Malam itu, saya berbual dengan teman sebilik di katilnya. Kelihatan beberapa buah buku tersusun di ats katilnya (kawan saya ni memang suka kumpul buku..). Dan saya, memang pantang nampak buku. Satu persatu buku itu saya belek hinggalah mata saya tertarik kepada satu buku ini -Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia (Be A Happiest Woman), Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni- .
"Dila, nak pinjam buku ni...", Dila pantas mengangguk sambil tersenyum.
Banyak sangat yang menarik dalam buku ini tetapi saya nak kongsi satu tajuk sahaja. Perkongsian ini saya tujukan kepada semua khususnya insan-insan yang sejantina dengan saya ^_^. Moga kita mampu menjadi insan yang lebih baik selepas ini...
JADILAH WANITA PALING BERTUAH DI DUNIA
Apa jua musibah yang datang menimpa, pada akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua.
Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedang kewangian budi pekertimu, anda lebih wangi daripada minyak kasturi. Dengan kerendahan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan, dan dengan kelembutanmu, anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan serta iffah dan maruah.
Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian takwa, anda akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mantel kesantunan, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda jalan berkaki ayam.Wanita paling bertuah adalah mereka yang hatinya tidak terikat dengan dunia.
Dunia itu hanya di tangan, bukan di hati.
Dunia itu diambil sebagai wasilah untuk beribadah, mendekatkan diri kepada Allah.
Oleh itu hai saudariku, mari kita berusaha menjadi wanita paling bertuah. Meski manusia tidak mengenali kita, cukuplah Allah dan seluruh makhluk langit mengenali kita,


No comments:
Post a Comment