Pages

Thursday, November 24, 2011

Mencari Keikhlasan dan Penghayatan

Bismillah walhamdulillah...




Biar berzaman orang berbicara tentang keikhlasan. Biar beribu orang berkata tentang penghayatan. Namun, saya tetap jua ingin berbicara tentangnya. Kerana apa? Kerana meski kita sering diingatkan tentang keikhlasan dan penghayatan, tak semestinya kita amalkan selamanya bukan?

Justeru, kali ni saya nak bicara tentang ini, khusus untuk diri sendiri terutamanya.

Sebenarnya, saya sedang muhasabah diri.
Sejak alam kanak-kanak hinggalah kini, sudah banyak program-program yang diikuti mahupun dikendali.
Terfikir sejenak. Dalam banyak-banyak tu, berapa percent saja yang saya ikuti dengan hati yang benar-benar ikhlas dan penuh penghayatan? Hadir program, dengar, buat aktiviti, seronok, kemudian balik. Tapi diri sendiri? Tertingkatkah atau tetap sama?

Mak pernah berpesan,
"kalau pergi program tapi bila balik diri tetap sama, tak ada peningkatan pada rohaniah dan jasadiah, rugilah kita."

Mungkin ada yang kata,
"kalau macam tu, tak payah pergilah".

No, no, no.
Kalau tak pergi, lagilah kita rugi.
Pergi. Dan bawalah bersama-sama hati.
Hati yang ikhlas dan penuh penghayatan dalam beramal.

Terdetik hati nak muhasabah setelah melihat senarai nama para peserta program (Allah izin jadi ajk pendaftaran ^^). Ada parents yang hantar anak dua tiga dengan bayaran seorang mencecah seratus. Masyaallah, besar pengorbanan mereka.

Teringat mak ayah yang telah laburkan duit untuk program-program sebelum ni terutamanya ketika masih dibangku sekolah (sekarang dah ada 'gaji'..hehe..). Insyaallah, pelaburan itu tak sia-sia. Pelaburan akhirat. Cuma kitalah, anak-anaknya. Kalau tak ikhlas dan tak grab sesuatu daripada program yang kita ikuti, kitalah yang rugi.

Only Allah knows in depth the sincerity in your heart


Akhir kalam, nak pesan pada diri,
"Ikhlaslah hati. Hayatilah diri. Moga apa yang dijalani membuahkan redha Ilahi dan memantapkan tarbiyah diri"

note : nak wish selamat berKMK kepada semua, daripada urusetia hinggalah peserta. May Allah
          bless us!! ^^

Wednesday, November 16, 2011

Lukisan Alam

Lukisan Alam
by Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan,
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu 
  
Terngiang-ngiang alunan nasyid ni di telinga. Sesuai sungguh dengan situasi saya. :)

Sebenarnya, awan mendung saya baru saja berlalu. Terasa kelam hidup. Sedih. 
Rupanya awan mendung itu sebentar saja. Kini mentari indah kembali menyapa. 
Ceria dan bersemangat semula. Alhamdulillah...(^_^)


 

Kadang-kadang Allah hadirkan mentari, 
cerah dan ceria terasa hidup ini.

Kadang-kadang Allah hadirkan pula awan mendung,
malah hujan dan ribut petir pun turut serta,
maka suramlah jadi hari kita.

Teman,
itulah kehidupan,
terkadang cerah,
terkadang suram.

Bila langit cerah,
segeralah bersyukur kepada Allah,
dan ingat,
langit itu tak kan selamanya cerah.

Bila awan mendung menyapa,
sabar dan kembalilah kepada-Nya,
dan ingat,
langit cerah akan muncul semula.

Langit gelap atau cerah,
semuanya milik Allah,
hadir sekadar menduga,
iman kuat atau lemah.

Apapun, SMILE SOKMO deh...^____^


Thursday, November 10, 2011

Wanita Cekal Itu Bernama Noorah

‘Saat dia mula mengenal Islam, kisah silam yang suram hanya tinggal sejarah, walaupun ujian datang dengan seribu wajah’
-petikan muka depan NOORAH -

Noorah. Muslimah yang berani, cekal dan tabah.

