Bismillah..
Alhamdulillah..Segala puji hanya untukmu ya ALLAH kerna telah memberiku kekuatan untuk mencoret disaat ini tentang sebuah kenangan..Ya, kenangan yang akan terpahat selamanya..
Kem Rimba Ria Sg.Congkak menyambut ramah kedatangan kami,peserta-peserta Kem Kian Mekar 7 yang terdiri daripada siswi-siswi matrik Uia, Nilai dan Uia Gombak. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu khususnya buat hati-hati yang merindui biah yang mampu mendidik diri dan membangkitkan hubungan dengan ALLAH. Sungguh hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang saling ingin berukhwah kerana ALLAH.
Sebenarnya wakil dari Nilai cuma 3 orang. Kenapa 3 je? Mana yang lain? Owh..yang lain masih dalam fatrah final exam dan kami bertiga adalah antara orang terawal habis paper. Itulah sebabnya 3 orang je.
Tumpuan kem kali ini adalah tentang 10 muwasaffat tarbiyah disamping mengeratkan ukhwah.Banyak sekali yang saya peroleh daripada kem ini. Syukur ya ALLAH..
with ust.Darus
Kusyuk menulis kusyuk mencatat,
Slot ust.Darus 10 muwasofat,
Jangan lupa wahai sahabat,
Jangan tulis je tp kena buat...
سليم العقيدة
صحيح العبادة
متين الخلق
قادر على الكسب
مثقف الفكر
قوي الجسم
مجاهدة لنفس
منظم في شؤونه
حريص على وقته
نافع لغيره
BOLA BALING 'SPECIAL'
are u ready...??
Apa yang special tu..??
Memang special sebab mainnya dalam air..
Seronok dan mencabar..
agak2 ada ke orang main macam ni.
Memang ada..kami la..(hehe).
Luka kaki tersepak batu,
Sebab main dalam air,
walau apapun tetap bersatu,
Alhamdulillah menang diperingkat akhir..
SEIRING SEJALAN
huu..nti nak bawa ana kemana nih??
Disebalik game ini, tersirat pelbagai maksud terutamanya berkaitan UKHWAH.
Apabila kita ditingggalkan sendirian atau terpisah daripada sahabat-sahabat, maka kita sebenarnya telah terdedah kepada pelbagai bahaya dan ancaman. Kerana serigala amat suka kambing yang bersendirian atau terpisah daripada kumpulannya.
Sepanjang game ini, memang banyak 'gangguan-gangguan' yang saya terima. 'Gangguan' itu sedaya upaya memisahkan kumpulan kami. Saya cuba bertahan walau sakit tangan ini akibat ditarik. Sememangnya itu yang terjadi dalam ukhwah. Semakin kita cuba menjaganya agar benar-benar ikhlas kerana ALLAH, semakin kuat gangguan dan ujian yang kita terima. Semuanya menguji lafaz yang selama ini meniti di bibir, "ukhwafillah abadan abada..", "uhibbukfillah.." dan sebagainya.
TREKKING AND SURVIVOR
Hati ini tak henti-henti bertasbih, memohon kekuatan daripada ALLAH. Sudah lama rasanya tak ber'trekking' dalam hutan begini sejak habis KIBAR sekitar bulan 3 tahun lepas. Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana kem, aktiviti inilah yang paling saya gemari walaupun menuntut kesabaran yang tinggi.
Semasa berhenti di checkpoint pertama, kami telah diperkenal dengan tumbuhan-tumbuhan hutan yang sangat terkenal dengan khasiatnya. Agak-agak apa ya..??
Tak lain tak bukan Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Senduduk. Tongkat Ali pula ada dua jenis, putih dan hitam. Yang putih, akarnya tunjang dan yang hitam akarnya serabut. SubhanAllah..
Untuk slot survivor, saya telah mendapat satu pengalaman yang saya tak sangka , sembelih ayam. Walau tak menyembelih, tetapi memerhati secara dekat cukup mengujakan diri ini kerana saya sebenarnya takut darah (tak ada bakat jadi doktor..huhu). Alhamdulillah kali Allah bagi kekuatan. Kalau tidak, maunya lemah lutut ni.
Kami telah dibahagikan tugas, ada yang jadi tukang sembelih, bersiang, mencari kayu api, menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak dan membakar. Tugasan saya ialah mengambil ayam yang telah 'arwah' tu dan bersiang, buang segala yang tidak diperlukan dan potong 12.
Ayam yang siap dibasuh, digaul dengan bahan-bahannya dan dibakar di dalam buluh. Itulah makanan tengahari kami.
GAME 'HAYYA TAZAKKAR 10 MUWASOFAT'
Setiap kumpulan perlu memikirkan satu formula untuk mengingat 10 muwasofat tarbiyah. Kebanyakannya menggunakan kaedah nasyid cuma ada satu kumpulan yang menggunakan kata kunci (MASA AND UIAM). Pada hari kedua semasa slot 'Dengarkan dari Kami', para peserta mula mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing. Ada yang buat lagu raya (ehm..kumpulan sapa tu), nasyid bulan-bulan islam - alarm me dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya masing-masing ada bakat yang terpendam..huhu..
my grup members..huu
AKHIR KALAM
Sebenarnya, saat paling tak best adalah saat ingin berpisah..Mahu atau tidak, hakikat itu perlu diterima.
Tak dapat dinafikan kem kali memang santai rasanya namun tetap 'berisi'.
Thanks to all committee members..hanya ALLAH yang mampu membalas segala usaha kalian dalam menjayakan kem ini..
"Usah di ucapkan salam perpisahan,
namun ucaplah semoga bertemu kembali"
p/s: sedang bercuti 3 bulan. Habis kem hari ahad, esoknya terus balik..sedang memikirkan apa yang ingin diisi sepanjang cuti ini..

Salam ukhti nasyrah sayang fillah...~
ReplyDeleteSubhanallah,sungguh lengkap laporan enti..~
Rindunya kat sahibah2 semua,rasa nak tambah satu hari je lagi...
ermm...apa pun,jgn lupa lagu kita ye dik..hehe..
w/pun kejap tggi,kejap rendah,tp alhamdulillah blh ingat jgk...=)
Selamat Bercuti...
manfaatkan masa cuti dik..~
Doakan kami semua di sini,dah hampir dgn final..~
^_^
Aslm. Masha Allah, indahnya nikmat ukhwah yg btunjangkan keimanan kepada Allah. sume mpunyai matlamat yg sama iaitu REDHA ALLAH.
ReplyDeleteDoakan kami d UIA Gombak. perjuangan kami blum selesai. final pulak hampir tiba. mga kt sume dapat buat yg tbaik utk Islam
btw, kim slm kat mak ye n jgk shbh2 jhor. rindu jiddan kat antipa.huhu...
to Safi ArRahman,
ReplyDeleteya..indah ukhwah ini jika semua krn ALLAH.
Jika x, akan pudarlah warnanya dan hilang serinya.
Macam kain y cantik berwarna-warni tp luntur krn clorox (betul ke analogi nih..huu ~^u^~ )
rindu gak kat akk2..=)
to wardatulsyauqah,
ReplyDeletehee..ada bakat jd s/u x??
lagu tu walau ingat2 lupa tp ana akan try ingt jgk (huh..mcm mana tu?)
gud luck la kat akk2 y bakal final..maattaufiq wannajah yer..berikan berita gembira utk ISLAM..
ada bakat insyaAllah...~
ReplyDeletealang2 tgh cuti,baik nti pergi cari kerja jd s/u...hee~
Amin3 atas doa nti...insyaAllah,sama2 kita usaha..
*kak safi,antipa tu apa ek?