Pages

Wednesday, July 15, 2009

Exam + Cuti

Minggu ini...ahh mula terasa sibuk sedikit berbanding minggu2 sebelumnya(sikit jer). kuiz arabic dan presentation english. Tambahan minggu ini mid-term exam akan bermula.Walau hanya 3 subjek (english-18/7, arabic-1/8 dan religion in Malaysia-1/8) namun kerisauan tetap bergayut di hati.

Akan tetapi kerisauan itu sedikit terubat.1,2,3...,4 hari lagi cuti semiggu akan bermula (18-26/7), cuti dicelah-celah minggu exam. Saya pelik?,masa di sekolah dulu saya tak berapa peduli tentang cuti tapi di sini, saya sangat mengharapkan cuti. Kenapa??..kerana saya memerlukan sesuatu dalam cuti ini kerana terasa sedikit tandus dalam diri. Inginkan sesuatu yang dapat men'top-up'kan iman, meningkatkan antibodi diri dalam menghadapi virus jahiliyah yang kian menular,yang lebih bahaya dari H1N1. Sedihnya ramai yang tak sedar..

Saya merindukan kalam bicara bonda dan ayahanda, moga dapat membangkitkan jiwa yang sedikit lesu dan letih.
Saya rindu untuk menatap kembali catatan2 tazkirah yang disalin dengan tekun semasa di bumi tarbiyah dulu.

Hakikatnya, tiada istilah letih dalam kamus hidup daie (betulkah??). Perkara ini perlu diproses terlebih dahulu dan proses itu lama hingga ke hujung nyawa. Tak dinafikan adakala letih, lesu dan malas itu datang, normallah pada saya. Tetapi tak boleh terus menyerah, kena ada usaha untuk bangkit dari kelemahan itu. Usaha itu ada pelbagai cara, boleh fikir sendiri kot =).

Oh, tak boleh berlama di sini. Ada tugas belum selesai. Esok presentation, moga Allah bantu.. Rabbi yassir wa la tuassir ya karim..

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??