalian dengan-Nya...(^_~)

Untuk kalian yang memang sangat BEST!
Gembira mengenali kalian.
Yang ceria,
namun tetap bersungguh semasa bekerja.
Yang menghiburkan
namun masih dalam batasan.
Kita sering bersama dalam banyak perkara.
'Berjemaah'lah katakan.
Dan itulah mengeratkan jalinan antara kita.

Semoga redha Allah sentiasa menyirami dan menyuburkan taman ukhwah ini.

Cik flowers of DnI
note : 
-All these nice pics are credited to our unofficial photographer, cik Hikmah Nik Ali...=)
- nak dedikasikan lagu One Big Family by Maher Zain untuk kalian, famili DnI and all my beloved readers. Kalau tak tau pi tanya encik Google or puan Youtube ye! ^,^V

Tuesday, November 8, 2011

Jom KMK !!

Cuti sekolah datang lagi. Boring melepak di rumah ?? Tak tahu apa nak buat??
Akak ada solusinya..^_~
Jom adik-adik kita join KMK..!!

Tentu ada yang bertanya, KMK tu apa kan??

KMK atau Kem Minda Kreatif merupakan acara tahunan anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).
Bertemakan "Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik", adik-adik akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. Sudah pasti ini akan menjadi pengalaman yang mengujakan.

Antara objektif KMK ini ialah :
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.


(Emm, macam menarik je. Buat kat mana kak?)

Untuk pengetahuan adik-adik, KMK ni diadakan hampir di seluruh negara.


KEM MINDA KREATIF PERLIS
19 - 21 NOV 2011
CHALET JABATAN PERHUTANAN BUKIT AYER



KEM MINDA KREATIF KEDAH 2011
25-27 NOV 2011
KEM BENDANG MAN SIK



KEM MINDA KREATIF PULAU PINANG 2011
28-30 NOV 2011
PULAKOPP, BUKIT MERTAJAM



KEM MINDA KREATIF PERAK 2011
25-27 NOV 2011
THE LERENG ADVENTURE CAMP AND RESORT, ULU CHEPOR



KEM MINDA KREATIF SELANGOR
26-28 NOV 2011
ASLI ADVENTURE BASE CAMP, HULU LANGAT



KEM MINDA KREATIF KELANTAN 
26-28 NOV 2011
SRI AUR VILLAGE, TELUNG, BACHOK



KEM MINDA KREATIF TERENGGANU
1-3 NOV 2011
PUSAT KOKURIKULUM MERBAU MENYUSUT, SETIU


KEM MINDA KREATIF JOHOR
25-27 NOV 2011
HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI II
....................................................................................................

Oh, kepada abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, ayah-ayah, atuk nenek, pakcik makcik yang ada adik-adik, anak-anak, cucu-cucu yang bersekolah menengah, jemputlah uar-uarkan kepada mereka.



Hah, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang !!
Ceriakan cuti sekolah anda dengan KMK.
Jom KMK !! :)

Friday, October 14, 2011

Konvo di sini, konvo di 'sana'.


credit to 'uncle' google ;)

 Alhamdulillah, mereka yang berkonvo telah selamat menerima scroll masing-masing pada hari isnin lalu. Tahniah buat semua senior (walaupun saya tak sempat bersama kalian sebab baru saja menjejakkan kaki ke bumi Gombak ni). Moga kalian dapat meneruskan khidmat bakti kepada agama, masyarakat dan negara. :) .

Baru-baru ni sahabat saya bertanya pendapat saya tentang hari konvokesyen dan kaitannya dengan kehidupan kita. Dalam berfikir-fikir itu, terlintaslah beberapa perkara di minda. Lantas saya curahkan di sini. Moga puisi (yang tak sempurna ini) menjadi renungan dan muhasabah bersama.

Konvo di sini,
Adalah hasil pencapaian,
Sepanjang hayat di universiti.

Tetapi
Konvo di sana,
Adalah hasil pencapaian,
Selama hayat di dunia.

Konvo di sini,
Yang terlihat hanya prestasi,
Tanpa siapa tahu,
Jalan menuju prestasi itu,
Adakah dengan jalan benar atau menipu.

Tetapi,
Konvo di sana,
Bukan saja prestasi,
malah jalannya juga,
Bakal dipertontonkan kepada semua.

Konvo di sini,
Ada keluarga yang meraikan,
Ada teman yang meramaikan,
Masing-masing kegembiraan,
Si graduan melangkah penuh bangga
Dengan jubah
yang hanya pinjaman semata.

