Pages

Wednesday, April 25, 2012

Tholibah Mumtazah

Bismillah walhamdulillah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Malas berusaha,
Study asyik last minute saja,
Habis exam semua lupa.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Ibadah tak jaga,
Hubungan dengan Allah biasa-biasa saja,
Lebih banyak lalai dengan dunia.

Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau,
Matlamat hidup tiada,
Hari-harinya aci redah saja,
Tiada planning semua buat ikut suka,
Dunia tak dapat akhirat entah kemana.

 Macam mana nak jadi tholibah mumtazah kalau..
Asyik sia-siakan masa,
24 jam Allah bagi rasa tak cukup,
Sebab bazirkan untuk dunia.

 Nak jadi tholibah mumtazah,
Hasrat saja tak jadi tanpa usaha,
Kejayaan bukan angan-angan,
Pintunya perlu dibuka,
Bukan menunggu ia dibuka..

11.13 p.m,
240412,
ghurfati jannati,
IIUM

-stop dreaming!! start planning..!! Qum ya nafsi!!-
 (Sekadar nota 'pukulan' untuk diri..Diri yang nak berubah tapi malas berusaha..Allahurabbi..=.=')

note :- Jujur, masih jauh untuk digelar tholibah mumtazah. Moga kata-kata mereka menjadi doa
           (kalau sebut 40 kali Allah makbul kan? ^^,)  
         
         -Tholibah Mumtazah = Pelajar (perempuan) cemerlang

Tuesday, April 10, 2012

Tiadalah Sesuatu Tanpa Izin-Nya

Bismillah walhamdulillah...

Pulang dari kelas memandu dengan hati berperisa sedih dan kecewa. Entah di mana silapnya, saya asyik gagal saja di bukit. Walhal, dalam kelas-kelas sebelum ni, bukit la yang paling saya berjaya dengan jayanya (hehe). Saya kira mungkin kerana hampir 3 minggu saya tak pegang stereng, jadi ada sedikit cuak dan janggal di situ (benda dah lama tinggal). Namun alhamdulillah, parking dan tiga penjuru saya mampu buat (boleh la tersenyum sedikit ^^,).

Dalam kepenatan saya muhasabah. Apa yang tak kena dengan saya hari ni? Di mana silapnya?
Saya minta Allah tunjukkan silapnya dan oh, saya sudah jumpa. Silapnya di situ, persediaan saya.

Persediaan paling utama adalah kebergantungan hati kita kepada Allah. Saya akui saya kurang berdoa hari ni. Berdoa minta dipermudahkan urusan belajar, mudah memahami dan menangkap setiap apa yang diajar, mudah dan lancar dalam pergerakaan. Ya saya kurang minta itu!

Mungkin kerana ini kelas yang ke-empat dan saya agak overconfident di situ memandangkan kelas-kelas sebelum ni saya selalu pass dengan jayanya (tu la sapa suruh tak dengar pesan cikgu "jangan overconfident"). Kalau selalu, daripada sebelum keluar bilik hingga dah pegang stereng, doanya tak putus-putus dalam hati.

Sehebat mana pun kita, semantap mana pun persediaan kita, tanpa izinNya tak ke mana jua. Saya nampak itu pada diri saya hari ini. Dekat bukit saya mahir dengan kaedah 3-2-3 tapi Allah izin saya tak boleh buat. Kecewa la jugak kan sebab selalu kita boleh tapi hari ni tak.

Akhir kalam, saya kira Allah sedang berbicara sambil meraih saya dalam dakapan-Nya. Berbicara bahawa "kamu itu hamba-Ku. Seluruh hidupmu dalam genggamanKu. Mengapa kamu tinggalkan Aku sedang Aku sentiasa ada untukmu. Usah rasa diri besar bila dah pandai kerana kepadaian itu pun dari Aku dan Aku berhak mengambilnya."

Selepas ni ingat ya, dalam apa-apa hal pun Allah tu nombor satu. Faiza azzamta fatawakkal 'ala Allah.

Sunday, April 8, 2012

Little Change, Big Impact


Bismillah walhamdulillah…

Syukur  yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat sihat yang diberi hari ini setelah beberapa hari Dia mengambilnya. Hanya mampu berbaring sambil memerhati syiling (oh sebenarnya bukan tengok syiling sangat, tengok skrin laptop yang lebih, kan).

