Pages

Friday, June 4, 2010

Selamat Jalan Mujahidahku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
mari lantunkan syukur kepada Allah yang masih memberi kita 'hari ini' untuk beribadah kepadaNya...
Mari kita gunakan saat ini dengan sebaiknya kerana kita tak tahu apakah sebentar lagi kita masih punya waktu untuk mengutip bekal sebelum bertemu denganNya.

Semalam, sedang mengemas dokumen-dokumen kelab, handphone di sisi memberi isyarat mesej masuk.
Sangka saya mungkin dari deputy president kelab kerana kami merancang untuk bertemu pada malam itu.
Namun, tatkala membuka dan membaca, saya jadi tergamam.

Salam'alaik ya akhwat. Sukar ana fwrdkn berita sdeh ni..shbh kita Jannah Sani dah dpanggil Allah..
accdnt d Langkawi.Al-Fatihah..-sender: k.izzah za'ba

Sebentar saja, inbox saya dipenuhi mesej dari teman-teman mengkhabarkan salah seorang dari kalangan kami telah dijemput pulang menghadap Rabbnya yang Tercinta. Sungguh, hati ini rasa tidak percaya namun itulah yang telah tercatat di lembaran takdir. Mudah-mudahan kepulangannya diterima oleh Allah.

Meski hanya setahun 3 bulan saya bersama-sama dengan dia dalam satu kelas semasa menuntut di Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah,Perlis sebelum saya berangkat ke Pahang, namun ukhwah yang terjalin tetap utuh hingga kini. Dan hati ini benar-benar merasai kehilangannya..

Sukar untuk saya melelapkan mata setelah menerima perkhabaran itu. Teringat kata-kata seorang teman (aina syafiqah), "Allah nak ingatkan kita yang lalai ni". Ya, benar sekali..Allah sedang mengingatkan kita. Statement 'kematian itu datangnya tiba-tiba' terasa sangat kebenarannya. 

Teringat pesan mak tatkala saya mengkhabarkan berita ini kepadanya,
"kakak, check balik ibadah kita macam mana..".
Sungguh, saya rasa gerun. Melihat kembali amalan-amalan yang telah dilakukan, terasa masih banyak kekurangannya, terasa terlalu sedikit bekal yang ada. Sudahlah sedikit, kualiti pula entah macam mana.

Pemergian saudari Jannah ini benar-benar mengetuk pintu hati yang sekian lama tidak bermuhasabah. Kadang-kadang terlalu sibuk berprogram, beraktiviti sampai hati sendiri tak sempat nak baiki, ibadah tak sempat nak tingkatkan kualiti. Apakah bekal yang akan ku bawa jika Allah memanggilku pulang..(gerun2..)

Buat ukhtiku yang dikasihi kerana Allah,
selamat jalan mujahidahku,
ku doakan moga Allah menerimamu,
menempatkanmu dalam kalangan hamba-hambanya yang soleh,
hamba-hamba yang mereka redha dengan Allah dan Allah redha dengan mereka.
Damailah dikau bersama Kekasih Tercinta,
moga kita bisa bertemu di sana...


p/s: boleh baca lagi di sini, sini dan sini

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??