Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi kini saya kembali lagi. Syukur saya telah selamat tiba di kampung halaman tercinta, Pulau Pinang (sempena menyambut hari raya).
Hurm...kali ni saya nak kongsi sikitlah pengalaman sepanjang perjalanan pulang ke sini. Mungkin pada kalian ini semua perkara biasa tapi tidak pada saya. Melalui musafir ini, saya dapat rasakan bahawa Allah tu terlalu dekat dengan saya, sentiasa menjaga saya..Alhamdulillah...
Aku merenung tiket Transnasional di tangan. 4 haribulan 9, jam 11:30 malam, Seremban-Butterworth.
"Sape la yang nak balik 4 haribulan ni? Kebanyakannya balik 3 haribulan. Ada jugak yang balik 5,7 dan 8.
"Nampaknya aku kena balik sorang jugak. Moga Allah permudahkan perjalanan esok"
* * * *
Teksi itu berhenti di hadapan stesen komuter Nilai. Hujan di luar masih turun tapi tidak selebat tadi. Perlahan-lahan aku keluar dari perut teksi sambil menjinjing beg bajuku. Setelah membayar tambang teksi, aku bergegas ke kaunter tiket komuter. Hanya aku dan seorang lagi lelaki di kaunter itu.
"Emm, tak ramai orang hari ni" getus hatiku.
Aku berjalan ke platform. Kulihat kebanyakannya lelaki di situ. Hanya seorang dua perempuan sedang duduk di kerusi. Sambil menunggu, aku memerhati gelagat manusia di paltform seberang. Entah mengapa aku asyik memandang ke sana. Mungkin kerana ramai perempuan sedang menunggu di situ.
Tidak lama aku di situ, komuter yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pantas aku masuk. Alhamdulillah, masih ada tempat duduk yang kosong. Apabila ku toleh ke kiri, seorang lelaki warga asing duduk disampingku.
"Aduss, orang ni tak baca ke? Kan dah terpampang ladies coach tu?", ya aku memang pantang kalau ada lelaki yang naik coach wanita.
"Maybe dia tak faham english kot",hati ku berbisik sekadar menyedapkan perasaan.
"Stesen Batang Benar, Batang Benar", suara wanita yang telah diprogramkan itu mengejutkanku.
"Eh,biar betul aku ni ! Bukan Labu ke?", dengan pantas aku bergegas keluar dari perut komuter itu.
Berlari-lari aku ke paltform seberang sana. Allah izin komuter di platform itu juga baru tiba.
"Ya Allah, haraplah sempat...",
dan ketika aku melangkahkan kaki memasuki komuter itu, pintunya terus ditutup.
"Subhanallah, alhamdulillah...", aku melepaskan nafas. Lega...
Dan di sini aku berasa Allah benar-benar membantuku. Sudahlah tak perlu tunggu komuter seterusnya, dapat tempat duduk pula. Hanya itu saja tempat duduk yang tinggal (bukan senang nak dapat tempat duduk dalam komuter).
Sebenarnya semasa di stesen Nilai tadi, aku menunggu di platform yang salah. Platform itu untuk ke arah KL Central. Sepatutnya aku perlu menunggu di platform seberang. Entah bagaimana aku boleh tersilap padahal aku sudah beberapa kali naik komuter. Dan, syukur sangat ketika aku keluar dari komuter yang salah itu, komuter yang sepatutnya aku naik pun tiba, tak perlu aku menunggu lama.Aku benar-benar rasa Allah membantuku.
Ketika sampai di stesen Seremban, waktu maghrib baru sahaja masuk. Aku mencari teksi untuk ke Terminal 2. Dalam hati aku berdoa moga aku tak keseorangan semasa menunggu bas nanti.
Sampai di Terminal 2, aku bergegas ke surau. Kelihatan dua tiga orang perempuan sedang menunaikan solat. Aku mengambil tempat di satu sudut. Disebelahku seorang gadis bert-shirt hijau. Sementara menunggu, aku isikan masa dengan membelek-belek buku. Habis sahaja cuti raya nanti, final exam akan bermula.
Setelah solat isya, manusia di surau itu mula berkurangan. Akhirnya tinggal aku dan gadis bert-shirt hijau tadi.
Dia sedang berbaring berbantalkan lengan. Mungkin sedang kebosanan. Aku melemparkan senyuman ke arahnya.
"Nak balik mana?", soalku membuka bicara.
"Balik Penang", jawabnya sambil terseyum.
