2010 telah melabuhkan tirainya.
Kini, 2011 pula hadir membawa bersama cahaya baru.
Dengan kehadiran 2011 ini maka tiada lagi istilah belasan tahun dalam hidupku.
Ya Allah...begitu pantas masa berlalu..
20..angka itu menandakan kamu semakin meningkat dewasa.Angka itu bermakna tanggungjawabmu juga makin bertambah.
Angka itu sepatutnya menjadikan kau lebih matang.
Angka itu sewajarnya menjadikanmu lebih insaf bahawa tiada masa untuk bermain-main.
Dalam kesibukan melakukan persiapan untuk berhijrah (hijrah rumah dari selatan ke utara), saya seakan terlupa yang diri ini sudah menginjak usia 20. Mungkin orang lain meanggapnya biasa tetapi tidak pada saya kerana angka itu terlalu besar ertinya. Baru saya sedar, saya belum mempersiapkan diri untuk bergelar insan berusia 20 tahun. Banyak lagi kelemahan yang belum diperbaiki. Masih belum benar-benar serius dalam mengatur urusan hidup.
Menyelak kembali lembaran sirah betapa para sahabat Rasul ketika umur mereka sekitar belasan tahun dan awal 20an sudah menjadi pemuda-pemuda hebat. Lihat saja Usamah bin Zaid, sudah menjadi panglima perang dan jika tidak salah umurnya ketka itu baru 17 tahun !! (kalau kita time tu, baru 'berperang' dengan SPM). Ahh..aku masih jauh lagi nak dibandingkan dengan mereka.
Pada sesetengah kita angka 20 itu tiada apa-apa. Muda lagi katanya. Enjoy la dulu. Kan muda hanya sekali (pandai la kau..memang la sekali. Bila dah masuk kubur baru tau betapa berharga usia muda tu dan time tu kalau nak mintak balik masa muda memang confirm tak dapat sebab muda hanya SEKALI !!).
Teman, oleh kerana muda itu hanya sekali. Dan angka 20 itu pun hanya datang sekali seumur hidup (tahun depan tak dak 20 dah. 21 pulak), maka mari kita rancang usia muda kita. Kalau rasa belum buat sesuatu untuk masa muda kita, saya kira masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Kita tidak selamanya di sini. Kita semua sedang menuju kampung akhirat. Maka, apa persiapan yang telah kita buat..??
Saya menulis tak semestinya saya telah melakukan semuanya. Saya juga masih dalam proses melakukan perubahan. Tidak dinafikan usia muda ini banyak cabaran terutamanya dari dalam diri. Banyak gamitan-gamitan untuk berseronok-seronok, berehat-berehat, bermalas-malasan. Bukan tak boleh seronok dan rehat tapi kadang-kadang kalau tak dikawal meyebabkan terlupa tanggungjawab yang sebenar, tanggungjawab terhadap Allah dan deenNya.Saya yang sedang meniti titian perubahan. Kadang-kadang tidak selaju orang lain. Kerap juga terjatuh.
Tetapi saya akan tetap berusaha dan akan terus berusaha.
Never give up (insyaallah...)
~Dokan saya terus kuat dan tsabat sentiasa melalui liku-liku perjuangan...~


20 kan?same la..hehe..semoga kita dapat menjalankan tangunggjwab kite dengan baek..=)
ReplyDeletei.Allah...may Allah help us..
ReplyDeleteTeringat lagu Opick~ Rapuh.
ReplyDeletejom.. sama2 cuba yg terbaik. meski sering terjatuh. InsyaAllah.. moga ketemu bahagia yg didamba..
syukran ukhti ruqayyah...sgt mngharap ptolongn n bntuan Allah
ReplyDeletenice entri kak..
ReplyDeletefollow u..follow back OK)