Bismillahirrahmanirrahim.....semoga Allah redha dengan perjalanan hidup kita sehari-hari..
Alhamdulillah, hari ini baru terasa nak 'mengapa-apakan' blog ini setelah lama dibiarkan sepi
(lama ke...???) Syukur kepada Allah kerana kesibukan sedikit berkurang (sedikit sahaja).
Maka, masa yang singkat ini saya nak ambil peluang mencoret sambil meyapu debu yang
bertebaran di sini =).
Fikir punya fikir, akhirnya hati saya berbisik
"mungkin sebab aku belum minta kat Allah dengan sesungguh hati supaya dipermudahkan dan diberikan jalan untuk menyelesaikan assigment itu...."

Hakikatnya, dalam apa-apa urusan, sewajar kita bergantung kepada Allah dahulu. Teringat satu doa Rasulullah yang saya terima lewat mesej seorang teman,
Di antara doa Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya jika Engkau serahkan aku kepada jiwaku, bererti Engkau telah meyerahkan diriku kepada kelemahan, kekurangan, dosa dan kesalahan, dan aku tidak percaya kecuali dengan rahmatMu"(HR Ahmad)
Akhir kalam, mulakanlah apa jua pekerjaanmu dengan bergantung kepada Allah terlebih dahulu..
Moga Allah mudahkan urusan dan kerja-kerja kita....

No comments:
Post a Comment