"Oh, sama la kita. Tiket pukul berapa?",soalku lagi
"Pukul 11:30 malam. Sama ka?", aku menganggung, benar-benar gembira kerana ada teman untuk pulang bersama. Sekali lagi ku rasa Allah sangat hampir denganku. Ya, benar-benar hampir.
Kami berbual panjang. Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10:45 malam. Lebih kurang 45 minit lagi bas akan tiba. Aku mengajak teman baruku itu turun. Lupa untuk kukenalkan. Teman baru itu ku panggil dia kak Su. Dia merupakan pelajar USIM, jurusan Komunikasi. Beza umur dua tahun denganku.
Turun di bawah, kami berbual lagi sehingga sebuah bas Transnational berhenti di hadapan tempat kami menunggu. Dihadapan bas itu tertulis Ipoh-Butterworth-Sg.Nibong. Ya, inilah bas kami.
Sangkaku, akulah orang pertama naik tetapi jangkaanku meleset. Sudah ada beberapa orang di dalamnya. Aku mencari-cari tempat dudukku hingga ke belakang.
"Eh, tak ade? Peliknya..", nombor seatku tiada dalam bas itu. Segera ku bertanya kepada conductor bas.
"Dik, seat no. 11C memang tak ada. Adik duduk je la mana-mana yang kosong", ujar conductor bas itu.
Aku naik semula. Dihujung bas ada satu seat kosong.
"Ada orang kat sini?", aku bertanya seorang lelaki disebelah seat kosong itu. Lelaki dalam lingkungan 20an itu menggelang.
Setiap kali naik bas, aku pasti akan meminta single seat. Tetapi bas yang aku naik itu tiada single seat rupanya. Semuanya double. Dengan segala ketidakselesaan, aku duduk juga disebelah lelaki itu.
"Ya Allah peliharalah hambaMu ini", doaku dalam hati. Ku harap lelaki itu turun di Ipoh. Jika tidak, memang sampai Butterworth aku terpaksa bersengkang mata.
Mata mula memberat namun aku kuatkan semangat. Tak kan sesekali aku tidur. Takut tiba-tiba aku terlentok di atas bahu lelaki disebelahku, malu aku dibuatnya. Memang itu akan menjadi kesalahan yang tak akan ku maafkan sampai bila-bila. Solusi untuk tidak tidur, ku sumbat telinganku dengan earphone. Ku mainkan lagu-lagu kesukaanku. Sesekali handphone sony ericsonku berbunyi. Siapa lagi kalau bukan mak dan ayahku. Mak juga pesan jangan tidur. Takut-takut terlepas ke Sg.Nibong susah pula ayah nak ambil. Dan kalau aku tidur, memang 'ghaib' tak sedarkan diri.
Sampai di Ipoh, lelaki disebelah ku mula mengangkat beg, isyarat dia kan turun di situ. Aku rasa ingin melonjak kegembiraan. Lega rasanya bila dia turun. Alhamdulillah Allah kabulkan hasratku.
Lepas sahaja dia turun, mataku sudah tak tertahan lagi. Aku 'ghaib' juga akhirnya.
Aku terjaga ketika bas berhenti untuk membayar tol. Jam menunjukkan pukul 5:15 pagi. Mataku melirik ke luar. TOL SG. JURU.
"Subhanallah...", pantas tanganku mencapai handphone. Terkejut melihat 7 miscall daripada mak.
"Memang aku tidur mati...", getus hatiku lantas memberitahu mak yang aku baru saja melepasi Tol Sg. Juru sambil memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan. Mak hanya ketawa. Sebelum ini mak telah berpesan kepadaku untuk memberitahunya apabila sampai di Tol Sg. Juru.
"Alhamdulillah tak terlepas...", aku tersenyum di dalam hati. Ya, sekali lagi Allah bersamaku.
Dia membangunkanku. Jika tidak, pasti mak akan risau. Akhirnya, selamatlah aku tiba ke destinasiku, Butterworth. Aku benar bersyukur kerana aku rasa kasih sayang Allah sentiasa bersama. Sesunggunya Dia Al-Hafiz.
* * * *
Begitulah sedikit coretan saya sepanjang musafir ini. Pengalaman yang dilalui menambahkan keyakinan saya tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya aturan Allah terhadap hambanya cukup cantik. Saya redha apabila Allah menetapkan tarikh tiket saya pada 4 haribulan. Asalnya saya ingin pulang pada 3 haribulan tetapi tiket telah habis. Rupa-rupanya Allah telah mengatur segala-galanya dengan cukup cantik.
Akhir kalam, pesan untuk diri saya juga, IHFAZILLAH YAHFAZUK, jagalah Allah, Allah menjagaMu...