Mari lantunkan syukur pada DIA,
atas pemberianNya yang tak pernah surut,Terima kasih ya ALLAH kerana dicelah-celah kesibukan ini Kau masih mengizinkan hambaMu mencoret lagi.
Huh..cepat masa berlalu..
Beberapa minggu lagi tirai semester ini akan dilabuhkan.
dan hanya beberapa minggu lagi untuk ku habiskan tahun pertama di sini.
Minggu depan, bermulalah 'peperangan' dalam final exam..
Berdebar-debar rasanya..
Siap sedialah untuk tarikh-tarikh berikut:
4/2: maharat kalam (speaking)
5/2: maharat istima' (listening)
8/2: maharat kitabah (writing)
9/2: maharat qiraah (reading)
12/2: Basic Theme of al-Quran
Ni baru arab dan BTQ, belum masuk core course lagi tapi dah berdebar semacam. Moga ALLAH bantulah.. (usaha..usaha..usaha..,doa..doa..doa)
Untuk yang bakal exam, saya doakan moga ALLAH beri yang terbaik buat kalian.
Teringat pesanan hikmah seorang kakak di sini,
"Yang dilihat dan diukur bukan sejauh mana usahamu,
tapi yang diharap sejauh mana tawakkalmu,
percaya nan jitu, pergantunganmu padaNya.
Usahalah semampumu tapi...
jangan sesekali berakidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
Tapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adalah milik ALLAH..
jadi seyakinnya hendaklah kau pohonkan dariNya semata.."
~WALLAHUALAM~

