Pages

Thursday, April 16, 2009

Planning oh planning...

Seusai tamatnya SPM,ramai teman2 bertanya,
"nk wat ape lepas ni??".em..ape yer?.
Saya mula mencongak2 sesuatu lantas mencoretkannya di dalam buku catatan.'My Planning After SPM'.Teman2 lain juga begitu,sibuk merancang.Ada nak mengajar, nk jd student lagi (masuk kursus komputer,arabic,menjahit dll),ambil lesen dan seumpamanya.Masing2 berazam tak mahu melepaskan waktu begitu saja.

Alhamdulillah,planning ku juga ada yg tercapai.Salah satunya ialah mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab,Dakwah dan Kepimpinan(KIBAR) anjuran RMC Training Center dgn kerjasama MATRI.Best sangat..Nak cerita??Nantilah..di lain episod.

Selepas tamat kursus(3 bln jer),otakku berputar lagi.
"kursus dah abih,ape pulak plan lepas ni??".
Sekali lagi bukuku menjadi 'mangsa'.Tulis punya tulis baru ku ingat,
"Hah..!.Kita hanya merancang,Dialah penentu dan ketentuanNya adalah yang terbaik".
Senyumku sinis,tengoklah nanti mana yg tercapai.

Kini,dah hampir sebulan kat rumah.Inilah masanya nak bersama famili setelah 5 thn berpisah(ceh,mcm lah x jumpa langsung).Selama ni,duduk di asrama,bergelut dgn studi dan pelbagai taklif yg Allah beri.Jadi,inilah masanya nak betulkan mana2 'urat yg silap',nak jernihkan balik hati dan fikrah.Kalau tak guna masa ni sebaiknya,ish2..bukan saja boring malah rugi.

Maka,saya pun mula berkhidmat sbg 'housemaid' di rumah,tanpa gaji.Tak pa,pahala menanti, he..he.Asalkan ikhlas,Insyaallah.Oleh kerana diriku juga seorng 'ulat buku',apalagi..mulalah diselongkar 'library' milik ibu.Ku capai buku2 yg kurasa menarik utk dibaca.Huh..inilah penemanku selama di rumah ini.Alamak,dah banyak buku ambil jadi 'rambang mata pula'.
Dah pegang yg ini rasa nak baca yg itu.Aduh..So,kenalah planning lagi nak baca yg mana dulu.

Bila dah lama duduk kat rumah,rasa mcm tak tersusun je jadual hidup.Dekat sekolah pandai pulak disiplin,ni kat rumah camne plak??.Oh..Islam itu tersusun walau dimana kita berada.
Tak boleh jadi,kena buat pla...(sambung sendiri) jugak.

Whatever we do,wherever we are, planning is important..(betul x ni?)
"Kebenaran yg tidak tersusun akan mudah ditumpaskan oleh kebatilan yg tersusun"
Rancanglah hidup sebaiknya.Pastikan syariat yg utama.Rancanglah ikut kemampuan agar mampu dilaksanakan.Andai hidup tidak dirancang,maka jahiliyah telah bersedia utk merancangnya.Awas!! jika perancang hidup adalah jahiliyah,anda sebenarnya dlm BAHAYA!!
Be Careful..

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??