Pages

Tuesday, September 15, 2009

Kepulangan anak perantau

Balik kampung..hohoho balik kampung,
hohoho..balik kampung hati girang..



"Raya mana tahun ni?", antara soalan wajib setiap tahun untuk saya.
Mana?? of course la balik Seberang Perai,PENANG, kampung halaman tercinta merangkap tempat kelahiran saya.


Setelah sekian lama merantau bersama keluarga (rasanya dah 'tawaf' satu semenanjung), tidak dapat dinafikan tempat kelahiran ku juga yang best (hehe..orang negeri lain jangan jealous). Maksud saya bukanlah negeri lain tak best tapi Penang ni lebih dekat di hati ini. Yelah dilahirkan dan dibesarkan selama 8 tahun di sana.

Aduh..penat merantau ni. Bermula dari Penang seterusnya ke Perlis. Setelah hampir 5 tahun di sana berpindah pula ke Pahang dan belajar di Terengganu. Sekarang di Johor dan sambung pengajian di Nilai. Dalam keletihan dan kepenatan berhijrah ke sana ke mari, terselit pelbagai pengalaman yang sangat berharga. Kerana itulah Allah menyarankan agar kita berjalan di muka bumi-Nya supaya kita dapat merenung dan menghayati setiap kejadianNya. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan segala yang berlaku disekeliling kita terkandung tarbiyah Pencipta.

Dah tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke kampung, bertemu tok dan tok wan, segala pak sedara dan mak sedara juga sepupu sepapat. Oleh kerana kampung ibu bapa saya di negeri yang sama dan jarak antara keduanya lebih kurang 20 minit saja(bukit mertajam dan permatang pauh), maka bolehlah saya beraya sekaligus pada satu syawal .




pak tam dan pak teh..antara yang menunggu..

Em..nampaknya ramadhan pun sudah hampir melabuhkan tirainya. Tak pasti bagaimana ramadhan tahun ini. Moga Allah membantu kita menghabiskan beberapa hari yang tinggal ini.




Ya Allah bukakan pintu keampunanMu kepada kami,
Kami telah menzalimi diri,
Andai ampunanMu tiada untuk kami,
Maka,
Kami adalah antara hamba2Mu yang rugi..
Moga kita beroleh ampunanNya. ~Insyaallah~




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Laallakum tattaqun..moga berjaya memperoleh IJAZAH TAQWA.

Oppss..nampaknya mak dah panggil. Ada kerja yang perlu dibereskan.
Sebelum jemari ini berhenti menaip, ucapan Salam Aidilfitri buat kalian.
Maaf dipinta andai ada post2 di sini yang kurang menyenangkan.
Satu syawal tanda kemenangan dan kembali kepada fitrah asal kita setelah melalui tempoh pembersihan selama sebulan.
Bukan hari untuk meng'qada' makan,
Bukan hari untuk kembali melakukan kemaksiatan,
Mari menjaga kesucian diri dan jiwa di hari lebaran ini.. Allahuakbar..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??