Pages

Tuesday, June 5, 2012

Belon

Bismillah walhamdulillah...

Bagai belon, terawang-awang tanpa arah tuju [kredit]




 

Solat tanpa kusyuk itu,

seperti belon saja.

Nampak menarik di luar,

namun kosong di dalam.

Melayang di udara tanpa arah tuju,

Hanya mengikut angin,

Ke arah mana di bawa,

Akhirnya pecah begitu saja.

-insyeerah-

Muhasabah. Solat bila hilang kusyuk, seperti diawang-awangan saja, tak ubah macam belon kat udara. 
Bangun duduk, bangun duduk kemudian bagi salam.
“Eh, dah habis”.

Allah..
Apa aku buat ni?
Bangun duduk, bangun duduk tapi tak dapat apa-apa.
Tak ada kesan pun di hati apatah lagi nak ada kesan dalam amal.
 Ruginya.

Solat itu rehat. Rehat untuk hati dan minda.
Tinggalkan sebentar urusan dunia yang memenatkan.
Usah dibawa ke dalam solat.
Tenanglah, kusyuklah.
Rasailah betapa dekatnya Allah denganmu,
Di saat berdiri, rukuk, duduk dan sujud.

Benar.
Kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi selalu)
Sukar benar untuk kusyuk.
Banyak sebab yang perlu kita muhasabah.
DOSA.
Inilah penghalangnya.
Yang selalu mengganggu keenakan kusyuk kita.
Yang meragut fokus saat mahu berdua-duaan dengan-Nya.

Maka, mari muhasabah teman.
“lantaran dosa apakah hingga aku jauh dari-Mu Tuhan?”

Note : - Seakan terlupa pada ‘teman baikku’ ini. Sudah hampir dua tahun ya kita ber’sahabat’.
               Maafkan aku kerana lama tidak bercerita denganmu, Catatan Insyeerah.

             -Salah satu cara terbaik untuk remind diri ialah dengan menulis (menulis untuk diri).


Wednesday, April 25, 2012

Tholibah Mumtazah

Bismillah walhamdulillah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Malas berusaha,
Study asyik last minute saja,
Habis exam semua lupa.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Ibadah tak jaga,
Hubungan dengan Allah biasa-biasa saja,
Lebih banyak lalai dengan dunia.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau,
Matlamat hidup tiada,
Hari-harinya aci redah saja,
Tiada planning semua buat ikut suka,
Dunia tak dapat akhirat entah kemana.

 Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Asyik sia-siakan masa,
24 jam Allah bagi rasa tak cukup,
Sebab bazirkan untuk dunia.

 Nak jadi tholibah mumtazah,
Hasrat saja tak jadi tanpa usaha,
Kejayaan bukan angan-angan,
Pintunya perlu dibuka,
Bukan menunggu ia dibuka..

11.13 p.m,
240412,
ghurfati jannati,
IIUM

-stop dreaming!! start planning..!! Qum ya nafsi!!-
 (Sekadar nota 'pukulan' untuk diri..Diri yang nak berubah tapi malas berusaha..Allahurabbi..=.=')

note :- Jujur, masih jauh untuk digelar tholibah mumtazah. Moga kata-kata mereka menjadi doa
           (kalau sebut 40 kali Allah makbul kan? ^^,)  
         
         -Tholibah Mumtazah = Pelajar (perempuan) cemerlang

Tuesday, April 10, 2012

Tiadalah Sesuatu Tanpa Izin-Nya

Bismillah walhamdulillah...

Pulang dari kelas memandu dengan hati berperisa sedih dan kecewa. Entah di mana silapnya, saya asyik gagal saja di bukit. Walhal, dalam kelas-kelas sebelum ni, bukit la yang paling saya berjaya dengan jayanya (hehe). Saya kira mungkin kerana hampir 3 minggu saya tak pegang stereng, jadi ada sedikit cuak dan janggal di situ (benda dah lama tinggal). Namun alhamdulillah, parking dan tiga penjuru saya mampu buat (boleh la tersenyum sedikit ^^,).

Dalam kepenatan saya muhasabah. Apa yang tak kena dengan saya hari ni? Di mana silapnya?
Saya minta Allah tunjukkan silapnya dan oh, saya sudah jumpa. Silapnya di situ, persediaan saya.

Persediaan paling utama adalah kebergantungan hati kita kepada Allah. Saya akui saya kurang berdoa hari ni. Berdoa minta dipermudahkan urusan belajar, mudah memahami dan menangkap setiap apa yang diajar, mudah dan lancar dalam pergerakaan. Ya saya kurang minta itu!

Mungkin kerana ini kelas yang ke-empat dan saya agak overconfident di situ memandangkan kelas-kelas sebelum ni saya selalu pass dengan jayanya (tu la sapa suruh tak dengar pesan cikgu "jangan overconfident"). Kalau selalu, daripada sebelum keluar bilik hingga dah pegang stereng, doanya tak putus-putus dalam hati.

Sehebat mana pun kita, semantap mana pun persediaan kita, tanpa izinNya tak ke mana jua. Saya nampak itu pada diri saya hari ini. Dekat bukit saya mahir dengan kaedah 3-2-3 tapi Allah izin saya tak boleh buat. Kecewa la jugak kan sebab selalu kita boleh tapi hari ni tak.

Akhir kalam, saya kira Allah sedang berbicara sambil meraih saya dalam dakapan-Nya. Berbicara bahawa "kamu itu hamba-Ku. Seluruh hidupmu dalam genggamanKu. Mengapa kamu tinggalkan Aku sedang Aku sentiasa ada untukmu. Usah rasa diri besar bila dah pandai kerana kepadaian itu pun dari Aku dan Aku berhak mengambilnya."

Selepas ni ingat ya, dalam apa-apa hal pun Allah tu nombor satu. Faiza azzamta fatawakkal 'ala Allah.

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??