Pages

Saturday, May 16, 2009

16 mei datang Lagi...

Kali ini, saya tak ingin berbicara panjang tentang erti hari guru. Semua sudah arif tentang sambutan ini. Cuma saya sekadar ingin menyingkap tabir silam, berkongsi pengalaman dan kenangan.

* * * *

Hari Guru tahun 2008 disambut meriah. Kali ini, saya bersama beberapa orang teman2 yang lain diberi amanah sebagai ajk hadiah dan cenderahati..Pening jugak berbincang apa yg ingin diberi..
Ketika semua terhibur melihat persembahan pelajar tingkatan 5 lelaki, beberapa orang pelajar tingkatan 5 puteri melihatnya dengan hati sayu..

"Nie, ni tahun last kita sambut hari guru kat sini." saya menatap teman disebelah. Dia senyum sambil melepaskan sedikit keluhan.

"Tak sangka tahun last dah yer.."Nie atau Safwah Adyani membalas tenang.
Ya tahun terakhir, selepas ini saya tidak pasti berkesempatankah lagi meraikannya di sini. Tetapi tidak bermakna segala kenangan akan berakhir dan mutiara tarbiyah akan tetap bersinar. Terimbas kenangan 2 tahun lepas.


* * * *
16 mei 2006, ada sejarah yang terlakar pada tarikh itu yang tak mungkin dilupakan oleh 4 generasi awal SMAKL ..Hari itu termasuk minggu exam, bermakna tiada sambutan besar-besaran. Sambutan akan dilewatkan sedikit bagi membolehkan para pelajar menjalani exam dgn tenang. Hanya sekadar ucapan "SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHER'S DAY, 'AIDUL MUALLIMIN" meniti di bibir para pelajar.

Petang itu, seperti petang2 biasa..Cuma langit sedikit mendung. Perlahan2 awan hitam mula berarak menutupi terik mentari, menjadikan suasana kian gelap.

Azan asar mula berkumandang, seiring dengan itu angin mula berhembus kencang.Petang itu, saya dan beberapa teman perlu membuat sedikit tugasan membersih papan kenyataan yang berada di kantin. Seusai solat semua pelajar diarahkan bergegas pulang ke asrama memandangkan cuaca yang kurang mengizinkan. Semua permainan pada petang itu ditangguhkan.

"Macam mana ni kak Syamila? kitorang kena bertugas petang ni", ku bertanya dalam nada gusar.
"Tak payah buatlah. Cuaca tak elok. Bahaya", saya dan teman2 yang bertugas menarik nafas lega atas jawapan kapten asrama itu.

Dan seketika telinga ini menangkap bunyi yang sungguh kuat. Kedengaran juga bunyi benda2 berlaga.

Cuaca semakin buruk. Angin kencang berhembus bersama gumpalan awan hitam beserta suara guruh kilat yang berdentum-dentam menghasilkan suasana yang cukup menggerunkan, membuatkan pelajar puteri sedikit ketakutan berampur panik.
Bunyi atap2 zink kantin dan surau menandakan angin ini memang kuat. Masing2 duduk berhimpitan sambil bibir tak lekang dari zikir dan istighfar. Beberapa orang kakak senior cuba mententeramkan keadaan. Semua pelajar diarahkan masuk ke dalam halaqah untuk membaca al-Quran. Saya mengambil peluang ini mengajak adik2 halaqah mengkoreksi diri, muhasabah atas apa yang sedang terjadi. Ada air yang mengalir dari tubir mata mereka. Tak pasti apa ertinya, takut atau insaf.

Saya sempat menjeling keluar. Subhanallah...angin sungguh kuat menyebabkan pandangan sedikit kabur.
Ya Allah selamatkan kami, ampuni dosa kami.

"Pranggg!!" bunyi itu mengejutkan kami. Seraya bibirku beristighfar. Bunyi itu datang dari arah kantin..Innalillah..tamat sudah riwayatnya. Papan kenyataan yang sepatutnya saya bersihkan tumbang menyembah lantai. Bunyi kaca berderai menandakan saya tidak berpeluang menggilap cerminnya lagi. Setahu saya, papan kenyataan itu baru sahaja 'berkhidmat' di sekolah.

Beberapa lama kemudian, angin mulai tenang.Yang tinggal rintik hujan dan guruh sahaja. Beberapa orang pelajar termasuk saya bergerak keluar, melihat kesan2 akibat penangan ribut.
Kelihatan sebuah kerusi yang asalnya berada ditengah2 dataran terpelanting ke luar pagar sekolah.Talam2 yang berada di kantin turut melayang jatuh ke dalam parit di sebelah pagar sekolah.

Kumemerhati blok aspuri, ada sedikit atap bumbung yang hilang. Blok aspura lebih teruk diuji. Hampir separuh bumbung hilang. Ya, Allah menguji mereka kerana Dia tahu mereka adalah syabab yang tabah, Insyaallah..

Dan esok, diisytiharkan cuti. Ada secalit gembira di wajah para pelajar. Namun tidak bermakna boleh rehat2 sahaja. Maka, bertungkus lumuslah para pelajar membersihkan kawasan sekolah dan asrama.

"Dan kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar"
(Al-Baqarah:155)

Sesungguh hari ini, tarikh ini, 16 mei 2006 akan terus tersimpan kemas dalam kenangan. Satu tazkirah yang cukup berkesan pada diri. Hadiah hari guru berupa peringatan Allah kepada warga SMAKL 2006.
-SELAMAT HARI GURU-

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??