*Ini entri tertangguh. Memaksa diri untuk publish juga sebelum terlambat..huu~~
“Kakak, tolong syampu rambut tok. Sabun badan dia sekali”, pinta mak. Tangannya ligat memasang cadar yang baru dibasuh ke katil tok.
“Ok mak”, jawabku ringkas seraya mencapai botol syampu.
“Kakak, ingat ni mihrab ibadah”,ringkas saja ucapan mak tapi berbekas di hati.
Ya, tolong tok ni adalah mihrab ibadah, tak kan nak buat main-main. Keikhlasan dan kesungguhan perlu hadir dalam beribadah.
Kadang-kadang aku terfikir mengapa dia dititipkan oleh Dia kepada kami. Dan persoalan itu berakhir dengan jawapan, Dia mahu memberi ruang ibadah yang lebih kepada kami. Bukankah kebaikan yang diniatkan kerana Allah itu ibadah?
Bunyi macam best ja, mihrab ibadah,sumber pahala. Tapi Allah bukan bagi peluang ni senang-senang macam tu. Banyak ujian-ujian yang Dia hadirkan untuk uji sejauh mana layak untuk diberi syurgaNya (kadang-kadang jenuh nak bersabar jugak la).
Aku tak nafikan banyak kali juga aku gagal dalam ujian ni. Dan aku terfikir layakkah aku nak dapat syurgaNya dek gagalnya aku dalam ujianNya.
Aku kata pada diri, cuba memotivasi agar terus sabar dan ikhlas,
“usahalah untuk buat yang terbaik selagi peluang masih ada di depan mata. Nanti bila Allah dah ambil balik peluang ni, menyesal tak sudah pulak”
“usahalah untuk buat yang terbaik selagi peluang masih ada di depan mata. Nanti bila Allah dah ambil balik peluang ni, menyesal tak sudah pulak”
For the wrongs I've done,
For the anger I shouldn't have against her.
Ya Allah please give me strenght
to fight against my nafs...T_T


mihrab ibadah..nice!!buat peringatan untuk ana juga nasy..situasi kita hampir sama..syukran jazilan:)
ReplyDeleteto k.anim ku syg..
ReplyDeletek.anim pun dpt pluang jga org tua jgk ke??
alhamdulillah jaga wan..tp sekarang wan dah balik kg,,mmg ada cabaran sikitlah kan..kdg2 kesabaran tu makin nipis,tp bila baca post nash ni..sgt betul..sbb apa Allah titipkan dia kat kita..rasa nak balik pahang sekarang jugak :(
ReplyDeleteinsyaAllah moga peluang itu hadir lagi:)