Saya mengenali nama Noorah lewat tulisan Ummu Hani dalam sebuah bukunya yang bertajuk “NOORAH”. Pada mulanya, saya tidak menaruh minat untuk membaca. Sangka saya ia sama seperti novel yang berlambak di pasaran. Namun, tatkala teman saya selesai membaca dan mengatakan “best sangat”, pantas hati saya tertarik.

Noorah,
adalah kisah realiti seorang muslimah berkulit putih bermata biru.
Kehidupannya tak henti-henti dihujani ujian baik sebelum mahupun selepas keislamannya.
Namun yang membuatkan saya kagum ialah dia tetap tenang malah mampu merubah ujian-ujian  itu menjadi motivasi terbesar dalam hidupnya. Rahsianya hanya satu, Iman. Imanlah membuatkan dia sentiasa positif dan selalu dekat dengan Pencipta. Kerana iman jualah dia mampu tersenyum dalam kelelahan, sabar dalam menempuh ujian, ikhlas dalam perjuangan. Dia sangat cekal. Ujian bukan alasan untuk berundur malah lebih bersemangat dalam melaksanakan kerja-kerja dakwahnya.

Noorah,
mengingatkan saya tentang erti iman dan perjuangan. Noorah telah mengajar saya erti kesungguhan dan kecekalan, sabar dan keikhlasan. Kisahnya buat saya tertarik kerana Noorah adalah watak hidup bukan imaginasi penulis semata. Kisahnya kisah realiti bukan rekaan. 


Sedikit tentang NOORAH

Dilahirkan di daerah bernama Hull di Yorkshire, United Kingdom. Dia yang diberi nama Kathryn pada awalnya membesar dengan baik di bawah jagaan ibu dan kakak-kakaknya. Namun, warna ceria zaman kanak-kanaknya pudar apabila keluarganya berantakan. Keadaan ibunya yang mengalami masalah mental akibat tertekan dengan sikap bengis bapanya menyebabkan Kathryn dan adik-beradiknya terpaksa dimasukkan ke rumah kebajikan.

 Kehidupannya yang penuh derita telah mencorak sikapnya menjadi nakal dan liar. Ketika masih belasan tahun, dia telah dimasukkan ke penjara kanak-kanak England atas rekod hitamnya di kebanyakan rumah kebajikan. Dia yang berputus asa terhadap agama sering menyalahkan Tuhan atas apa yang menimpa hidupnya.

Pertemuannya dengan Mr. Don  mengembalikan sinar harapannya yang pudar. Atas nasihat Mr. Don, dia berhijrah untuk berubah.  Bayangkan seorang gadis sekitar usia 18 tahun telah merantau ke sana sini seorang diri. Dari England ke Abu Dhabi hinggalah ke Bahrain. 

Di Bahrain, dia bertemu keluarga Khalefah yang mempamerkan akhlak Islam yang indah. Akhirnya, dia menemukan cahayanya yang hilang. Bukan di Bahrain, tetapi di kota London. Bagaimana dan mengapa di kota London? Jawapannya ada di dalam ‘Noorah’. Maka, sejak itu dia bukan lagi Kathryn tetapi Noorah yang bermaksud ‘cahaya’. Dia mahu menutup lembaran silam yang kelam dan membuka lembaran baru yang bercahaya dengan cahaya Islam.

Pun begitu, dia masih diuji. Suami yang menaruh hati sebelum mereka berkahwin telah hilang tanggungjawab sesudah mendapatkannya. Meraka berpisah. Namun, malangnya anak-anak di bawah jagaannya diculik dan dibawa lari oleh bekas suami. Selama hampir 4 tahun dia menanggung derita rindu. Kehadapan Allah dia mengadu dan bertawakkal setelah melakukan pelbagai usaha.

