Pages

Thursday, April 1, 2010

Adakah kita benar-benar PEDULI...??

Alhamdulillah..segala puji hanya layak utkMu ya Allah..Rabbul 'alamin.

Tatkala menyelak buku Peribadi Muslim karya Muhammad al-Ghazali, saya tertarik dengan dua hadis ini. Mari kita hayati bersama...

Sabda Rasul s.a.w :
"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat Allah akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankan"
(Al-Tabrani)

Dan hadis berikutnya berbunyi,

Sabda Rasul s.a.w :
"Sesiapa yang berjalan bersama orang yang dizalimi, sehingga dapat ditegakkan haknya maka Allah akan menetapkan tapak kakinya di atas Titi Siratal-Mustaqim pada hari yang tapak perjalanannya akan tergelincir"
(Al-Asbahani)

Bila terbaca hadis ini terus saya teringatkan mereka, saudara-saudara saya dan saudara-saudara kalian juga. Mereka yang nun jauh di daerah sana.







Betapa mereka berjuang saban hari tanpa kenal erti putus asa. Mereka tak pernah menyerah walau mereka dihentam teruk, tak pernah berundur walau sekatan demi sekatan ditimpakan ke atas mereka, tak pernah mengalah walau 'jiran' mereka, saudara-saudara seislam mereka masih ada yang enggan membantu malah menyokong pihak musuh untuk menentang mereka. Subhanallah, hebatnya mereka..Kerana keyakinan mereka pada janji Allah bahawa Dia bersama-sama orang yang berjuang. Berjuang menegakkan kalimahnya.

Saya renung ke dalam diri, apakah saya benar-benar peduli dengan keadaan mereka? apakah saya benar-benar menghayati perjuangan mereka lantas berjuang bersama mereka? adakah hati saya benar-benar bersama mereka atau sekadar mulut saja yang berbicara?. Huh..perlu muhasabah kembali.

Sedang 'melayan' lagu-lagu dendangan shoutul harokah dan yang sewaktu dengannya, saya masih berfikir:

"Bila dengar lagu-lagu macam ni rasa semangat je. Tapi, semangat aku ni atas dasar apa? Sebab lagu yang rancak atau..."

Saya takut semangat masa dengar je. Lepas lagu tu stop, tak berapa lama lepas tu semangat pun habis.

Bersempena dengan program Lifeline4Gaza   Break The Siege, saya ingin mengajak semua pembaca blog yang saya kasihi untuk sama-sama mengingati mereka dalam doa kita dan membantu mereka dalam apa jua bentuk yang kita mampu.

Mereka di Palestin bukan sekadar berjuang membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis, tetapi untuk menyelamatkan ISLAM. Andai jatuhnya Gaza maka seluruh umat ISLAM akan merasai kesan.







Ayuh saudara saudariku, PELIHARALAH ISLAM dalam diri dan BANTULAH MEREKA dengan segenap kemampuan yang kita ada. 

Saturday, March 27, 2010

::About Baitul Muslim::

Alhamdulillah...
Masih hidup rupanya aku hari ini. Syukur kerana jari-jemari ini masih mampu mengetuk papan keyboard (tuptaptuptap..).

Melihat post bulan ini hanya satu, saya jadi tersenyum. Barangkali inilah yang dikatakan kita merancang dan Allah juga merancang. Saya merancang untuk berkongsi itu dan ini, alih-alih satu post saja yang berjaya dipublish untuk bulan ini (itu ketentuanNya). Mungkinkah kerana kesibukan bekejar kesana-kemari tapi kemana saja saya pergi?. Paling jauh pun ke Perlis. Pulang ke rumah beberapa hari kemudian pergi Bangi pula, menghadiri seminar Baitul Muslim.

Setelah diizinkan Allah untuk menghadiri seminar tersebut, terasa nak kongsi apa yang telah saya dengar dan catat. Walau terasa masih jauh untuk melangkah ke 'zon' itu tapi tak salahkan berkongsi ilmu .
      -sharing is caring =)-

Menjadi impian setiap insan punya pasangan yang baik dan rumahtangga yang diberkati.
Menurut penceramah,
"Dalam pemilihan pasangan, kita tak perlu mencari tapi mintalah kepada Allah. Sekiranya kita tsiqoh(yakin) kepada Allah, Dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Kita mengharapkan rumahtangga yang dibina menjadi KUBU untuk memelihara Islam.

