Pages

Friday, October 30, 2009

Ada apa dengan Harry Potter?!

Anda tahu novel bersiri Harry Potter? Ya, mustahil tidak..Tanyalah siapa pun, majoritinya akan menjawab "mestilah tahu". Saya sendiri pernah menjadi peminatnya(zaman sekolah dulu). Sejak kemunculannya sekitar tahun 1997, novel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hal ini telah mengangkat nama penulisnya dan dinobatkan antara penulis terkaya di dunia. Atas permintaan ramai, novel ini telah diterjemahkan ke lebih 63 bahasa.
Walaupun ceritanya hanyalah imaginasi sang penulis, bukanlah real story seperti sirah Rasulullah dan para sahabat, namun tetap mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dunia. Kaum muslimin juga tidak ketinggalan menjadi peminat setia siri Harry Potter ini. Ramai yang sanggup berhabisan duit semata-mata ingin mengumpul koleksi buku kesayangan mereka ini. Ada yang menganggap dengan membaca novelnya(english version) atau menonton movienya dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tak kisahlah apa pendapat kalian, saya ingin berkongsi sesuatu tentang ini.


Dalam keasyikan menatap novel ini, sebenarnya ada sesuatu yang perlu kita perhatikan. Di bawah ini adalah link artikel berkenaan dengan siri Harry Potter ini. Jadi, bukalah mata hati kita untuk melihat apakah disebalik siri kegemaran ramai ini.
Saya tidak melarang kalian untuk membaca atau menonton cerita ini, tetapi baca dan lihatlah dari kacamata IMAN. Moga kita, selaku seorang MUSLIM tidak mudah terpedaya dengan pelbagai perkara yang boleh mengaburi mata.

Wednesday, October 28, 2009

Semester baru, azam baru...

" Mulakan dengan azam baru,
Langkahan tekad dan padu,
Tajdidkan niat kerna ALLAH yang Satu,
Doa-doa dipohon,
Moga dipermudahkan segala urusanku,
Ayuh,
Teruskan perjuanganmu,
Hadapi segala mehnah di medan ilmu..."

~insyeerah, 26/10/09~


Alhamdulillah, semester kedua baru bermula. Gembira dapat bersua semula dengan teman2. Contact hour juga makin berkurangan kerana sedikit sahaja subjek yang perlu ditumpu (Arabic level 4 and Basic Theme of Al-Quran). Peluang yang ALLAH beri perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Banyak masa free bukan bermakna banyak masa rehat.

Semester baru, azam baru. Moga lebih bersungguh-sungguh, istiqomah dan sistematik. Ciptalah matlamat yang lebih jelas, untuk apa menuntut ilmu?
Biasanya awal-awal sem ni, masing-masing sangat bersemangat, betul tak? (n_n)
Ya, sangat bagus cuma kadang kala semangat tu tak bertahan lama. Bila semangat hilang, malas pun datang.

STUDI DENGAN IMAN
Sebenarnya dalam studi ni, bukan semangat je yang perlu. Paling penting IMAN. Semangat mudah pudar. Dengan Iman, ia akan me'ngawet'kan semangat kita. Bila ada IMAN, seorang pelajar akan lebih jelas dengan matlamat belajarnya, untuk apa? untuk siapa? nak capai apa?Sekaligus mengingatkan dirinya tentang kepentingan menuntut ilmu. Paling penting dia tahu, yang belajar ni IBADAH. Jadi, takkan nak main-main pulak kan? Macam solat la, kalau main-main, adakah ALLAH akan terima solat kita?
Sekadar ingin mengingatkan diri supaya tidak belajar kerana semangat sahaja. Belajar macam ni sama saja macam belajar ikut mood. Bila mood hilang, em...
AZAMKU
Moga sem ini lebih baik dari sem lepas. Perkemaskan urusan dunia dan urusan akhirat. Bina matlamat yang mampu dicapai(ukur baju di badan sendiri)..InsyaAllah..

Saturday, October 24, 2009

Mukmin juga diseksa...??!!

Hamdallah...
Puji hanya untuk Allah..
Tak putus nikmat walau seingkar manapun hambaNya..
Maha Pemurah dan Pengasihnya ALLAH..

Sudah berminggu-minggu ber'cuti' daripada meng'update'. Kenapa ya? Sibuk? tapi sekarang tengah cuti. Mungkin inilah yang dikata bila Allah tak izin, memang apa pun tak jadi. Dah plan nak update tentang pengalaman 6 hari berada di Terengganu sempena AGM IKHLAS pada 10/10(AGM tu sehari je) tapi sampai hari ini masih tak menulis apa-apa. Tak pe lah, dah lama berlalu kisah AGM tu. Dah sejuk. Tak sedap pulak nak hidangkan sekarang.

Sebelum saya berangkat semula ke medan ilmu yang telah ditinggalkan hampir 3 minggu, teringin nak kongsi sesuatu agar kita sentiasa beringat. Moga perkongsian ini akan menyedarkan diriku agar tak terus-terusan lalai.

Sekadar bergelar seorang muslim,mukmin bukanlah tiket untuk kita lepas daripada azab ALLAH di akhirat. Berdasarkan apa yang saya baca daripada buku karangan Imam Al-Qurthubi, RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT & KIAMAT, orang mukmin juga akan menerima balasan di akhirat kelak. Orang mukmin yang bagaimana agaknya?? Itulah mukmin yang lalai.

Balasan untuk orang mukmin itu berbeza-beza ikut amalan mereka. Ada yang lalai tentang solat hingga solatnya ditolak. Menganggap solat itu remeh berbanding urusan dunia. Ada yang buat tapi tidak serius, tak tepat waktu dan lain-lain. Mereka ini akan dipukul wajahnya. Kemudian solat mereka akan berkata: "rasakanlah, sekarang ALLAH menyia-nyiakan kamu seperti dahulu kamu menyia-nyiakanku"

Ada yang lalai dalam urusan zakat, hingga zakatnya ditolak. Mereka ni selalu mereka-reka alasan untuk tak kena kewajiban membayar zakat atau memberi zakat dengan terpaksa.

Ada yang lalai menunaikan puasa. Mulut saja kata puasa, tapi perbuatan tidak menggambarkan dia sedang berpuasa. Berpenat lelah menahan lapar dahaga tapi tidak menjaga tutur kata dan perbuatannya agar tidak melanggar batas syariat. Hasilnya, letih dan penat saja.(Teringat satu insiden pada ramadhan yang lalu, yang berlaku betul-betul dihadapan bilik saya. Sebuah kereta toyota dirompak ketika orang sedang menunaikan solat jumaat)

Ada yang lalai menunaikan haji, kerana ibadah itu dilakukan tanpa niat yang ikhlas atau menggunakan sumber yang tidak halal.

Ada juga yang lalai dalam berbakti kepada kedua ibu bapa dan banyak lagi...

Peringatan ini supaya kita lebih sedar dan sebagai motivasi untuk beramal dengan lebih tekun dan ikhlas.





Risau betul bila difikirkan balik.. aku mukmin yang bagaimana agaknya? Banyak betul lalai. Layakkah untuk syurga ALLAH?
Apa yang penting, JAGA IMAN dan AWASI DIRI agar tak terperangkap dalam jerat MUSUH..




Moga ALLAH bantu kita untuk memperbaiki diri..
~ INSYAALLAH~

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??