Salam ‘alaik..Apa khabar kalian semua? Dah start puasa 6? Dah? Wah, bagus tuu..Yang belum start, jangan lupa buat ye.. Saya? Oh, Alhamdulillah dah start buat. Selalunya jarang la saya start puasa time syawal ke-2. Tetapi, disebabkan tahun ni saya beraya di rumah saja, tak jalan ke mana-mana, jadi bolehlah start awal sikit.
Emm..cakap pasal puasa 6 ni kan, agak-agak apa hikmah Allah suruh kita puasa 6 ni ye?? Banyak? Ya, memang banyak. Yang dapat saya lihat antaranya ialah Allah tak nak kita ‘break mengejut’ (huh?)
Begini, cuba kita lihat kereta. Sebelum berhenti, kita kena perlahankan kenderaan dulu kan. Apa akan terjadi kalau tengah laju tiba-tiba kita break? Tak ke terkejut orang yang ada dalam kereta tu (ada jugak yang terhantuk kang..) Kalau ada kereta di belakang, alamatnya kena hentam la bontot kereta kita tu kan (opss..!! tu la sapa suruh break mengejut..)
Maka, begitulah dengan puasa. Allah s.w.t itu kan sangat baik. Selepas kita puasa penuh sebulan ramadhan, Allah perintahkan kita untuk sambung lagi 6 hari dalam bulan syawal. Selepas tu teruskan dengan puasa sunat 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Sebab apa? Sebab tak nak kita break mengejutlah. 29 hari ramadhan, 6 hari syawal kemudian 2 hari setiap minggu. Emm..kan cantik susunan tu.
Bayangkan time ramadhan kita punyalah pecut puasa sebulan penuh. Masuk saja syawal terus berhenti puasa (kononnya nak cover balik puasa ramadhan tu la).Hah, tak ke nampak macam break mengejut tu. Jadi, untuk mengelakkan kita daripada membreak secara mengejut, eloklah kita sambung dengan puasa sunat 6 hari di bulan syawal (6 hari saja..^^).
Selain itu, Allah juga nak didik kita untuk istiqomah. Setelah berpuasa sebulan ramadhan, kita tambah pula dengan puasa 6, kan nampak konsisten. Sebab itu seelok-eloknya kita tak bertangguh-tangguh untuk puasa 6.
Yang sebenarnya, Allah nak didik kita untuk istiqomah dalam semua sudut. Bukan setakat puasa saja, malah amalan-amalan lain pun kena istiqomah juga. Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari ‘Aisyah ra, Rasulullah telah bersabda: “Amal – amal yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang dawam (istiqomah) walaupun sedikit”. (HR. Bukhari dan Muslim). Tak nak hurai panjang tentang bab istiqomah ni sebab yakin semua dah sedia maklum tentang kepentingannya. Antara nak istiqomah dengan tidak ja.
Akhir coretan, sementara mood ramadhan masih ada, jom kita sama-sama buat puasa 6. Tangguh-tangguh, last-last tak buat. Kan rugi tuu..
![]() |
| Tengok, adik ipin pun nak posa..^^(ipin versi indonesia) |
Selamat Berpuasa 6 semua!! ^_^
note : 5 days to go!!! UIA, wait for me..!! (nervous la pulak =.=')




No comments:
Post a Comment