Kekalnya sesuatu bangsa ialah sejauh mana mereka mampu menyediakan generasi yang berpegang pada akidah. Musuh Islam sangat faham bahawa pentingnya pembentukan generasi yang berpegang pada akidah. Musuh sentiasa merancang bagaimana hendak memisahkan generasi akan datang dengan akidah mereka. Maka berlakulah pertarungan hebat antara kita yang bersungguh-sungguh membina generasi pewaris dengan musuh yang melakukan apa saja untuk melenyapkan akidah dalam jiwa generasi mendatang.
Islam sentiasa akan bertembung dengan jahiliyah. Maka, keluarga muslim adalah benteng dan wasilah utama untuk masuk ke medan ini.

Hah..nampak tu. Jangan ingat kahwin tu nak syok je. Ada agenda besar, agenda menyelamatkan AKIDAH. 

Perlu diingatkan bahawa “we get married to increase our iman. So, don’t start with sin”. Perhubungan antara lelaki dan perempuan tidak akan berlaku kecuali melalui jalur pernikahan.

Ingat..
Pilihlah pasangan yang akan menjadi SAHABAT DAKWAH yang baik, yang akan selalu mengingatkan bila lupa.

Saya suka kata-kata yang dikongsikan oleh penceramah ini,
“Seorang puteri muslimah sejati tidak akan menerima pemuda yang akan menjadi pasangan hidup kecuali dia adalah seorang muslim sejati yang mendukung DAKWAH ISLAMIYAH”.

Tambahnya lagi,
Perjelaskan tujuan pembinaan rumahtangga iaitu untuk meningkatkan iman dan sebagai sumber taqwa serta pahala.
Jadikan rumahtangga, PROJEKTOR yang akan memancarkan cahaya kepada orang-orang yang kebingungan.

Itulah serba sedikit yang mampu saya share. Nak tulis bebanyak penat pulak kalian nak baca. Segala perkongsian tu saya petik daripada slot 1 dan penceramah yang dimaksudkan adalah Encik Rosdi Baharom. Fikir-fikirkanlah ye..

Berbekalkan ketsiqohan kepada Allah, kosongkanlah hati kita dari mana-mana individu (harap faham ye istilah 'individu' ni). Dan sememangnya saya takut untuk meletakkan sesiapa di hati . Dari mata kasar mungkin si dia tampak baik, namun kita tak tahu siapa yang Allah takdirkan terbaik untuk bersama kita. Only Him know the best..Yang pasti terus berdoa..dan berdoa.

Akhir kalam, yang baik jadikan pedoman, yang buruk abaikan je la. 
                                                         ~Wallahualam~

                                              
note: ~ to k.Fathin Fadzil. Selamat mendirikan baitul muslim (lama tak ym ngan dia).
         ~sudah letih dengan usikan teman-teman (bawa besabar hai teman-teman sekalian, ana tak potong linenyer) 



Wednesday, March 17, 2010

..:Satu pengalaman, satu pengajaran-ALERT 2010 :..

ALERT 2010

Tersimpan pelbagai kisah,
suka dan duka yang kini tinggal sejarah..



Di sini..
aku belajar,
mengutip pengalaman,
mengasah bakat kepimpinan,
membina semangat berlandaskan iman..

Tragedi..
tiada yang menyangka,
namun itu ketentuanNYA,
 pasti ada tarbiyah dariNYA,
kerana DIA terlalu menyayangi kita..

Biar kekurangan beribu,
itu bukan halangan untuk terus maju,
asalkan kita mahu perbaiki kualiti dan mutu..

Teruskan perjuangan..

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH yang telah memberikan saya kekuatan, masa dan peluang menyumbang bakti dalam ProActive Leadership Retreat 2010 yang telah diadakan di Eagle Park Resort,Perlis baru-baru ini. Jika tahun-tahun sebelum ini saya hanya sebagai peserta namun kali ini ALLAH telah memilih saya untuk bersama-sama dengan barisan fasilitator. Pengalaman yang cukup berharga saya kira, alhamdulillah..

Melihat kesungguhan dan semangat adik-adik peserta, terselit kekaguman dalam hati. Moga-moga semangat kalian adalah berlandaskan iman. Sememangnya Islam memerlukan para syabab dan fatayat yang bersemangat dalam memperjuangkan Islam, bukan mereka yang berjiwa lemah (moga jiwa saya juga tidak lemah).




Tak banyak yang mampu saya coretkan kali ini..
Pesan saya moga ALLAH tabahkan hati hamba-hambaNya terutamanya mereka yang sedang diuji ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

* kita sama-sama berjuang... *

Buat teman-teman fasilitator khususnya bahagian akhawat, semoga ALLAH meredhai kerja-kerja kita. Segala yang telah dilalui pastinya menjadi pedoman berguna di masa hadapan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pertolongan kalian. Ya ALLAH..peliharalah ikatan hati-hati antara kami dan terus kuat untuk bekerja di jalanMU..

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??