Salam semua...
Just nak share this video..
sangat menggemari nasyid ini..
Teruskan doakan mereka...teman-teman kita yang terus berjuang di sana..
Showing posts with label Palestina Tercinta. Show all posts
Showing posts with label Palestina Tercinta. Show all posts
Thursday, June 24, 2010
Labels:
Palestina Tercinta,
video
Sunday, May 9, 2010
Sekitar di Stadium Melawati...
Alhamdulillah, setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah diberi kesempatan untuk berada dalam satu majlis yang cukup bersejarah, Perhimpunan Perdana Palestin yang telah selamat berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8 Mei 2010 (sabtu). Saya kira jarang sekali program sebegini diadakan di Malaysia. Program ini adalah hasil usaha sama NGO-NGO yang terlibat dalam program LIFELINE4GAZA termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).
Berhajat untuk memenuhi permintaan untuk menjadi penyambut tetamu pada majlis ini. Namun, disebabkan tidak dapat hadir awal kerana nama telah tersenarai untuk mengikuti rombongan Johor, niat itu terpaksa dibatalkan...(huu~)
Tak mengapalah, asalkan roh dan jasad dapat hadir sama..
Menurut info yang diterima, program bermula seawal jam 5 petang. Dan kami, rombongan Johor tiba sekitar jam 6:30 petang. Pada ketika itu, Shoutul Harokah sedang hebat beraksi di dalam stadium bersama para pemuda dan pemudi. Alhamdulillah sempat juga duduk sebentar di situ.
Ucapan Wakil-wakil NGO
before sesi ucapan
Seusai solat maghrib berjemaah (sangat full hingga susah nak mencari tempat), acara seterusnya pun bermula.
Wakil-wakil NGO mula menyampaikan ucapan masing-masing. Di mulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj. Noorazman bin Mohd. Samsuddin, Pengarah projek LL4G merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin. Perasmian pula telah disempurnakan oleh wakil Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mokhtar Hani yang merupakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.
Turut hadir memberi ucapan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Antara kata-katanya yang paling diingati:
" Jika Israel tidak membenarkan kami memasuki Gaza, kami akan menanti, dan bersedia untuk menanti dalam jangka masa yang lama. Bukan sahaja untuk membebaskan Gaza, malah Palestin dan juga masjidil Aqsa. Apabila telah bebas, kita akan bersolat besama-sama di Masjid Aqsa."
Tak lupa juga wakil Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga tampil menyampaikan ucapan.
Persembahan
Sesi ucapan telah diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan multimedia presentation. Saya rasa tersentuh bila melihat tayangan itu.
Wanita-wanita dan kanak-kanak dengan penuh 'slumber' dan berani berhadapan terus dengan tentera Israel. Meski luka parah, tapi semangat mereka tak pernah goyah. Huh..jauhnya kita nak dibandingkan dengan mereka.
Bertemu teman
Di celah-celah ribuan manusia yang hadir, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu teman-teman (Elah, Fahimah,Athiroh, Azimah, Tuyah,Jah Hassan, Dila, k.Sa, k.Edah, k.Raihana, k.Dila, k.Izzah dll).
Juga adik-adik tersayang (Aisyah, Dibah, Yumni, Ruzaini, Zati, Sabirah, Syudat dll).
Kerana mengejar masa, hanya sempat bersalaman dan bertukar-tukar khabar sahaja.
Kelihatan juga para ikhwah sesekolah yang sibuk dengan tugasan masing-masing. Moga kalian tsabat bekerja di atas jalan ini. Terasa bangga dan bersyukur kerana masih ada syabab dan fatayat yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan agama Allah yang kian dagang kini.
Tamat sudah..
Sekitar 11:30 malam, program pun berakhir. Sebelum itu, wakil-wakil pemuda tampil membacakan resolusi membantu perjuangan rakyat palestin diketuai Sdr. Anaqi (Presiden kelab HaluanSiswa) dan Sdr.Abdullah Omar (Presiden Karisma-JIM).
Cukup menarik, cukup bersemangat, cukup mantap. Itu saja yang mampu saya katakan. Kekurangan pasti terselit di mana-mana (tiada program yang 100% perfect..) namun jujur saya cukup berpuas hati. Alhamdulillah.
Tiba di Johor sekitar jam 5 pagi dengan sedikit keletihan dan kepala yang berdenyut-denyut. Almaklumlah, tidur dalam bas..Moga semangat untuk membantu perjuangan saudara-saudara di Palestin terus membara dalam diri (Inshaallah..).
