Pages

Friday, June 10, 2011

Catatan Pertapaan di KAHFI 2011 (part 2)

sambungan...


SEKITAR KAHFI UTARA

Kahfi Race

Barang Amanah

Last checkpoint


 Rasanya perjalanan KAHFI Race ni sangat kena dengan lirik nasyid Jejak (by Izzatul Islam) yang menjadi lagu tema KAHFI Utara. Meredah hutan dengan duri-duri di kiri kanan jalan, mengharungi sungai dengan bebanan yang tergalas di bahu cukup mencabar. Sebanyak 5 checkpoint perlu dilalui oleh para peserta seperti hafazan Al-Quran dan Hadis, ibrah dari sirah (sirah Abdullah Zul Bijadain), Drawing Time dan Cawan Terbang (nama rekaan sebab saya lupa nama sebenar modul ni). Time ni lah peluang untuk fasi mendekati dan berkongsi input dengan adik-adik.


Sembelihan

Salute kat adik-adik puteri yang menyahut cabaran sembelih ayam walau ada satu kumpulan yang kecundang, ayam jadi bangkai. Walaupun kecewa tak dapat merasa ayam sembelihan sendiri tapi itu juga adalah perancangan Allah kan dik. Allah mahu uji semua untuk redha (insyaallah semua redha) dan mahu kita belajar dari kesilapan.

War Game

Agak kelakar pada mulanya sebab penyerang ‘malu’ nak serang..hehe.. Tapi bila masuk 3rd round, wah..boleh tahan depa ni!


TEAM FASI


MEREKA..sahabat pilihan Allah

Diberi amanah sebagai fasilitator, pada awalnya terfikir juga bagaimana nak handle adik-adik yang ramai sedang kami hanya berlima. Namun, kuantiti sedikit bukan lagi halangan dengan adanya ukhwah dan kesatuan hati. Masing-masing berusaha memberikan yang terbaik agar program berjalan lancar. 

Sepanjang pengalaman menjadi fasi, rasanya inilah yang paling best. Disebalik jumlah fasi yang sedikit terselit hikmah Allah di situ. Ukhwah bertambah erat, kemesraan terasa hangat hingga kerja-kerja tidak terasa berat. Bukan saja dalam kalangan fasi, bahkan saya kira di pihak urusetia juga begitu.

Doa saya moga Allah terus memelihara ikatan hati antara kami. Perjalanan ini masih panjang dan banyak tugas-tugas yang menanti dihadapan. Dengan adanya ikatan hati ini, moga tugas-tugas melaksanakan Islam akan berjalan dengan lebih mantap.


KAHFI, IN MY OPINION...

Secara peribadi saya menganggap KAHFI ini bukan sekadar untuk adik-adik peserta bahkan medan untuk mendidik fasi dan urusetia juga.

Sudah hampir  5 bulan saya mengecapi kenikmatan berada di rumah setelah tamat Asasi di UIAM. Sesekali keluar mukhayyam (perkhemahan) begini dengan merasai sedikit kesulitan dan kesusahan, sedikit sebanyak telah mentarbiyah diri. Jika berada dalam dalam zon selesa membuatkan kita mudah lalai dan alpa. Maka, zon ‘kurang selesa’ itu perlu sebagai medan untuk mengembalikan kesedaran kita akan tanggungjawab terhadap deen Allah.

Melihat wajah adik-adik peserta yang dahagakan didikan Islam membuatkan saya jadi sedar akan tanggungjawab untuk memimpin hati-hati mereka mendekati  Allah. Tanggungjawab yang sedikit saya terlalaikan selama berada di rumah. Maka, saya perlu bina kembali kekuatan agar saya mampu mengajak diri serta hati-hati lain kepada jalanNYA.



AKHIRUL KALAM

Sungguh tiada apa yang mampu diucapkan melainkan lafaz hamdallah. Andai bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada-NYA, belum tentu kami mampu melaksanakan program ini dengan baik.

Jika ada adik-adik peserta yang tersentuh hatinya semasa mengikuti kem ini, hakikatnya Allahlah yang menyentuh hati mereka. Para fasi mahupun urusetia hanya mampu berusaha.


Kepada semua team KAHFI, moga Allah redha dengan penat lelah kita. Namun, redha Allah itu bukan datang sendiri melainkan dengan keikhlasan hati kita dalam bekerja.

 “Jaga keikhlasan, sebelum, semasa dan selepas bekerja”

Terakhir, moga Allah ampunkan segala kekhilafan saya. Takut andai ada keringat yang mengalir namun redha-NYA tidak bersama.


No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??