Alhamdulillah, tinggal beberapa minit lagi sebelum saya bergerak ke Terminal Larkin, menaiki bas pulang ke CFS IIUM Nilai..Owh ya..sebenarnya saya telah pulang ke rumah sejak hari rabu lagi, tak ada kelas hari khamis dan jumaat..hehe..
"wah..heaven la kau.."kata kawan saya..Dan saya, senyum je la..
Ok, tak nak panjang cerita sekadar nak kongsi satu hadis yang sangat bermakna. Jom hayati..
Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya : Aku membonceng bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
"Wahai budak! Peliharalah Allah, kelak Allah memeliharamu, Peliharalah Allah, kamu dapati Allah dihadapanmu, kenalilah Allah dalam masa senang, Allah akan mengenalimu dlm masa kesusahan.Kalau kamu hendak meminta maka pintalah pada Allah. Kalau kamu mahu memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Sesungguhnya kalau semua orang berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu maka mereka tidak akan berkuasa memberikannya. Dan kalau mereka berkumpul untuk merosakkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditetapkan Allah ke atas kamu, mereka tidak akan melakukannya. Telah keringlah kalam dalam daftar lipatannya.."
Alhamdulillah, sempat juga menulis..sekadar peringatan untuk diri sendiri sebelum balik. Doakan saya selamat dalam perjalanan...
JUMPA LAGI......^__^

No comments:
Post a Comment