Alhamdulillah, sudah selamat meng'add' and 'drop' subjek. Cuma satu subjek yang belum boleh di'add', Introduction to Critical and Creative Thinking Skill (CCT). Entah apa masalah sistem tu. Emm...biasala kan, sistem buatan manusia pasti ada kelemahannya. Sistem Allah jua yang sempurna.
Kalau nak tahu, semester ni adalah semester terakhir saya di CFS IIUM Nilai. Nampaknya subjek sudah bertambah. Daripada 4 subjek pada sem lepas telah bertambah menjadi 6 subjek. Hai..nampaknya usaha kena lebih lagi. Saya berhasrat untuk menambahkan lagi A dalam result sem ni kerana pada saya jika tiada A itu maknanya usaha saya masih belum maksima. Allah memberi berdasarkan usaha kita kan. Alhamdulillah, result sem lepas ada juga beberapa A. Untuk subjek yang mendapat B saya ambil sebagai motivasi untuk lebih berusaha pada sem ni. Ya, BERUSAHA..!!! :)
Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah tentang keadaan bilik. Alhamdulillah..saat melangkah masuk ke 'ghurfah' D-2-5, saya terasa ada 'aura' baru. Nampak lebih kemas dan bersih bersama susun atur baru. Bilik makin luas kerana katil makin berkurang dan penghuni juga sudah sedikit (9 orang saja daripada 17 orang sebelum ni). Dan hati saya sangat seronok..:). Bertambah semangatlah saya nak belajar (alhamdulillah...)
Dek kerana bilik yang nampak seakan berwajah baru, maka saya pun berazam untuk 'mewajah barukan' hati dan kehidupan saya (entah betul ke tidak istilah tu). Berazam untuk memperbaharui diri dan iman dalam hati. Berazam untuk memperbaharui hubungan dan cinta saya pada Dia. Dan saya sangat berharap agar Dia masih sudi memimpin diri agar selalu terarah ke jalan untuk meraih cintaNya, membantu saya dalam melaksanakan segala taklif yang dipikul. Moga hidup saya sentiasa dilandasan cintaNya. Ameen...Doakan saya ya kalian... Saya juga doakan agar Allah sentiasa bersama-sama kalian mengharungi samudera kehidupan...:)
note : * sedang berusaha untuk 'maintain' hamasah dan motivasi diri. Berusaha agar tak jadi seperti lilin, bila
ditiup angin cahayanya padam...
* bersedia untuk menelaah subjek-subjek berikut..
- INTRO. TO HUMAN SCIENCES
- MUKHTARAT MIN AHADITH AL NABAWIYYAH WA SHARH
- MADKHAL ILA AL FIQH WA USUL AL FIQH
- AL HADARAH AL ISLAMIYYAH
- COMPUTER I
- INTRO. TO CRITICAL AND CREATIVE THINKING SKILL


