Pages

Tuesday, July 24, 2012

I'm a 'Grannysitter' - Nenek Nenek si Bongkok Tiga

Bismillah walhamdulillah...

Saya kurang arif dengan tok. Entah jam negara mana yang dipakainya.
Masa orang tidur, dia jaga. Masa orang jaga dia 'qiamullail'.
Tapi, bila masa orang tidur dia jaga, dengan kita-kita pun berjaga sama.
Akibatnya, kesabaran merosot dengan banyaknya dek malamnya tak dapat tidur lena.
Ya, Allah lemahnya hamba..

Seperti menjaga anak kecil,
bila dia terjaga tengah-tengah malam buta,
diserunya nama kita,
temankan dia 'qiamullail,
bezanya anak kecil kalau mengangis boleh dikendong,
orang tua begini siapa yang larat mahu kendong,
Sungguh la syurga tu mahal harganya..

Agaknya memang betul lah lagu ni.

"nenek nenek si bongkok tiga,
siang mengantuk malam berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja"

Tok, tidurlah..
Usah dicari cucumu di malam hari.
Kita ketemu di siangnya sahaja ya..(andai saja dia dapat memahami...)

-gandakan sabarku ya Allah...-


No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??