ALERT 2010
Tersimpan pelbagai kisah,
suka dan duka yang kini tinggal sejarah..
Di sini..
aku belajar,
mengutip pengalaman,
mengasah bakat kepimpinan,
membina semangat berlandaskan iman..
Tragedi..
tiada yang menyangka,
namun itu ketentuanNYA,
pasti ada tarbiyah dariNYA,kerana DIA terlalu menyayangi kita..
Biar kekurangan beribu,
itu bukan halangan untuk terus maju,
asalkan kita mahu perbaiki kualiti dan mutu..
Teruskan perjuangan..
Biar kekurangan beribu,
itu bukan halangan untuk terus maju,
asalkan kita mahu perbaiki kualiti dan mutu..
Teruskan perjuangan..
Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH yang telah memberikan saya kekuatan, masa dan peluang menyumbang bakti dalam ProActive Leadership Retreat 2010 yang telah diadakan di Eagle Park Resort,Perlis baru-baru ini. Jika tahun-tahun sebelum ini saya hanya sebagai peserta namun kali ini ALLAH telah memilih saya untuk bersama-sama dengan barisan fasilitator. Pengalaman yang cukup berharga saya kira, alhamdulillah..
Melihat kesungguhan dan semangat adik-adik peserta, terselit kekaguman dalam hati. Moga-moga semangat kalian adalah berlandaskan iman. Sememangnya Islam memerlukan para syabab dan fatayat yang bersemangat dalam memperjuangkan Islam, bukan mereka yang berjiwa lemah (moga jiwa saya juga tidak lemah).
Pesan saya moga ALLAH tabahkan hati hamba-hambaNya terutamanya mereka yang sedang diuji ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
* kita sama-sama berjuang... *
Buat teman-teman fasilitator khususnya bahagian akhawat, semoga ALLAH meredhai kerja-kerja kita. Segala yang telah dilalui pastinya menjadi pedoman berguna di masa hadapan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pertolongan kalian. Ya ALLAH..peliharalah ikatan hati-hati antara kami dan terus kuat untuk bekerja di jalanMU..

hamdulillah, teringin ana nk join jugak
ReplyDelete-- syumul
bila g kem tu terus teringat masa kita jd peserta dulu..huhu..
ReplyDelete-zaman mnjd peserta telah berlalu. Ni zaman jd fc plak ;)-