Pages

Wednesday, February 10, 2010

Jom minta kat DIA, kan DIA Maha Dekat...

Alhamdulillah...
Sekali lagi ku panjatkan syukur tak terhingga padaMU ya RABB atas kesempatan yang sedikit ini.

Hari-hari yang dilalui kian mencabar..
dan saya dapat rasakan betapa payah untuk 'maintain' IMAN dan AMAL.
ya..sukar sekali kerana 'enviroment' hari ini yang telah 'contaminated' dengan toksik jahiliyah. Kalian juga rasa begitukah?

Kita mengeluh tentang kepayahan yang dirasai tapi perlu diingat bahawa kita ada DIA yang Maha Dekat, paling akrab dengan kita.
Jadi, mengapa tak mengadu saja kepada DIA.

Bila 'penyakit' malas datang menerpa dan mula terasa berat untuk study. Tengok buku pun rasa mual, mungkin nak baling je. Juga malas nak beribadah, nak solat. Kenapa kita tak mohon saja pada DIA minta dicabutkan rasa malas itu, kerana malas itu syaitan punya kerja. Si syaitan yang memang selalu sembur 'perfume' malas supaya kita jadi lemah. (Ya ALLAH..jauhkan aku daripada sifat malas ini).

Bila hati rasa gundah gulana, risau tak tentu pasal. Rasa tak puas hati dengan segala benda disekeliling baik terhadap benda bernyawa atau tidak. Apakata kita istighfar dan minta kat DIA supaya tenangkan hati. "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (al-Ra'du: 28)

Bila buat sesuatu kerja, banyak yang tak menjadi. Misalnya assignment, punyalah penat menyiapkannya tapi tak diterima oleh lecturer. Masa tu pasti hanya Tuhan yang tahu apa perasaannya. Jadikan ini pengajaran. Selepas ini, sebelum memulakan apa-apa kerja mintalah pada DIA agar dimudahkan segala urusan. (Allahumma yassirlana umurana..)

Bila dalam kelas, sukar nak faham apa yang lecturer terangkan. Dan kebosanan mula memenuhi ruang. Maka, sebelum melangkahkan kaki ke kelas, mintalah pada DIA agar diberi kefahaman terhadap apa yang bakal dipelajari. (Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman).

Bila waktu subuh menjelma, mata terasa berat saja untuk dibuka. Entah berapa banyak syaitan bergayut kat mata. Itu belum dikira nak berqiamullail, bertahajjud. Lagilah ber'chenta' nak bangun. Kebetulan semalam baru ada 'tayangan' free dalam bilik, movie suspen lagi seram. Bila nak bangun tahajud, mulalah terbayang-bayang rupa-rupa yang tak sepatutnya. Akhirnya tak jadi nak bangun dan tidur balik. Sepatutnya bila dah berazam nak bangun, kenalah tunaikan dan sebelum tu mintalah pada DIA agar dibuang rasa takut tak bertempat atau malas itu.

Banyak-banyak situasi di atas, sebenarnya yang paling berat ialah nak menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Sebagai penyeru kepada manusia agar kembali mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benar tauhid. Tanpa bantuan daripada ALLAH pasti kita tak akan dapat menjalankan amanah ini dengan baik. Maka selalulah mahon pada DIA agar ditsabatkan hati dan dikuatkan setiap langkah perjuangan.(ya Muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala dinika wa 'ala tho'atika)

Sebenarnya banyak sekali situasi-situasi 'bermasalah' dalam hidup kita. Kadang-kadang kita biar saja masalah-masalah tersebut kerana tak tahu (atau tak mahu) selesaikan. Hakikatnya, apa saja yang berlaku, 'refer'lah kembali pada ALLAH. Jika manusia tak sudi mendengar keluhan kita, DIA sentiasa ada berasama-sama dan bersedia mendengar keluhan hamba-hambanya bila-bila dan dimana saja. Cuma kita yang sokmo lupa nak minta kat DIA kan...??

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim).

~wallahualam..moga ALLAH mengasihi kita~

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??