Cukuplah sekadar itu perkongsian saya tentang Noorah dan liku-liku hidupnya. Banyak lagi cerita-cerita lain yang menggugah jiwa terutama pengalaman pahit manisnya bersama Konvoi Viva Palestina dan jemputan Allah ke rumahNya. Ceritanya dikunjungi Rasulullah dalam mimpi yang memberi tanda beberapa perkara.  Juga kecekalannya dalam menghadapi kanser yang menimpanya disamping melayani karenah anak-anak yang pelbagai watak. 

Mahu tahu lebih lanjut, silalah dapatkan NOORAH karya Ummu Hani 
(rasanya kalau kalian baca sendiri mesti lagi feel dari dengar cerita orang  ^^)



Antara petikan kata-kata Noorah

“Maha Suci Allah, Kaulah yang membuka hatiku menerima hidayah-Mu. Kau juga yang menonton episode hidupku dahulu. Terlalu jahat aku untuk menerima anugerah ini, tetapi Kau Maha Pemurah dan Penyayang”.

“Moga cahaya Nabiku, Muhammad, akan menjadi teladan dalam hidupku pada episode yang baru bermula ini”
-ketika detik awal kembalinya Noorah kepada fitrah Islam-

"Ya Allah, aku membaca kalam-Mu setiap hari, tetapi aku membacanya sekadar hiburan jiwa. Tidak sedarlah aku bahawa al-Quran sedang mengajarku menghadapi realiti hidup, yang mana itulah tujuan utama kalam-Mu diberikan kepada manusia"

“CahayaNya ada satu tapi keburukan ada banyak wajah.”



Akhir Kalam





Tahniah buat kak Ummu atas tulisannya yang “hidup” dan mengesankan hingga berjaya membawa saya menghayati kehidupan Noorah.

Selamat membaca dan menghayati 'NOORAH' :)



Tuesday, November 8, 2011

Jom KMK !!

Cuti sekolah datang lagi. Boring melepak di rumah ?? Tak tahu apa nak buat??
Akak ada solusinya..^_~
Jom adik-adik kita join KMK..!!

Tentu ada yang bertanya, KMK tu apa kan??

KMK atau Kem Minda Kreatif merupakan acara tahunan anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).
Bertemakan "Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik", adik-adik akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. Sudah pasti ini akan menjadi pengalaman yang mengujakan.

Antara objektif KMK ini ialah :
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.


(Emm, macam menarik je. Buat kat mana kak?)

Untuk pengetahuan adik-adik, KMK ni diadakan hampir di seluruh negara.


KEM MINDA KREATIF PERLIS
19 - 21 NOV 2011
CHALET JABATAN PERHUTANAN BUKIT AYER



KEM MINDA KREATIF KEDAH 2011
25-27 NOV 2011
KEM BENDANG MAN SIK



KEM MINDA KREATIF PULAU PINANG 2011
28-30 NOV 2011
PULAKOPP, BUKIT MERTAJAM



KEM MINDA KREATIF PERAK 2011
25-27 NOV 2011
THE LERENG ADVENTURE CAMP AND RESORT, ULU CHEPOR



KEM MINDA KREATIF SELANGOR
26-28 NOV 2011
ASLI ADVENTURE BASE CAMP, HULU LANGAT



KEM MINDA KREATIF KELANTAN 
26-28 NOV 2011
SRI AUR VILLAGE, TELUNG, BACHOK



KEM MINDA KREATIF TERENGGANU
1-3 NOV 2011
PUSAT KOKURIKULUM MERBAU MENYUSUT, SETIU


KEM MINDA KREATIF JOHOR
25-27 NOV 2011
HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI II
....................................................................................................

Oh, kepada abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu, ayah-ayah, atuk nenek, pakcik makcik yang ada adik-adik, anak-anak, cucu-cucu yang bersekolah menengah, jemputlah uar-uarkan kepada mereka.



Hah, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang !!
Ceriakan cuti sekolah anda dengan KMK.
Jom KMK !! :)

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??