Baru-baru ini, saya telah menerima sms daripada seorang teman baik yang bakal bergelut dengan paper exam,
"Salam..insyaallah ana ngan Fedah start final hari isnin ni sampai 19 april..mohon doa sahabat2 sbg catalyst utk kami berjuang" -Safwah-
Tak ketinggalan beberapa orang teman lain yang bakal menempuh exam, turut meminta didoakan mereka.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menitipkan sesuatu buat mereka (teman2 saya) dan buat para pembaca yang juga bakal menduduki atau sedang menduduki exam.
Sahabatku,
yang dilihat dan diukurNya bukan sejauh mana hasilmu,
tapi yang diharap sejauh mana usahamu, tawakkalmu dan pergantunganmu padaNya..
Usahalah semampumu,
tapi jangan sesekali berakidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
Sandarkan usahamu dengan bertawakkal padaNya..
Kejayaan adalah milik Allah,
maka selayaknya kau pohonlah padaNya..
Sahabatku,
aku di sini sentiasa mengharapkan yang terbaik darimu..
maka berusahalah meraih yang terbaik,
berikan khabar gembira kepada Islam dengan kejayaan kita..
Selamat berjuang sahabatku..!!!
Semoga Allah membantu perjuanganmu di sana...

p/s: still in holiday mood..................tak sabar nak kembali ke sekolah. Eh.. ke sekolah pulak, ke U..=)

No comments:
Post a Comment