Sebelum mata terpejam mata,
imbaslah kembali perjalanan hidupmu,
hari-hari yang kau lalui,
menambahkan kecintaan kepada sang Khaliq,
atau,
terus dilekakan oleh fatamorgana dunia,
taman firdausi matlamat tertinggi,
mampukah aku meraihnya...
Sebelum mata terpejam,
basahkan bibirmu dengan asma' yang Esa,
suburkan relung hati dengan munajat kepada Pencipta,
pohonlah maghfirah daripadaNya,
andai esok bukan milik kita,
biarlah pertemuan denganNya disinari sejahtera..
Sebelum mata terpejam,
izinkanku berbicara,
merungkai makna sebenar hidup di dunia,
biar mengerti,
akhir hidup Jannah milik bersama...
Tenangkan hatimu,
jadikan solat dan sabar,
motivasi terbaik buatmu,
berbahagialah,
kerana ALLAH sentiasa bersama
hamba-hambaNya yang bertaqwa,
yang sentiasa mengharap pertemuan dengan Rabbnya...
~iNsYeeRaH, 2008~
Alhamdulillah, dah siap pun..
Saja nak hadiahkan sajak ni buat sesiapa yang membaca blog ni..
Alamak..dah pukul 12 lebih..nak kena tidur dah nih.
Lupa pulak, esok adalah hari yang paling ditunggu2 oleh semua pelajar form 5..
Jadi, nak ambil kesempatan untuk ucapkan GOOD LUCK, MAATTAUFIQ WANNAJAH FILIMTIHAN buat calon2 SPM 09, especially buat adik2 form 5 SMASKL (rindu kat korang semua)..
Buat adik2ku..
"ingat.. ALLAH lihat pada usaha bukan pada natijah. Sesungguhnya kejayaanmu untuk ISLAM."



Moga ALLAH menilai segala amalan hari ini sebagai IBADAH..

FIRST.. TEMPLATE CANTIK, ISI POWN CANTIK,
ReplyDeletesecond: pandai tulis sajak,boleh buat lagu ni.. hehehe