Labels:
Palestina Tercinta,
Pengalaman
Friday, April 30, 2010
Project Lifeline4Gaza- SMTU AND Tabung Haji
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana telah memudahkan kami. Moga Kau berkatilah sedikit usaha kami ini.
Pagi tadi baru sahaja selesai Projek kutipan untuk Program Lifeline4Gaza. Destinasi pertama ialah Sekolah Menengah Tasek Utara. Di sana telah diadakan sedikit 'talk' oleh Cikgu Isahak bin Jaapar.
Saya tak sempat melihat keseluruhan audiens kerana ditugaskan untuk menjaga laptop. Namun, menurut salah seorang guru di situ, rata-rata pelajar kelihatan sedih dengan nasib yang menimpa saudara-saudara di Palestin.
Alhamdulillah, meski ada sedikit gangguan namun Allah tetap mempermudahkan urusan ini.
Mereka yang bersemangat mendengar..
Wakil Pengetua menerima sijil penghargaan daripada pihak HALUAN
Kesungguhan mereka membuatkan saya terharu...
Sempat juga bergambar bersama Pengarah dan warga kerja LTH.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Moga sedikit usaha yang kita sumbangkan akan membantu kita di 'sana'...^^
LIFELINE4GAZA-break the siege
note: Prepare for the next day..KiP Mart Tampoi..
Another place, Plaza Angsana.. Jom kita ke sana..!!
See U There..^_^ (Allahumma Yassirlana..)
Thursday, April 1, 2010
Adakah kita benar-benar PEDULI...??
Alhamdulillah..segala puji hanya layak utkMu ya Allah..Rabbul 'alamin.
Tatkala menyelak buku Peribadi Muslim karya Muhammad al-Ghazali, saya tertarik dengan dua hadis ini. Mari kita hayati bersama...
Sabda Rasul s.a.w :
Tatkala menyelak buku Peribadi Muslim karya Muhammad al-Ghazali, saya tertarik dengan dua hadis ini. Mari kita hayati bersama...
Sabda Rasul s.a.w :
"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat Allah akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankan"
(Al-Tabrani)
Dan hadis berikutnya berbunyi,
Sabda Rasul s.a.w :
"Sesiapa yang berjalan bersama orang yang dizalimi, sehingga dapat ditegakkan haknya maka Allah akan menetapkan tapak kakinya di atas Titi Siratal-Mustaqim pada hari yang tapak perjalanannya akan tergelincir"
(Al-Asbahani)
Bila terbaca hadis ini terus saya teringatkan mereka, saudara-saudara saya dan saudara-saudara kalian juga. Mereka yang nun jauh di daerah sana.
Betapa mereka berjuang saban hari tanpa kenal erti putus asa. Mereka tak pernah menyerah walau mereka dihentam teruk, tak pernah berundur walau sekatan demi sekatan ditimpakan ke atas mereka, tak pernah mengalah walau 'jiran' mereka, saudara-saudara seislam mereka masih ada yang enggan membantu malah menyokong pihak musuh untuk menentang mereka. Subhanallah, hebatnya mereka..Kerana keyakinan mereka pada janji Allah bahawa Dia bersama-sama orang yang berjuang. Berjuang menegakkan kalimahnya.
Saya renung ke dalam diri, apakah saya benar-benar peduli dengan keadaan mereka? apakah saya benar-benar menghayati perjuangan mereka lantas berjuang bersama mereka? adakah hati saya benar-benar bersama mereka atau sekadar mulut saja yang berbicara?. Huh..perlu muhasabah kembali.
Sedang 'melayan' lagu-lagu dendangan shoutul harokah dan yang sewaktu dengannya, saya masih berfikir:
"Bila dengar lagu-lagu macam ni rasa semangat je. Tapi, semangat aku ni atas dasar apa? Sebab lagu yang rancak atau..."
Saya takut semangat masa dengar je. Lepas lagu tu stop, tak berapa lama lepas tu semangat pun habis.
Bersempena dengan program Lifeline4Gaza Break The Siege, saya ingin mengajak semua pembaca blog yang saya kasihi untuk sama-sama mengingati mereka dalam doa kita dan membantu mereka dalam apa jua bentuk yang kita mampu.
Mereka di Palestin bukan sekadar berjuang membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis, tetapi untuk menyelamatkan ISLAM. Andai jatuhnya Gaza maka seluruh umat ISLAM akan merasai kesan.
Ayuh saudara saudariku, PELIHARALAH ISLAM dalam diri dan BANTULAH MEREKA dengan segenap kemampuan yang kita ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Man Ana...???
- Cahaya Kelapangan
- Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah





