Pages

Thursday, August 11, 2011

I'm a 'Grannysitter'’ - Tazkirah Kematian


Bismillah walhamdulillah...

Menghitung hari. Sudah banyak tanda-tanda yang kelihatan padanya. Tanda-tanda fizikal seperti telinga dan hidung yang dah ‘jatuh’. Bila berbaring,  bahagian belakang badan sudah rapat ke lantai (kalau ada kain di belakang badan dah tak boleh tarik melainkan kena mengiringkan badan).

Satu lagi tanda ialah kerap bermimpi bertemu orang yang telah mati. Selama ni tak pernah bermimpi arwah tok wan tiba-tiba mimpi tok wan datang dengan kawan-kawan. Tok wan siap suruh tok masak untuk jamu kawan-kawan dia. Ada juga tok mimpi 3 orang anaknya yang dah meninggal tengah seronok tunggu nak jumpa dia.
Kadang2 tak nanti tidur, tengah berjaga pun dia nampak arwah sedara-mara, kawan-kawan lama datang ziarah (kalau orang dengar mesti seram kan..huhu..). Pernah time tengah makan dia kata ada orang datang tengok dia padahal orang tu dah lama tak ada.

Mak bercerita. Satu malam, seperti biasa mak mengajarkan tok doa tidur dan syahadah. Kemudian tok bertanya,
“Nanti kalau malaikat mai tanya ‘ma robbuka’ nak jawab apa? Kalau dia tanya kiblat nak jawab arah mana?”

 Mak membalas,
“Solat (amalan) mak nanti yang akan jawab soalan malaikat tu.” (dan alhamdulillah tok memang seorang yang mementingkan solat)

“Oh, macam tu. Nanti kat akhirat Rasulullah kenal aku ka? Aku nak duduk dengan Rasulullah”

“Mak, syahadah yang mak baca tiap-tiap hari tu akan tolong mak kat akhirat untuk jumpa dengan Rasulullah”

(Dush3..=.=’) Rasa terpukul. Macam mana tok yang dah separuh nyanyuk boleh ingat semua tu?? Aku yang sihat walafiat tak terfikir nak muhasabah diri dengan soalan-soalan macam tu pun?? Mungkin ini sindiran dan peringatan dari-Nya?? -Aku yang dah lama lupa-

Ku kira masanya sudah tidak lama. ‘Kiamat kecil’ (kematian) itu akan datang menjemputnya bila-bila masa. Seumur hidup belum pernah aku berhadapan dengan orang yang diambang kematian. Aku terfikir kalau suatu hari, aku melihat dia terbaring. Sangkaku dia sedang tidur. namun bila aku cuba kejutkan, badannya telah mengeras, tiada respon. Dan ku lihat nafasnya sudah tiada. Mungkin ada yang mengira aku berfikir terlalu  jauh, seakan mahu tok pergi segera. Tidak sama sekali. Cuma aku terfikir ini kerana selagi nafasnya ada, di rumahku inilah dia berada. Dan mungkin akhir hidupnya juga di sini. Aku terfikir ini kerana mahu bersedia untuk menerima takdirNya itu. 

"Ya Allah, jika Engkau ingin mengambilnya, ambillah dengan lemah-lembut. Jika itu (kematian) yang terbaik buatnya, permudahkanlah ya Allah. Cukuplah sengsara derita yang ditanggungnya selama ini."

Wednesday, August 10, 2011

I'm a 'Grannysitter' - Mihrab Ibadah


*Ini entri tertangguh. Memaksa diri untuk publish juga sebelum terlambat..huu~~


“Kakak, tolong syampu rambut tok. Sabun badan dia sekali”, pinta mak. Tangannya ligat memasang cadar yang baru dibasuh ke katil tok.

“Ok mak”, jawabku ringkas seraya mencapai botol syampu.

“Kakak, ingat ni mihrab ibadah”,ringkas saja ucapan mak tapi berbekas di hati.

Ya, tolong tok ni adalah mihrab ibadah, tak kan nak buat main-main. Keikhlasan dan kesungguhan perlu hadir dalam beribadah.

Kadang-kadang aku terfikir mengapa dia dititipkan oleh Dia kepada kami. Dan persoalan itu berakhir dengan jawapan, Dia mahu memberi ruang ibadah yang lebih kepada kami. Bukankah kebaikan yang diniatkan kerana Allah itu ibadah?

Bunyi macam best ja, mihrab ibadah,sumber pahala. Tapi Allah bukan bagi peluang ni senang-senang macam tu. Banyak ujian-ujian yang Dia hadirkan untuk uji sejauh mana layak untuk diberi syurgaNya (kadang-kadang jenuh nak bersabar jugak la).

Aku tak nafikan banyak kali juga aku gagal dalam ujian ni. Dan aku terfikir layakkah aku nak dapat syurgaNya dek gagalnya aku dalam ujianNya.

 Aku kata pada diri, cuba memotivasi agar terus sabar dan ikhlas,
“usahalah untuk buat yang terbaik selagi peluang masih ada di depan mata. Nanti bila Allah dah ambil balik peluang ni, menyesal tak sudah pulak”


Forgive me, ya Allah
For the wrongs I've done,
For the anger I shouldn't have against her.

Ya Allah please give me strenght
to fight against my nafs...T_T



Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??