Pages

Thursday, January 27, 2011

Buatmu Serikandiku

Buat seorang insan yang amat ku kasihi sepanjang hayatku, Haisiah binti Seraj. Dengarkan dari puterimu. Sungguh aku bersyukur punya ibu sepertimu. Ibuku, murobbiku, sahabatku, serikandiku. Sungguh kau ibu bukan sebarang ibu...



Ku nukilkan kata yang tak seberapa,
 Buatmu insan berjasa,
Tanda kasih dan cinta,
 Walau mungkin tak terbalas segala jasa,
Biarlah kau tahu bahawa dirimu,
Amat berharga dalam hidupku...

Ibuku, serikandiku,
Sejak aku mula mendiami rahimmu,
Telah kau bisikkanku dengan kalimah Pencipta,
Dan tatkala aku mula menjengah ke dunia,
Terus kau letak dalam acuan Rabbani,
Perlahan-lahan kau membimbing tangan kecilku,
 meniarap, merangkak, berjalan,
dan akhirnya berlari,
 berlari menuju matlamat tertinggi,
mengejar redha ilahi...

Ibuku serikandiku,
Peribadimu indah kalammu hikmah,
Tiap tutur bicaramu,
Mengalir segar bak air di kali,
Menyuburkan bunga-bunga keimanan,
Berkembang mekar menjadi taman islami.
Kau corak rumahtangga ini,
Dengan kalam ilahi dan sunnah nabi,
Hingga ku rasa rumah ini seakan syurgaku,
Tempatku melepaskan lelah,
Merawat kesakitan,
Setelah berjuang menempuh belantara dunia...

Ibuku serikandiku
Harapanmu tinggi cita-citamu murni,
Ingin aku tumbuh
Menjadi mujahidah sejati,
Puteri haraki,
Penegak kalimah ilahi,
Pembimbing generasi,
Agar kerja-kerja Islam ini punya pewaris,
Tak ku nafi cita-citamu tinggi, 
Akan ku cuba penuhi,
Menjadikannya satu realiti...

Ibuku serikandiku,
Imanku tak setebal imanmu,
Terkadang gamitan dunia,
Sering mengelabui mataku,
Ahh..aku tak mahu tenggelam,
Namun tatkala menatap matamu,
Pantas bangkit sedarku,
Aku bukan puteri duniawi,
Aku serikandi ukhrawi,
Puteri akhirat bakal bidadari...

Ibuku serikandiku,
Ku mungkin tak mampu membalas pengorbanan, 
Namun aku kan terus mendoakan dirimu,
Moga Allah menyayangimu,
Mentsabatkan dirimu,
Meredhai penat lelah perjuanganmu,
Dan
harapanku moga Allah menggolongkan kita dalam kalangan para syuhada'Nya...



note :
-mak, jangan gelak ye kalau sajaknya kurang enak, senyum je...hehe.
.(macam masakan pulak)...
-saya tak pandai bersajak..kalau ada bunyi macam lain sikit tu abaikan je la ye...^_^
-jom sama-sama sayangi mak, ibu, ummi, mama, mummy (dan yang seumpama dengannya).




Saturday, January 15, 2011

Muslimlah kamu dengan sebenar-benar muslim

Bismillah walhamdulillah...

Baru saja selesai mengikuti talk daripada seorang speaker yang tidak kurang hebatnya, Ust. Muhammad Syaari Abdul Rahman dengan tajuk yang cukup mencabar minda, "Kolotkah Seorang Muslim" (tahniah kepada MRC atas penganjuran talk yang sangat baik ini..thumbs up..)

Ya, realiti hari ini kita berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak henti-henti melemparkan tuduhan-tuduhan buruk terhadap umat Islam. "Islam terroris, kolot, jumud" dan sebagainya telah sebati dalam kehidupan kita hari ini. Paling mnyedihkan ialah sebahagian besar umat Islam sendiri telah termakan dengan slogan-slogan, tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah ini hingga mereka berlarian dan berlumba-lumba meninggalkan Islam.


Hari ini, mereka yang bernama muslim itu ramai tetapi muslim hanya pada nama. Pada jiwa mereka, kehidupan mereka, cara berfikir dan cara bertindak seolah-olah mereka bukan seorang muslim..(let's think about it)

Hakikat Islam itu apa sebenarnya??
Saya enggan mengulas panjang. Sekadar ingin mencetuskan semangat agar kita tidak lemah tatkala diberi gelaran 'kolot', 'jumud' dan yang sespisies dengannya.

Mari kita lihat apa makna Islam yang sebenarnya. Islam membawa erti tunduk dan patuh secara total kepada arahan Allah s.w.t. Jika kita teliti kembali, sebenarnya bukan manusia sahaja yang muslim. Lihat pokok-pokok disekeliling kita, cahaya matahari yang memancar terang di siang hari, bulan yang bersinar di malam hari, lembu-lembu di kandang, segala hidupan di lautan, pendek kata seluruh makhluk di langit dan di bumi semuanya tunduk penuh akur pada arahan Allah s.w.t. Bukankah mereka juga muslim..??




Cantik kan..?? Subhanallah......:)
 
Kita dianggap kolot kerana mematuhi aturan Allah yang kononnya tidak relevan dengan situasi hari ini?
Teman, usah bimbang dengan statement-statement sebegitu kerana jika kita tidak muslim atau tidak mengikuti arahan Allah, padahnya lebih besar.



Cuba perhatikan bumi yang kita diami hari ini. Pernahkah satu saat tiba-tiba bumi ini berlari keluar dari orbitnya kerana dah bosan asyik pusing jalan yang sama. Pernahkah?? Apa akan jadi kalau bumi kita tiba-tiba buat begitu?? Ya, pasti satu hidupan pun TIDAK tersisa di bumi ini, dengan kita-kita pun ghaib entah kemana. Ini menunjukkan bumi sangat patuh pada Allah. Jika bumi ingkar walau hanya sedikit, akan rosak binasalah kita.


