Pages

Thursday, May 13, 2010

Keluar dari zon selesa...

Alhamdulillah...puji dan puja hanya untuk Allah..moga rahmat dan kasihNya sentiasa terlimpah ke atas kita.

Sudah 3 bulan saya berbulan madu di rumah.
Tibalah masa untuk kembali ke medan ilmu,
kembali menggalas tanggungjawab sebagai pelajar,
kembali menghadap wajah-wajah lecturer,
kembali mengikuti kelas-kelas formal,
kembali menatap buku-buku arab dan inggeris,
kembali ke dunia kampus...

Sudah hampir 3 bulan saya bersama keluarga.
Tibalah masanya saya bersama teman-teman pula.
Ya, teman tidak sama dengan keluarga.
Bersama keluarga, ada ibu yang sedia mendengar segala celoteh saya,
ada ayah yang sabar melayan karenah saya.
Bersama teman, saya yang perlu bersedia mendengar celoteh mereka, saya yang perlu bersabar melayan karenah mereka... (moga mereka juga sedia dan sabar menerima saya..)

Sudah hampir 3 bulan saya menghirup udara segar rumah ini.
Terasa segar kerana aroma islami yang sentiasa memenuhi
udara rumah ini.
Enviromentnya juga masih terjaga dari debu dan asap jahiliyah yang menyesak dada.
Tibalah masanya saya menghirup udara kampus.
Udaranya yang saya kira telah bercampur-baur dengan debu dan asap itu.
Hup, hap, hup, hap saya dibuatnya.
Namun, ada juga tempat dan bahagian-bahagian tertentu yang membolehkan saya bernafas dengan lega...

Sudah hampir 3 bulan saya dalam zon selesa ini.
Walau hakikatnya tak boleh lari dari kerja rumah,
sekurang-kurangnya fikiran rasa tenang kerana tak terbeban dengan assignment, kuiz, exam dan segala bagai yang telah menjadi 'makanan' harian pelajar kampus.
Dan,,tibalah masa untuk saya menjamahnya kembali (nyam..nyam..nyam..)

Maka, adakah saya bersedia??
Keluar dari zon selesa menghadapi zon mencabar itu.
Tanpa persediaan, belum tentu saya dapat menjalani kehidupan dengan baik. (ya..sedia..1,2,3...)
Saya tahu, saya tidak dapat lari, dan tidak perlu lari kerana saya mesti hadapi. Kalau saya lari, siapa yang akan bantu teman-teman saya agar tidak terperangkap dalam udara yang melemaskan, agar dapat sama-sama bernafas dengan lega..

Tidak dapat tidak, saya mesti bersedia dan mesti memampukan diri.(caiyokkk..!!!)

Kalian doakanlah saya ya..supaya saya kuat dan tak lemas dalam zon mencabar itu..(^__~)

actually, i miss this place very much...huhu..


my class is here..

peaceful place..really like it..



note:
-will be going back to Nilai on 17 May..
-ready to be a taaruf week committee.. 
-ready to welcome new students..

Sunday, May 9, 2010

Sekitar di Stadium Melawati...

Alhamdulillah, setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah diberi kesempatan untuk berada dalam satu majlis yang cukup bersejarah, Perhimpunan Perdana Palestin yang telah selamat berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8 Mei 2010 (sabtu). Saya kira jarang sekali program sebegini diadakan di Malaysia.

Program ini adalah hasil usaha sama NGO-NGO yang terlibat dalam program LIFELINE4GAZA termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Berhajat untuk memenuhi permintaan untuk menjadi penyambut tetamu pada majlis ini. Namun, disebabkan tidak dapat hadir awal kerana nama telah tersenarai untuk mengikuti rombongan Johor, niat itu terpaksa dibatalkan...(huu~)
Tak mengapalah, asalkan roh dan jasad dapat hadir sama..

