Alhamdulillah..puji-pujian ku panjatkan padaMu wahai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Terima kasih ya Allah kerana Kau masih memeliharaku dibawah naungan Iman dan Islam.
Betapa yang bernama manusia itu sifatnya lemah. Walau di mata manusia dialah yang paling hebat, dialah yang paling disanjung, dialah hero, dialah segalanya tapi di sisi Allah dia masih makhluk yang lemah (setuju tak dengan saya..??). Lihat saja bila dalam kesusahan, pasti Allahlah yang dicari untuk mengadu dan menghamburkan segala kedukaan.
Namun, adakalanya tak semua yang kita minta dikabulkan. Sudah pasti kita rasa pelik walhal dah sepenuh hati kita minta padaNya. Kita mohon kejayaan dan dimurahkan rezeki namun yang dihajat masih belum dapat. Bila berselisih faham dengan teman, kita mohon agar Allah lembutkan hati teman kita itu akan tetapi semua belum berhasil. Agak-agak mengapa jadi begini ya..? Benar.. pasti ada sesuatu yang lebih baik ingin Allah berikan kepada kita (kan Allah tu Baik..). Salah satunya mungkin Allah ingin didik kita untuk lakukan muhasabah terhadap kehidupan seharian. Tiada keikhlasan dalam berdoa serta dosa-dosa yang kita lakukan adakalanya menjadi hijab untuk doa kita dikabulkan.
Mari saya kongsikan satu warkah yang ditulis oleh Al-Fadhil (hakim Mesir yang telah dilantik untuk mentadbir kerajaan sekaligus mengurus keperluan Sultan dibidang kelengkapan perang) kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Ketika itu tentera Islam sedang dikepung oleh musuh dalam tempoh yang lama hingga sukar untuk mereka mengalahkan musuh.
"Bahawa pengepungan yang perkepanjangan ini disebabkan banyak dosa dan kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang kita. Kerana Allah sekali-kali tidak akan memenuhi kehendak seseorang selain sesuai dengan kepatuhan orang itu kepadaNya.
Apa yang kita dapatkan adalah sebenarnya merupakan hasil daripada apa yang kita kerjakan. Apabila kita benar-benar mengerjakan sesuatu dengan penuh tanggungjawab, maka Allah pasti akan menunjukkan hasil yang sepadan. Jika kita selalu taat kepadaNya, maka Allah pasti tidak akan melimpahkan rahmatNya kepada lawan-lawan kita."
Begitulah dia melihat setiap yang berlaku dengan mata hati seterusnya dipertimbangkan dengan kewarasan akal. Bahawa kemenangan itu belum hadir kerana dosa-dosa yang perlu diperbaiki.
Membaca warkahnya membuatkan saya teringat kisah saya semasa dibangku sekolah rendah. Seorang teman yang saya rapat telah bermasam muka dan enggan bertegur sapa dengan saya. Saya pun mengadu kepada Allah agar dilembutkan hatinya namun dia masih berkeadaan yang sama. Sedihlah saya dibuatnya kerana dia enggan berkawan dan doa saya tidak dikabulkan. Setelah difikirkan rupanya ada benda yang Allah tak redha telah saya buat (memang jadi pengajaran la lepas tu..).
Kerana dosa-dosa yang dilakukan, doa saya lambat dikabulkan (bukan Allah tak nak beri, tapi lambat sikit..).
Sememangnya sukar untuk membersihkan dosa-dosa yang terpalit dalam hati. Apatah lagi dosa yang dilakukan setiap hari (buat dosa, cuci pastu buat balik. Macam mana nak hilang..emm..). Nak cuci dosa bukanlah semudah cuci baju. Baju yang kotor dan dibasuh dengan sabun daia insyaallah hilang. Kalau kotoran tu degil sangat, letaklah clorox. Tak hilang jugak?emm.. Kalau susah sangat nak tanggal dan rasa macam tak mampu nak pakai, simpan ajelah dalam almari. Tapi kotoran (dosa) dalam hati ni lain. Nak bersihkan kena mujahadah sungguh-sungguh (ini yang berat..). Kalau susah sangat nak hilang, mintalahlah kepada Allah hati yang baru, yang lebih bersih, lebih cantik dan berseri.
~WALLAHU'ALAM~


alhamdulillah,
ReplyDeleteboleh jugak nti update blog dlm mase yang same kongsi di group... moga ape yang nti amalkan, diterima oleh Allah...
teruskan usaha nti kearah ini... kerana.... kami mengharapkan dari nti yang terbaik utk pembangunan kita semua...
wassalam...
syukran atas sokongan..
ReplyDeleteNi je la sket usaha y ana mmpu buat utk peningkatan diri n org lain..(peningktan diri tu y penting)
Tkut jgk klu mnulis tp x beramal (still cuba,cuba dan cuba..)