Bismillah walhamdulillah...
Menghitung hari. Sudah banyak tanda-tanda yang kelihatan padanya. Tanda-tanda fizikal seperti telinga dan hidung yang dah ‘jatuh’. Bila berbaring, bahagian belakang badan sudah rapat ke lantai (kalau ada kain di belakang badan dah tak boleh tarik melainkan kena mengiringkan badan).
Satu lagi tanda ialah kerap bermimpi bertemu orang yang telah mati. Selama ni tak pernah bermimpi arwah tok wan tiba-tiba mimpi tok wan datang dengan kawan-kawan. Tok wan siap suruh tok masak untuk jamu kawan-kawan dia. Ada juga tok mimpi 3 orang anaknya yang dah meninggal tengah seronok tunggu nak jumpa dia.
Kadang2 tak nanti tidur, tengah berjaga pun dia nampak arwah sedara-mara, kawan-kawan lama datang ziarah (kalau orang dengar mesti seram kan..huhu..). Pernah time tengah makan dia kata ada orang datang tengok dia padahal orang tu dah lama tak ada.
Mak bercerita. Satu malam, seperti biasa mak mengajarkan tok doa tidur dan syahadah. Kemudian tok bertanya,
“Nanti kalau malaikat mai tanya ‘ma robbuka’ nak jawab apa? Kalau dia tanya kiblat nak jawab arah mana?”
Mak membalas,
“Solat (amalan) mak nanti yang akan jawab soalan malaikat tu.” (dan alhamdulillah tok memang seorang yang mementingkan solat)
“Oh, macam tu. Nanti kat akhirat Rasulullah kenal aku ka? Aku nak duduk dengan Rasulullah”
“Mak, syahadah yang mak baca tiap-tiap hari tu akan tolong mak kat akhirat untuk jumpa dengan Rasulullah”
(Dush3..=.=’) Rasa terpukul. Macam mana tok yang dah separuh nyanyuk boleh ingat semua tu?? Aku yang sihat walafiat tak terfikir nak muhasabah diri dengan soalan-soalan macam tu pun?? Mungkin ini sindiran dan peringatan dari-Nya?? -Aku yang dah lama lupa-
Ku kira masanya sudah tidak lama. ‘Kiamat kecil’ (kematian) itu akan datang menjemputnya bila-bila masa. Seumur hidup belum pernah aku berhadapan dengan orang yang diambang kematian. Aku terfikir kalau suatu hari, aku melihat dia terbaring. Sangkaku dia sedang tidur. namun bila aku cuba kejutkan, badannya telah mengeras, tiada respon. Dan ku lihat nafasnya sudah tiada. Mungkin ada yang mengira aku berfikir terlalu jauh, seakan mahu tok pergi segera. Tidak sama sekali. Cuma aku terfikir ini kerana selagi nafasnya ada, di rumahku inilah dia berada. Dan mungkin akhir hidupnya juga di sini. Aku terfikir ini kerana mahu bersedia untuk menerima takdirNya itu.
"Ya Allah, jika Engkau ingin mengambilnya, ambillah dengan lemah-lembut. Jika itu (kematian) yang terbaik buatnya, permudahkanlah ya Allah. Cukuplah sengsara derita yang ditanggungnya selama ini."

Kematian.. rahsiaNya.
ReplyDeleteMoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.. Allahuma amiin..
to N.A.N.I
ReplyDeletebenar, hanya Dia yang tahu..
-mengaminkan doa N.A.N.I-