Menurut info yang diterima, program bermula seawal jam 5 petang. Dan kami, rombongan Johor tiba sekitar jam 6:30 petang. Pada ketika itu, Shoutul Harokah sedang hebat beraksi di dalam stadium bersama para pemuda dan pemudi. Alhamdulillah sempat juga duduk sebentar di situ.

Ucapan Wakil-wakil NGO

before sesi ucapan

Seusai solat maghrib berjemaah (sangat full hingga susah nak mencari tempat), acara seterusnya pun bermula.
Wakil-wakil NGO mula menyampaikan ucapan masing-masing. Di mulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj. Noorazman bin Mohd. Samsuddin, Pengarah projek LL4G merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin. Perasmian pula telah disempurnakan oleh wakil Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mokhtar Hani yang merupakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Turut hadir memberi ucapan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Antara kata-katanya yang paling diingati:
" Jika Israel tidak membenarkan kami memasuki Gaza, kami akan menanti, dan bersedia untuk menanti dalam jangka masa yang lama. Bukan sahaja untuk membebaskan Gaza, malah Palestin dan juga masjidil Aqsa. Apabila telah bebas, kita akan bersolat besama-sama di Masjid Aqsa."

Tak lupa juga wakil Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga tampil menyampaikan ucapan.


Persembahan
 Sesi ucapan telah diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan multimedia presentation. Saya rasa tersentuh bila melihat tayangan itu.
Wanita-wanita dan kanak-kanak dengan penuh 'slumber' dan berani berhadapan terus dengan tentera Israel. Meski luka parah, tapi semangat mereka tak pernah goyah. Huh..jauhnya kita nak dibandingkan dengan mereka.

Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu terutamanya oleh golongan muda. Bro Muadz dan kumpulan Inheart tampil dengan persembahan mantap mereka. Begitu juga kumpulan Raihan. Dan persembahan Shoutul Harokah lah yang paling saya nantikan dengan persembahan mereka yang mampu menggegarkan jiwa. Rasanya stadium tu pun bergegar sama. Yang paling bersemangat pastilah orang-orang muda (biasalah orang muda..darah muda..) Sepanduk-sepanduk dijulang, bendera Palestin berkibaran, slogan-slogan semangat dilaungkan. Dan takbir bergema memenuhi ruang stadium. Pasti syaitan bertempiaran lari..(huhu..)

Bertemu teman
Di celah-celah ribuan manusia yang hadir, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu teman-teman (Elah, Fahimah,Athiroh, Azimah, Tuyah,Jah Hassan, Dila, k.Sa, k.Edah, k.Raihana, k.Dila, k.Izzah dll).
Juga adik-adik tersayang (Aisyah, Dibah, Yumni, Ruzaini, Zati, Sabirah, Syudat dll).
Kerana mengejar masa, hanya sempat bersalaman dan bertukar-tukar khabar sahaja.

Kelihatan juga para ikhwah sesekolah yang sibuk dengan tugasan masing-masing. Moga kalian tsabat bekerja di atas jalan ini. Terasa bangga dan bersyukur kerana masih ada syabab dan fatayat yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan agama Allah yang kian dagang kini.

Tamat sudah..
Sekitar 11:30 malam, program pun berakhir. Sebelum itu, wakil-wakil pemuda tampil membacakan resolusi membantu perjuangan rakyat palestin diketuai Sdr. Anaqi (Presiden kelab HaluanSiswa) dan Sdr.Abdullah Omar (Presiden Karisma-JIM).

Cukup menarik, cukup bersemangat, cukup mantap. Itu saja yang mampu saya katakan. Kekurangan pasti terselit di mana-mana (tiada program yang 100% perfect..) namun jujur saya cukup berpuas hati. Alhamdulillah.

Tiba di Johor sekitar jam 5 pagi dengan sedikit keletihan dan kepala yang berdenyut-denyut. Almaklumlah, tidur dalam bas..Moga semangat untuk membantu perjuangan saudara-saudara di Palestin terus membara dalam diri (Inshaallah..).

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??