Aku,
mahu jadi tabah,
seperti para sahabiah,
di zaman Rasulullah.
Aku,
mahu jadi tabah,
cekal hadapi mehnah,
tak mudah lelah dan kalah.
Tapi,
bagaimana mahu tabah,
kalau iman pun lemah,
mujahadah pun payah,
dengan nafsu selalu kalah.
Allah,
aku malu pada Allah,
mahu jadi tabah,
tapi jauh dari Allah.
Bagaimanakah?
Ampunilah aku Allah,
limpahilah rahmah,
jua maghfirah,
tariklah aku Allah,
agar hati ini sentiasa di sisiMu.
note :-dengan ini saya merasmikan..ENTRI PERTAMA 2012..! (sebetulnya 2012 mahu start dengan
entri lain tapi entri ini yang keluar..emm..Insyaallah entri itu akan terbit seusai tamat exam..)
-tinggal dua paper lagi tapi tangan tetap gatal mahu menulis. Bukan apa, nak cari
kekuatan sebenarnya..Doakan saya moga dapat menjawab dengan 'anggun' lagi 'bergaya'
lillahi ta'ala (>.<)

insyaAllah...pertolongan Allah mengiringi.. ^_^
ReplyDeleteto Ckin Kembaq
ReplyDeleteya..itulah yang diharapkan..Tiada pertolongan melainkan dari-Nya..:)