Bismillah walhamdulillah, bersyukur kerana dapat mengutip sedikit
sebanyak suka duka perjalanan hidup Dr. Zaharuddin melalui karya beliau yang
saya tak pasti terbaru atau tidak, “Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari”.
Belum pun sampai 10 helai membaca sudah terasa aura motivasi meresap dalam
diri. Kesungguhan beliau dalam menimba ilmu Allah cukup kuat. Pantang dicabar
pasti beliau berusaha melakukannya. Akhirnya yang mencabar hanya tertunduk
mengalah kerana Dr. berhasil menjadi jauh lebih baik dari sangkaannya.
![]() |
| ihsan en.Google.. |
Bagi saya yang graf motivasi diri tak pernah stabil, dengan
membaca dan mendengar perkongsian hidup mereka yang hebat ini dapat membantu meningkatkan
motivasi diri. Mungkin graft tu tak menceracak naik tapi at least tak la
menjunam turun. Mereka yang hebat ini tak semestinya seorang tokoh masyarakat
atau seorang pakar dalam bidang tertentu mahupun mereka yang bergaji besar.
Mereka yang hebat ini adalah insan-insan yang melalui liku-liku kehidupan
dengan sabar, bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu. Halangan dan
cubaan tak pernah merencatkan langkah mereka untuk berlari dan terus berlari Tambahan kalau mereka ini berlari di atas
jalan Allah, berjuang demi meninggikan agama Allah, maka sungguh mereka adalah
manusia-manusia OSEM yang saya kagumi.
Sebelum ini, saya pernah berkongsi satu buku karya
saudari Ummu Hani bertajuk NOORAH. Dia (Noorah) antara contoh mereka yang saya
sebutkan di atas. Dia bukan seorang tokoh masyarakat yang terkenal atau punya
jawatan yang tinggi namun kegigihan dan kesabarannya melalui kehidupan mampu
membangkitkan motivasi sesiapa yang menyelami kisah hidupnya.
Jangan melihat seseorang itu ketika dia sudah berada di
puncak tetapi lihatlah bagaimana kesusahannya mendaki untuk sampai ke puncak. Orang
mendaki Bukit Tabur tak kan sama dengan orang yang mendaki Gunung Kinabalu.
Yang mendaki Gunung Kinabalu pun tak kan sama dengan yang menawan puncak Everest.
Konklusinya, mereka yang di puncak itu bukan melangkah setapak saja lalu
sampai, bukan juga lalu jalan shortcut, bukan juga sampai dengan sekadar
bermimpi. Mereka mendaki dengan penuh kepayahan. Namun kesabaran dan kesungguhan itulah booster untuk mereka sampai ke puncak.
Jadi teman, jom kita mendaki dan terus mendaki.
Be patient and you will reach there, insyaallah..(^__^)b
note :
-Rasa nak pi trekking bukit..('trekking' dekat tangga 'Batu Cave' Mahallah Nusaibah pun ok jugak..huhu..)
Jadi teman, jom kita mendaki dan terus mendaki.
Be patient and you will reach there, insyaallah..(^__^)b
note :
-Rasa nak pi trekking bukit..('trekking' dekat tangga 'Batu Cave' Mahallah Nusaibah pun ok jugak..huhu..)