Alhamdulillah, sudah kembali sihat, bersemangat dan ceria semula hehe.. :D
Tengok, Allah uji sikit dengan kesihatan kita dah tak berdaya. Jadi, siapalah kita nak dibandingkan dengan Pencipta?

Alhamdulillah..Bila dah sihat rasa seronok nak buat kerja pagi ni. Kemas bilik, basuh baju dan mengupdate blog :D

Setelah selesai mengemas meja study dengan mengubah sedikit susun aturnya, saya ada rasa kelainan di situ. Rasa semangat nak belajar! Pelik ya?  

harapnya terus macam ni la ye...


 Sebelum ni, tak semangat ke? Soal kalian confuse. Bukanlah. Cuma bila pandang saja ke meja tu, entah mengapa semangat untuk study menurun sedikit. Rupanya, ada yang tak kena dari segi susun aturnya.

Apa yang saya cuba nak highlightkan di sini ialah satu perkataan iaitu P.E.R.U.B.A.H.A.N.
Kadang-kadang perubahan yang sedikit tu memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.

Tertarik kepada perkongsian seorang ahli panel semasa saya menghadiri satu program motivasi, tentang rahsia kejayaan dirinya semasa menuntut di universiti. Hanya dengan perubahan yang sedikit iaitu mengubah jadual belajar  terus melonjakkan pencapaiannya daripada 2.0 something kepada dean list. Masyaallah, hebat tu..

Kadang-kadang kita rasa dah banyak yang kita study tapi resultnya masih sama. Kita rasa solat tak pernah miss, tapi still tak dapat tinggalkan dosa. Diri masih ditakuk lama. Ini bermakna ada something wrong somewhere yang masih belum diubah. Mungkin kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti?

“Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang beerti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankanlah jiwa kalian!”

-Tariq bin Ziyad-

Justeru, mari lakukan perubahan.
Jangan teragak-agak kerana ia akan melambatkan peningkatan diri .
Berubahlah bukan saja untuk kejayaan sementara di dunia tetapi untuk kejayaan yang kekal di sana.  

Berubahlah bukan dari sudut akademik saja tapi juga ibadah kita. 
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah, dan rancanglah perubahan kita agar terus istiqomah.
Berubahlah, anda belum terlambat untuk berubah.
Berubahlah, kalau anda lambat, kalau anda lengahkan, sampai ke mati anda tetap sama.

Kita berdosa,
Tapi kita lengah,
“Esok la taubat”,
“Taubat pun nanti buat balik”
Jangan macam tu.
Takut-takut
Sampai ke mati pun tak sempat bertaubat (nauzubillah…)

Berubahlah, kerana yang berubah saja akan merasai kesan dan kemanisannya.

Kalau kita bersegera,
Allah akan membantu kita,
Kalau saja lengah-lengahkan masa,
Allah biarkan kelengahan menyelubungi kita.

Saya sudah bertekad. Kalian bila lagi? Jom sama-sama kita berubah. Moga Allah redha usaha kita.

Akhir kalam, kejayaan bukan angan-angan. Ingat ya...

Note : -  Tujuan post ini untuk saya‘basuh’ diri sikit. Kasik putih dari sifat malas dan lalai.

-   Jom tadabbur surah al-Mukminun : 1-9. Moga jadi mukmin yang berjaya. i.Allah..
          

Sunday, April 1, 2012

Masih Menulis..


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…
Bersyukur tanpa henti kerana Allah masih memberi peluang kepada jari untuk mengetuk papan kekunci. ^_^

Lama tak mencoret.
Rasa rindu pula.
Hari-hari catatan ini saya buka
Namun hanya baca catatan lama.

Bukan tak ada idea. Ada.
Dan idea itu saya tulis (taip la maksudnya).
Sampai separuh jalan, terhenti.
Tak tau nak sambung apa lagi.
Maka akhirnya tinggallah ia dalam folder ‘draf’ saja.
(kalau tukar kepada kertas, mungkin dah berpuluh-puluh helai agaknya..huh hiperbola saja..)

Namun kali ini,
Rasa nak mencoret tu tinggi,
Dalam hati,
“tak boleh jadi, kena tulis juga malam ni”

Biarlah sedikit.
Sekadar nak exercise tangan,
Disamping mengasah penulisan,
Dan me’refresh’ iman.

Doakan saya agar dapat menulis lagi.
Banyak yang ingin dikongsi.
Moga Allah beri keizinan nanti.. ^^,


Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??