Bismillah walhamdulillah....
CINTA FISHBALL???
Syukran kepada kalian yang masih sudi melawat ke teratakku ini...:)
Baiklah, hari ni post saya agak santai sikit. Just nak share satu cerita. Nak dengar tak? Ok2...sila ambil tempat masing-masing. Eh, jangan berebut, banyak lagi ruang boleh duduk.
Sebenarnya hari ni dalam kelas Critical Thinking, lecturer saya telah berkongsi satu cerita tentang seorang temannya. Temannya ini bekerja di sebuah kilang fishball di Pantai Timur. Entah macam mana si teman lecturer saya ni telah jatuh hati kepada seorang gadis yang merupakan anak bosnya yang juga rakan sekerjanya. Setelah lama berhubung, dia berhajat untuk melamar si kekasih hati. Bagaimanapun, lamarannya ditolak (kes tak dapat restu orang tua). Maka berdukacitalah dia lantas membawanya hatinya yang lara ke Utara tanah air. Setelah itu lecturer saya pun tak tahu apa yang terjadi kepadanya.
Pada suatu hari, lecturer saya telah berjumpa dengan temannya itu setelah sekian lama tak bertemu. Lecturer saya bertanya tentang keadaan kampung mereka di Pantai Timur (diorang ni sekampung rupanya..). Temannya mengatakan sudah lama tidak pulang ke sana. Cuma satu perkara yang mengejutkan kami ialah sejak 'clash' dengan kekasih lamanya, bukan sekadar nak makan, nak bau fishball pun tak boleh! (wahh...ni kes berat..).
Betapa kuatnya penangan CINTA...hebatkan..?
Sebenarnya, tujuan lecturer saya berkongsi cerita ni kerana ada kaitan dengan satu tajuk yang sedang kami bincangkan, "Barriers to Critical Thinking". Salah satu halangan untuk berfikir secara kritikal ialah "overpowering" iaitu orang yang terlalu emosi. Oleh kerana terlalu mengikut hati, teman lecturer saya ini sanggup berhenti kerja di kilang fishball itu dan merantau ke Utara. Bukan itu sahaja, bahkan tak mampu menjamah fishball kerana ada memori yang pahit untuk dikenang (oh,apalah nasibmu fishball.Manusia punya masalah kamu yang jadi mangsa.ish3).
wahh...sedapnya..pastikan ia halal ya..^^
Apa yang boleh saya simpulkan ialah:
~Kita perlu rational dalam tindakan dan bijak mengawal emosi. Jika tidak, diri kita yang rugi.
~Usah meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu perkara/ seseorang kerana ia akan mengecewakan kita apabila harapan itu tidak menjadi kenyataan.
Mungkin ada kesimpulan tambahan. Kalian tambah sendiri lah ye...^_^
~WALLAHUALAM~



Ada juga cinta begini ya. Sungguh unik manusia ini. Itulah penangan C I N T A
ReplyDelete~ BroHamzah
maka berhati2lah dgn cinta agar x memakan diri :)
ReplyDeleteadditional-
ReplyDeletex perlu buang dunia utk mengejar dunia
but,
do leave dunia utk kejar yg bukan dunia
=)
yes..u are right my dear...:)
ReplyDeletemoga Allah terus menjaga kita..