Tetapi,
Konvo di sana,
Tiada keluarga yang meraikan,
Tiada teman yang meramaikan,
Masing-masing kegelisahan,
Si graduan menanti resah,
Jangankan jubah,
Seurat benang pun tiada.

Jika kita bergembira
Dengan hari konvo kita di dunia,
Tidak mahukah kita,
Agar kegembiraan itu turut di rasa,
Saat kita berkonvo di sana?

Konvo di dunia kesannya sementara,
Konvo di sana kesannya selama-lamanya.

fikir-fikir dan renungkan serta selamat meneruskan kehidupan...^^ 

note : Time konvo, seronok tengok orang dengan scroll dan jubah konvonya. Tapi, lagi seronok bila tengok stalls yang banyak di sana-sini..kan,kan,kan...(sudah berapa keping not anda yang melayang.hahaha..)


Friday, June 10, 2011

Catatan Pertapaan di KAHFI 2011 (part 2)

sambungan...


SEKITAR KAHFI UTARA

Kahfi Race

Barang Amanah

Last checkpoint


 Rasanya perjalanan KAHFI Race ni sangat kena dengan lirik nasyid Jejak (by Izzatul Islam) yang menjadi lagu tema KAHFI Utara. Meredah hutan dengan duri-duri di kiri kanan jalan, mengharungi sungai dengan bebanan yang tergalas di bahu cukup mencabar. Sebanyak 5 checkpoint perlu dilalui oleh para peserta seperti hafazan Al-Quran dan Hadis, ibrah dari sirah (sirah Abdullah Zul Bijadain), Drawing Time dan Cawan Terbang (nama rekaan sebab saya lupa nama sebenar modul ni). Time ni lah peluang untuk fasi mendekati dan berkongsi input dengan adik-adik.


Sembelihan

Salute kat adik-adik puteri yang menyahut cabaran sembelih ayam walau ada satu kumpulan yang kecundang, ayam jadi bangkai. Walaupun kecewa tak dapat merasa ayam sembelihan sendiri tapi itu juga adalah perancangan Allah kan dik. Allah mahu uji semua untuk redha (insyaallah semua redha) dan mahu kita belajar dari kesilapan.

War Game

Agak kelakar pada mulanya sebab penyerang ‘malu’ nak serang..hehe.. Tapi bila masuk 3rd round, wah..boleh tahan depa ni!


TEAM FASI


MEREKA..sahabat pilihan Allah

Diberi amanah sebagai fasilitator, pada awalnya terfikir juga bagaimana nak handle adik-adik yang ramai sedang kami hanya berlima. Namun, kuantiti sedikit bukan lagi halangan dengan adanya ukhwah dan kesatuan hati. Masing-masing berusaha memberikan yang terbaik agar program berjalan lancar. 

Sepanjang pengalaman menjadi fasi, rasanya inilah yang paling best. Disebalik jumlah fasi yang sedikit terselit hikmah Allah di situ. Ukhwah bertambah erat, kemesraan terasa hangat hingga kerja-kerja tidak terasa berat. Bukan saja dalam kalangan fasi, bahkan saya kira di pihak urusetia juga begitu.

Doa saya moga Allah terus memelihara ikatan hati antara kami. Perjalanan ini masih panjang dan banyak tugas-tugas yang menanti dihadapan. Dengan adanya ikatan hati ini, moga tugas-tugas melaksanakan Islam akan berjalan dengan lebih mantap.


KAHFI, IN MY OPINION...

Secara peribadi saya menganggap KAHFI ini bukan sekadar untuk adik-adik peserta bahkan medan untuk mendidik fasi dan urusetia juga.

Sudah hampir  5 bulan saya mengecapi kenikmatan berada di rumah setelah tamat Asasi di UIAM. Sesekali keluar mukhayyam (perkhemahan) begini dengan merasai sedikit kesulitan dan kesusahan, sedikit sebanyak telah mentarbiyah diri. Jika berada dalam dalam zon selesa membuatkan kita mudah lalai dan alpa. Maka, zon ‘kurang selesa’ itu perlu sebagai medan untuk mengembalikan kesedaran kita akan tanggungjawab terhadap deen Allah.

Melihat wajah adik-adik peserta yang dahagakan didikan Islam membuatkan saya jadi sedar akan tanggungjawab untuk memimpin hati-hati mereka mendekati  Allah. Tanggungjawab yang sedikit saya terlalaikan selama berada di rumah. Maka, saya perlu bina kembali kekuatan agar saya mampu mengajak diri serta hati-hati lain kepada jalanNYA.



AKHIRUL KALAM

Sungguh tiada apa yang mampu diucapkan melainkan lafaz hamdallah. Andai bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada-NYA, belum tentu kami mampu melaksanakan program ini dengan baik.

