Pages

Monday, May 16, 2011

Allah Knows Best




Aku tidak tahu bagaimana hari-hariku yang mendatang.
Apa yang  bakal aku tempuhi?
dengan siapa aku akan bersama-sama nanti?
akan tetapkah hati di atas jalan ini?
bagaimana akhir hidupku nanti?
sungguh itu semua di luar bidang kawalanku.

Yang aku mampu hanya berusaha dan berdoa.
Moga setiap yang terjadi aku mampu hadapi,
moga dia yang bakal berada di sisi,
mampu menguatkan langkahan kaki ini,
mengharungi ranjau perjuangan.
Moga aku sentiasa dipilih untuk berada di atas jalan Ilahi,
hingga hembusan nafas akhirku nanti.

Ya Allah,
aku serahkan urusan hidupku padaMu.
Hanya Engkau Maha Tahu,
akan rahsia hidup hamba-hambaMu.

note : Jangan pening-pening. Allah tau mana yang terbaik. Serahkan pada DIA...
          (don't worry, be happy ^^)

Monday, May 2, 2011

Dah bersedia ka????

Bismillah walhamdulillah...

Masyallah lamanya tak menulis. Post terakhir bertarikh 2 April dan hari ni dah 2 Mei, bermakna dah sebulan tak update. Apa sebab yang tak update2 ni? Busy atau malas? Jawapannya....saya sorang je yang tau,hehe...

Ok. Hari ni kita santai2 je sebab saya masih keletihan. Baru lepas ada event besar jadi keletihan tak habis lagi. Itupun petang ni kena keluar lagi. Ada minum petang bersama teman-teman ipt saya yang sedang bercuti. Sambil minum petang sambil isi hati, kan bagus tu.

Alamak, dah lari dari point utama post ni. Actually nak share this video milik saudara Anwar Hadi (sejak akhir2 ni suka tengok youtube channel milik bumiputera a.k.a orang melayu seperti anwar hadi, matlutfi dan lain2). Video ni sangat santai+sempoi tetapi punya mesej yang sangat bermakna untuk dihayati (tahniah bro anwar hadi di atas video yang bagus ini)



Apapun, enjoy this video dan ambil pengajarannya.
Ingat alamat di sini hanya sementara. Alamat tetap tu kat Batu 2, Jalan Bawah Tanah, Taman Pekuburan Islam, 00000, Negeri Darul Akhirah.



Saturday, April 2, 2011

Nyahkan riakmu

Nyahkan Riakmu

Riak yang bertandang,
bagaikan api,
membakar kebun amal,
hingga yang tinggal,
hanya abu yang berterbangan.


Riak yang bertandang,
laksana tembok pemisah di Gaza,
penghalang amalanmu sampai kepada Pencipta,
jadilah amalanmu sia-sia,
kerana Dia tidak menerimanya.


Nyahkan riakmu segera,
jika tidak ingin amalanmu,
menjadi habaam mantsura,
debu-debu yang berterbangan.

Insyeerah 2011

Syaitan sering meniup api riak, agar amal soleh menjadi rosak. Awasi hati !!


Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??