Riak yang bertandang,
bagaikan api,
membakar kebun amal,
hingga yang tinggal,
hanya abu yang berterbangan.
Riak yang bertandang,
laksana tembok pemisah di Gaza,
penghalang amalanmu sampai kepada Pencipta,
jadilah amalanmu sia-sia,
kerana Dia tidak menerimanya.
Nyahkan riakmu segera,
jika tidak ingin amalanmu,
menjadi habaam mantsura,
debu-debu yang berterbangan.
Insyeerah 2011
Syaitan sering meniup api riak, agar amal soleh menjadi rosak. Awasi hati !!