Jika ada adik-adik peserta yang tersentuh hatinya semasa mengikuti kem ini, hakikatnya Allahlah yang menyentuh hati mereka. Para fasi mahupun urusetia hanya mampu berusaha.


Kepada semua team KAHFI, moga Allah redha dengan penat lelah kita. Namun, redha Allah itu bukan datang sendiri melainkan dengan keikhlasan hati kita dalam bekerja.

 “Jaga keikhlasan, sebelum, semasa dan selepas bekerja”

Terakhir, moga Allah ampunkan segala kekhilafan saya. Takut andai ada keringat yang mengalir namun redha-NYA tidak bersama.


Catatan Pertapaan di KAHFI 2011

Bismillah walhamdulillah...


Memulakan catatan untuk bulan Jun dengan cerita dari Kem Merbok.






‘selesai sudah bertapa di KAHFI….’

 Ya, saya baru saja selasai ‘bertapa’ di KAHFI (Kem Asah Fakulti Insan) zon utara yang bertempat di Kem Merbok bermula dari 5hb (TOT) hingga 8hb Jun. Kenapa ‘bertapa’? Sebab orang bertapa akan tinggalkan segala kesenangannya. Samalah dengan saya, telah mengekangkan diri daripada rehat yang cukup, bilik tidur yang selesa, laptop dan internetnya serta segala bagai kenikmatan di rumah. Sungguh rasa jiwa sedikit terdidik (Alhamdulillah..).

Program 4 hari 3 malam ini  telah memberi satu kepuasan kepada saya. Puas sebab dapat berada dalam biah kem yang soleh. Rasanya dah lama saya tak berpeluang berada dalam suasana kem begini  dek berbagai halangan di kampus.


SEKITAR KAHFI UTARA

Credit to k.Nailah


Ice Breaking & Team building

Alhamdulillah dapat jalankan beberapa modul (ada modul baru). Modul yang menekankan kerjasama dan menguji kepekaan peserta. Mari saya kongsikan. Moga kalian juga beroleh manfaat. (kalau tak faham method yang saya terangkan tu maaflah ya..)

  • Siapa cepat dia dapat!!
Method : Bentukkan kumpulan mengikut arahan (Kalau kata 10, 10lah. Kalau semua, semualah)

  • Bulan Islam
Method : Berbaris memanjang mengikut kumpulan sambil berpegangan tangan. Setiap pegangan tangan itu seolah 'pintu gerbang' yang mewakili bulan-bulan Islam dengan 'pintu gerbang' pertama sebagai Muharam. Semua peserta dalam barisan itu perlu masuk ke dalam pintu gerbang mengikut bulan yang diarahkan fasi.

  • Stand Up!!
Method : Dalam keadaan berbaris memanjang, peserta perlu mendengar arahan dengan teliti. Jika fasi kata “2 stand up!”, 2 orang pertama dalam barisan perlu bangun. Kalau “3 stand up!”, 3 orang seterusnya pula bangun (sambung). Mana-mana peserta yang salah, out!.

Untuk pembahagian kumpulan, kami telah mengagihkan tali yang berlainan saiznya. Dalam keadaan mata terpejam, mereka perlu mengagak panjang tali itu. Seterusnya mereka perlu mencari teman lain yang sama panjang talinya tanpa menunjukkan tali tersebut (pandai-pandai la nak buat macam mana). Bila dibenarkan mengeluarkan tali, macam-macamlah reaksi mereka, ada yang sama, ada yang tak. Kemudian barulah mereka dipisahkan mengikut panjang tali yang sebenar.


Dalam kumpulan, beberapa modul lagi diperkenalkan yang berkonsepkan taaruf.
  •  Gayaku Gayamu
 Method : Setiap peserta perlu sebut nama mereka beserta gaya (trademark). Peserta lain perlu ikut.
  • Kita serupa tetapi berbeza
Method : Peserta perlu mencari sebanyak mungkin perbezaan dan persamaan antara mereka secara berpasang-pasangan.
  • About Me
Method : Peserta perlu sediakan soalan tentang diri mereka untuk diteka oleh peserta lain.


Lagi catatan dari KAHFI akan menyusul kemudian.
To be continued…




Wednesday, February 9, 2011

Final Exam + Baitul Muslim

Bismillah walhamdulillah...

Pagi rabu yang indah ini Allah masih memberi saya peluang menconteng-conteng di dinding blog ini..syukur..syukur...Ya, pagi ini memang indah kerana saya sedang bercuti (alhamdulillah..) !!
Emm..cuti la sangat tapi buku kena baca tau sebab hari ni dah start revision week (sebab tu la saya kata cuti, tak de kelas la katakan..hehe..). Tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum final exam bermula. Bila final?? 17hb Febuari...

