Pages

Saturday, August 15, 2009

Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kita

Dunia hari ini..terlalu mencabar. Dugaan dan godaan datang bersimpang-siur. Ada manusia kuat untuk menepis. Dirinya selamat. Namun, tak ramai manusia begitu. Mereka terjerat.


KELIRU
Kadang-kadang manusia keliru, antara teman dan lawan.
Yang mana harus dijadikan teman dan yang mana harus dilawan.
Juga keliru antara menjaga hati kawan atau mentaati perintah Tuhan, Allah S.W.T.
Dan keliru...antara yang selamat dan menjerat, yang benar dan sesat.



SUSAHNYA...
Bila keliru, manusia akan mengeluh. Baik dizahirkan dengan lisan atau sekadar bermain dalaman.
"Ahh..susahnya nak bezakan semua nih. Nak tinggal, sayang. Nak buat, takut salah. Aduss..pening".



KEMBALI KEPADA ASAL
Baiklah, beberapa soalan mudah nak tanya.

# kenapa kita ditakdirkan Allah hidup di dunia??
# hidup kita untuk apa?? untuk siapa??
# kemana kita setelah dunia ini ditinggalkan??




Fikirkanlah soalan ini baik2 dan cubalah aplikasikan dalam segala tindak-tanduk kita terutama bila kekeliruan menjelma. Kita ingin apa?? Gembira sementara di dunia atau bahagia selamanya
di akhirat sana??



indahnya dunia untuk sementara


INGAT
Terngiang2 suara emak di hujung handphone,
"Kakak, jagalah Allah. Allah pasti menjaga kita."
Maksudnya apa?? Jaga macam mana?? Takkan nak kena jadi bodyguard pula??
Bukan...memang Allah tidak memerlukan kita menjagaNya. 'Jaga' tu adalah jaga hak2 Dia dan selalu ingat Dia(adakah aku mengingati Allah sekarang?). Moga2 Dia akan menjaga dan selalu bersama kita.

Pasakkan dalam diri..
Jagalah (hak2) Allah, Dia pasti akan menjaga kita


"Kamilah pelindung2mu dalam kehidupan dunia dan akhirat, didalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta".
(Fussilat:31)

Sunday, August 9, 2009

RAMADHAN..aku merinduimu



Ahlan wasahlan ya ramadhan,
Ramadhan karim..

Masyaallah..beberapa minggu lagi kita bakal menerima kedatangan VVIP ramadhan.
Saya amat menantikan kehadirannya, walau hakikatnya syuur ramadhan itu masih kurang dirasai dalam diri ini.

emmm..saya menung panjang. Tak ada syuur lagi??
Ya Allah..ada sesuatu yang tak kena ni?
Salah siapa?
Suasanakah?
Teman2 sekelilingkah?

Ahh..diri sendiri. Segalanya bermula dari diri, dari dalam hati.
Saya tetap menanti. Dan syuur itu, akan saya cuba bangkitkan dalam diri.

Ramadhan..
Inilah masanya untuk memperbanyakkan amalan,
mengumpul kekuatan,
memupuk kesabaran,
melakukan perubahan,
mengeratkan persaudaraan,
Inilah masanya meningkatkan hubungan dengan Tuhan..

Ramai orang yang ternanti2 kedatangan ramadhan. Sebab apa??
"nak raya la", itu pulak jawapannya.. Sedih saya dengar.

Ada apa dengan bulan ini?? Apa yang istimewa sangat??

Terlalu banyak keistimewaannya..
Kalau nak tahu, carilah. Rasanya dalam internet ni pun banyak.
Kalau sempat, saya akan kongsi dalam post yang lain..(INSYAALLAH)

Ya Allah, pertemukan kami dengan ramadhan..

Karnival IKIM bersama peminat..

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan IKIM.fm,
Allah selamatkan kamu.." kumpulan saujana memperdengarkan lagu khusus untuk IKIM.

Selamat Hari Lahir IKIM.fm untuk kali yang ke-8.
Semoga Allah merahmati usaha2 yang dilakukan oleh pihak IKIM dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti karnival IKIM bersama peminat bersempena ulangtahunnya yang ke-8, dah darjah 2 orang kata. Nampaknya agak meriah sambutan karnival ini yang berlangsung pada sabtu,8 Ogos. Hinggakan peminat dariJohor pun ada.




Pintu utama



Saujana..macam pengantin aja gayanya


nowseeheart..lama x dengar cerita




aha..unic pun ada


alamak confuse pulak kumpulan mana, Haikal ke?



kumpulan paling popular..



sempat lagi bergambar depan pentas..

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan melukis dan mewarna (nak masuk tak cukup umur..huhu) dan pertujukan fesyen untuk kanak2, lelaki dan wanita. Terdapat juga jualan produk2 muslim yang semestinya halalan thoyyiban. Tak ketinggalan persembahan daripada artis2 nasyid. Antara artis yang terlibat
Saujana~Nowseeheart~Mirwana~Sofea~As-Saufee~UNIC~Lia Az-Zahra'~Raihan~Haikal~Far East~Muaz
Akhirnya dapat juga saya berkunjung ke sini. Boleh juga kenal wajah dj2 IKIM yang selama ni hanya dengar suara di corong radio saja.

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??