Bismillah walhamdulillah...
(pesanan ikhlas : Post ini bukan tazkirah mahupun sesi muhasabah diri. Sekadar coretan santai cik Insyeerah yang sedang ber'honey moon' di rumah. Jangan rasa teragak-agak untuk menekan butang 'x' jika anda rasa tidak perlu baca..thank you..)
(pesanan ikhlas : Post ini bukan tazkirah mahupun sesi muhasabah diri. Sekadar coretan santai cik Insyeerah yang sedang ber'honey moon' di rumah. Jangan rasa teragak-agak untuk menekan butang 'x' jika anda rasa tidak perlu baca..thank you..)
BAKTIRIA!
BAKTIRIA?
Apakah?
Adakah
yang dimaksudkan itu bakteria dalam iklan susu vitagen?
Oh,
semestinya tidak.
BAKTIRIA
ini tak ada kaitan dengan bakteria apalagi susu vitagen (walaupun sebutannya
seakan ‘bakteria’)
BAKTIRIA
ini adalah slogan baru saya.
(Apa?)
Ya, slogan baru yang tiba-tiba muncul dalam minda semasa bersama mak di
dapur.
BAKTIRIA
ni singkatan kepada ‘BERBAKTI DENGAN CERIA’.
Alhamdulillah
selama beberapa minggu saya di rumah, termasuk hari ini sudah dua kali saya
membuat cookies. Bagi saya yang cukup malas bergaul dengan majerin dan tepung
kerana lebih suka berkawan dengan ikan, udang dan sayur-mayur, dua kali membuat
cookies merupakan ‘kejayaan kecil’ bagi saya (senyum lebar ^___^).
Seperti
yang saya katakan di atas, saya lebih gemar memasak lauk-pauk berbanding
kuih-muih, kek dan segala yang ada sangkut paut dengan majerin dan tepung. Jadi, setelah dua kejayaan kecil ini saya
sedar sesuatu bahawa saya boleh cuma ada sedikit rasa malas untuk mencuba yang
menjadi tembok besar cina yang menghalang untuk bergerak dan berubah. Dan, bila
kita mahu bergerak mulakan dengan ceria baru bersemangat!
![]() |
| Tembok besar kemalasan itu harus diruntuhkan..hiyak! |
Kali ini
saya mengadun bahan-bahan untuk membuat cookies bukan atas dasar terpaksa tetapi
lebih kepada rela. Bila kita buat dengan kerelaan maka akan lahirlah rasa
senang dan gembira dalam bekerja. Walaupun hasilnya mungkin kurang memuaskan
tetapi kita akan merasa kepuasan.
![]() |
| 1st attempt, oat roll cookies :) |
![]() |
| oat coklat 'tak berupa'..(don't judge cookies by its look :D) |
Akhir
kalam, marilah ‘BERBAKTI DENGAN CERIA (BAKTIRIA!)’ :D
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!
note : Insyaallah tahun ni tak perlu order cookies lagi sebab dah ada 'chef amatur' yang menggantikan 'chef mak' yang dah 'pencen' dari membuat cookies. Air tangan kita sendiri lebih terjamin halalan thoyyiban dari beli di luar kan.
Yang berusaha,





macam sedap :)
ReplyDeletenak jugak boleh?
rindu anti
kirim salam sayang ana pd mak anti.
masih di penang kan?
tengah cuti ke?
bleh2 dengan syarat kena bertandang ke rumah ana la..hehe..i'll make special cookies 4 u :)
Deletemiss u too my dear k.syam.
ana di penang dan masih cuti until hujung ogos..
mak ana selalu teringat time nti datang penang dulu..:)