Dah bersedia ke untuk final ni?? Jawapan saya, wallahualam....
Saya sedang mengumpul semangat yang hilang entah ke mana (tercicir di tengah jalan mungkin semasa saya pulang ke Penang beberapa minggu lalu). Aduh..finalnya tak lama lagi tapi masih belum punya semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan revision (bahaya nih). Walaupun teman-teman saya mengatakan "ko tak payah masuk exam pun tak pe. Carried mark dah bagus" tapi saya bukan nak sekadar lulus atau dapat B+, saya nak A dan A+. Maka, ada semangat atau tak de, saya tetap kena study jugak. Mohon doa agar Allah bagi kekuatan kepada saya untuk menghadapi gangguan-gangguan yang menghalang saya untuk study.

Di celah-celah revision week ni ada satu program menarik yang akan diadakan pada 12hb bertempat di UiTM Shah Alam. Hati sudah mula berbelah bagi. Nak pergi, tak nak, nak pergi, tak nak...dan akhirnya...ya, insyaallah saya pergi. Hajat utamanya untuk mendapat pengisian rohani sambil bertemu teman-teman dan senior-senior (especially k.Ruqayyah).  Moga pertemuan itu mampu menambah kekuatan sekaligus membantu peningkatan diri saya.




Meskipun semakin hampir dengan final exam tetapi rasanya tak salah untuk saya spend satu hari untuk menghadiri program tarbiyah sebegini. Sejak dari bangku sekolah, saya dan teman-teman selalu dipesan jangan kerana mengejar akademik menjadi alasan untuk lari dari tarbiyah. Dan jangan pula kerana ingin aktif dalam dakwah dan tarbiyah, akademik berciciran. Orang kata apa TAWAZUN. Ya,mesti ada tawazun, keseimbangan. Insyaallah beberapa hari sebelum program ini saya akan cuba pulun untuk cover beberapa subjek.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadirkan diri ke program di atas, silalah. Percuma tu tapi tempat terhad. First come first serve...

Doakan saya ya kalian..moga saya terus kuat dan sukses untuk Islam. Doakan juga agar saya dan teman-teman lulus dengan cemerlang (A) dalam 6 subjek ini : Mukhtarat Min Al-Hadith An-Nabawiyah, Madkhal Al-Fiqh wa Usul Fiqh, Al-Hadharah Al-Islamiyah, Intro. to Human Sciences, Computer dan Intro. to Critical Thinking.








Monday, November 1, 2010

~RAFEST 10~

1th -12th Nov- Blood Donation
7th Nov-"Rafest Night : Opening Ceremony"
8th Nov- Rafest Special Exhibitation
8th-10th Nov- Rafest One Stop Center and Book Fair
8th - 10th Nov- Rafest Special Demonstration
8th Nov- Shakespeare's Night
9th Nov - "The Originalty of Al-Quran"- Br. Lim Joi Soon
10th Nov- "Suci dalam Debu"(Rumah Pengasih)
11th Nov- Amazing Race
11th Nov- Talk ("Realiti Konspirasi"-Bro. Amin Idris)
12th Nov- Talk (Ï Love, You Sayang)
12th Nov- Adobe Photoshop
13th Nov- Yaumur Riadhah
13th Nov- Earth Hour IIUM Version

Yah..!!! Raudhah Festival (RaFest) kembali lagi..!! Pelbagai acara best menanti anda...Jom sama-sama kita meriahkan sambutannya...(ada bakat jadi promoter ke..??)

Bagi kalian yang pertama kali dengar tentang RaFest ni, apa yang saya boleh katakan ialah ini merupakan antara acara wajib dan tahunan di CFS IIUM. Hampir semua kelab dan persatuan yang ada di sini bergabung tenaga bagi memeriahkan sambutan RaFest. Kelab saya sendiri terlibat dalam program RaFest ini. Jika pada tahun lepas, kelab saya mengadakan Stand Cinema-"Ketika Cinta Bertasbih", pada kali ini insyallah kami akan mengadakan bengkel Adobe Photoshop pula.

Sebagai insan yang ditugaskan sebagai program coordinator  untuk bengkel tersebut (walau tak layak pun sebenarnya), saya akan cuba sedaya upaya untuk melincinkan dan melancarkan perjalanan program. Namun, hakikatnya saya tiada kuasa untuk itu melainkan Allah lah yang mengizinkan. Ya, saya benar-benar mengharap pertolongan Allah dalam mejalankan tugas-tugas ini. 

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??