![]() |
| mesej terakhirku untuk kamu [link] |
[Lagu Sound of Reason, Shoulder to Lean berbunyi]
Masuk kali ni, entah berapa kali mesejnya masuk. Dia yang tidak ku tahu siapa gerangannya tiba-tiba mahu berkenalan.
Ku abaikan mesejnya.
Ku abaikan mesejnya.
Beberapa minit kemudian, handphoneku menyala lagi.
-Kenapa diam. Saya ikhlas nak kenal dengan awak-
Wah..kepala sudah rasa sedikit berasap. Memang pantang betul aku bila ada gangguan-gangguan sebegini. Kalau di fb mungkin sudah kena ‘kick’.
Aku menarik nafas panjang. Istighfar.
Ya Allah, berikanlah ilham kepadaku untuk menyedarkan hambamu yang seorang ini.
Dengan lafaz bismillah mesej itu ku hantar. Moga ini menjadi mesej terakhirku kepada dia. Ku harap dia memahami pendirianku.
Awak, maafkan saya. Saya memang kurang berurusan dengan lelaki kecuali bila ada keperluan.
Ini prinsip saya sebagai seorang muslimah. Bukan mahu tunjuk baik cuma ingin menjadi yang lebih baik.
Ini ayat sehabis baik yang mampu ku taip. Sekadar menyatakan pendirian bukan mahu melukakan. Maaf. Noktah.
Dan benar. Itulah mesej terakhir yang ku hantar kerana tiada lagi respon daripadanya selepas itu.
Alhamdulillah…
Kadang-kadang kita perlu berani. Berani untuk menolak dan mengatakan tidak agar syara’ terjaga dan keselamatan terpelihara. Tak kira kita ini lelaki atau wanita.
Risau melihat berita-berita yang memenuhi dada akhbar. Gadis-gadis yang termakan pujukan dan akhirnya hilang kehormatan. Gadis-gadis yang ditipu dan dilarikan ke negara jiran. Sungguh aku sangat takut itu. Moga Allah memelihara kita daripada fitnah dunia.
Kepadamu ukhtiku, saudari seislamku,
Peliharalah akhlak Islam dan kehormatan kita,
Jangan mudah kalah dengan madah indah,
Bicara manis sang pemuda.
Ingat,
Lelaki yang baik itu tidak akan sengaja berbicara denganmu,
Melainkan hal yang perlu.
Kerana mereka faham apa yang Islam mahu.
Note : - Saya pantang lelaki yang 'serah leher' dan suka 'mengayat'. Terus hilang ke'macho'an dan
ke'hero'annya di mata saya.
Mungkin mereka rasa perempuan ni senang cair.
Tapi silap besar kalau perempuan itu adalah saya.
- Saya tak ada masalah nak berurusan jika ada keperluan.
Tapi silap besar kalau perempuan itu adalah saya.
- Saya tak ada masalah nak berurusan jika ada keperluan.
- Dunia akhir zaman. Susah nak meletakkan kepercayaan kepada orang lain.
Jadi, bila orang memberi kepercayaannya kepada kita, jagalah sebaik mungkin.


Saya suka satu perenggan dalam entri ini yang memberi saya ilham untuk menulis. nice sharing.
ReplyDeleteto CHE ROSSLI,
ReplyDeletealhamdulillah, ilham tu dari Allah...:)
semoga Allah memuliakan dan meredhai kammu sahabat.
ReplyDeletetanpa mehnah sebuah perjuangan itu tak meninggalkan jejak di kanvas perjalanan.^^
daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara
daripada secommon-common perkara sehinggalah seaneh-aneh tatacara.
semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah.
to Nur Deeni,
ReplyDeletejzakillah shbtku..kalammu indah sekali..buat ana rindu ^^, Apapun, sentiasa hajatkan kuntuman doa darimu sebagai kekuatan untuk diri ini melangkah..
syg kamu lillah..