Saya ingin tanyakan soalan simple yang budak tadika pun boleh jawab, siapa jadikan kita?? Jawab si adik comel, "ALLAH "..(bagus adik ni.). Ya, kita tahu itu. Tapi seolah-olah tidak sedar tentang hakikat itu. Mengapa ya?? Tepuk dada tanya Iman. Jadi, Allah yang ciptakan kita dan sudah semestinya Dia tahu yang terbaik untuk kita. Kerana itu Dia bekalkan 'manual book' kepada kita agar kita dapat hidup dengan baik, terjaga dan selamat sampai ke 'expiry date' kita.

Lihat analogi ini,
Kita beli handphone dan semestinya ada 'manual book' sekali kan. Apa kegunaan  handphone? Pandai-pandailah jawab sendiri ye. Suatu hari kita guna handphone tu untuk mengetuk paku di dinding. Agak-agak apa akan jadi pada handphone tu? For sure dah 'innalillahi wainnailahi rojiun' dan tong sampahlah tempat akhirnya. Sekarang nampak tak apa akan jadi kalau tak ikut fungsi sebenar handphone?


Oh my broken handphone..;(

Nasib kita pun mungkin lebih kurang macam handphone tu kalau tak berfungsi sebagai hamba Allah dengan baik iaitu tunduk dan patuh pada perintahNya, menyerah diri dan beribadah kepadaNya. Bahkan nasib kita lebih hina dari handphone tu. Handphone rosak masuk tong sampah, manusia rosak masuk... Hah, masuk mana? Nauzubillahi minzalik..

Sebenarnya, kita sebelum dilahirkan adalah muslim. Kita telah pun mengaku bahawa Allah adalah Tuhan kita.
Firman Allah s.w.t :  
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini  Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul  (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi. " (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"
(Al-A'raf : 172)


Kesimpulannya, marilah kita menjadi muslim yang sebenar. Mengapa enggan sedangkan seluruh alam ini juga muslim. Jika kita enggan menyerah diri kepada Allah, maka kita benar-benar telah merugikan diri sendiri.

JOM JADI MUSLIM..MOGA ALLAH SAYANG KITA...:)

note : maaf andai perkongsian ini kurang memuaskan..hanya yang terlintas di minda saja.


 

Wednesday, January 12, 2011

Angka itu..

Bismillah walhamdulillah...

2010 telah melabuhkan tirainya.
Kini, 2011 pula hadir membawa bersama cahaya baru.
Dengan kehadiran 2011 ini maka tiada lagi istilah belasan tahun dalam hidupku.
Ya Allah...begitu pantas masa berlalu..


20..angka itu menandakan kamu semakin meningkat dewasa.Angka itu bermakna tanggungjawabmu juga makin bertambah.
Angka itu sepatutnya menjadikan kau lebih matang.
Angka itu sewajarnya menjadikanmu lebih insaf bahawa tiada masa untuk bermain-main.

Dalam kesibukan melakukan persiapan untuk berhijrah (hijrah rumah dari selatan ke utara), saya seakan terlupa yang diri ini sudah menginjak usia 20. Mungkin orang lain meanggapnya biasa tetapi tidak pada saya kerana angka itu terlalu besar ertinya. Baru saya sedar, saya belum mempersiapkan diri untuk bergelar insan berusia 20 tahun. Banyak lagi kelemahan yang belum diperbaiki. Masih belum benar-benar serius dalam mengatur urusan hidup.

Menyelak kembali lembaran sirah betapa para sahabat Rasul  ketika umur mereka sekitar belasan tahun dan awal 20an sudah menjadi pemuda-pemuda hebat. Lihat saja Usamah bin Zaid, sudah menjadi panglima perang dan jika tidak salah umurnya ketka itu baru 17 tahun !! (kalau kita time tu, baru 'berperang' dengan SPM). Ahh..aku masih jauh lagi nak dibandingkan dengan mereka.

Pada sesetengah kita angka 20 itu tiada apa-apa. Muda lagi katanya. Enjoy la dulu. Kan muda hanya sekali (pandai la kau..memang la sekali. Bila dah masuk kubur baru tau betapa berharga usia muda tu dan time tu kalau nak mintak balik masa muda memang confirm tak dapat sebab muda hanya SEKALI !!).

Teman, oleh kerana muda itu hanya sekali. Dan angka 20 itu pun hanya datang sekali seumur hidup (tahun depan tak dak 20 dah. 21 pulak), maka mari kita rancang usia muda kita. Kalau rasa belum buat sesuatu untuk masa muda kita, saya kira masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Kita tidak selamanya di sini. Kita semua sedang menuju kampung akhirat. Maka, apa persiapan yang telah kita buat..??

Saya menulis tak semestinya saya telah melakukan semuanya. Saya juga masih dalam proses melakukan perubahan. Tidak dinafikan usia muda ini banyak cabaran terutamanya dari dalam diri. Banyak gamitan-gamitan untuk berseronok-seronok, berehat-berehat, bermalas-malasan. Bukan tak boleh seronok dan rehat tapi kadang-kadang kalau tak dikawal meyebabkan terlupa tanggungjawab yang sebenar, tanggungjawab terhadap Allah dan deenNya.


Saya yang sedang meniti titian perubahan. Kadang-kadang tidak selaju orang lain. Kerap juga terjatuh.
Tetapi saya akan tetap berusaha dan akan terus berusaha.
Never give up (insyaallah...)

~Dokan saya terus kuat dan tsabat sentiasa melalui liku-liku perjuangan...~



 

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??